Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Dua Jentera Toyota Ditayangkan di SEMA 2021

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ia yang melambangkan kereta sport ikonik 90-an membuatkan Toyota  tampil memperkenalkan GR Supra Sport Top dan Edisi Heritage sempena Pameran Persatuan Barangan Khas (SEMA) 2021.

Pertama sekali, GR Sport Top menjadikan Supra MkIV sebagai sumber inspirasi dengan menampilkan rekaan bumbung jenis targa dengan dua panel bumbung yang boleh ditanggalkan.

Untuk makluman anda, panel bumbung itu boleh disimpan dalam bonet apabila tidak digunakan.















Pemilik Autoshop di Texas yang bertanggungjawab untuk pengubahsuaian Supra,KC Mathieu berkata, bahagian keluli agak sukar untuk dipotong.

“Memotong bumbung Supra bukan satu proses yang mudah kerana besi yang digunakan adalah sangat keras daripada yang dijangkakan.

Bayangkan, pasukan kami mengambil masa selama  30 minit  hanya untuk memotong satu inci besi itu. Pasukan juga perlu memastikan struktur badannya kekal tegar selepas bumbungnya ditanggalkan,” katanya.

Sejurus bumbung ditanggalkan, pasukan berkenaan mencetak sepasang panel komposit secara tiga dimensi mengikut gayaan siluet Supra.

Kerja-kerja ini dilakukan sebenarnya untuk mengekalkan bentuk struktur bumbung luar menyebabkan mereka terpaksa memperkukuhkan dengan lebih kuat.

Sementara itu, trim Edisi Heritage pula menerima peresap belakang buatan tangan dan aliran udara bawah yang telah diubahsuai dan kemudian dipasang dengan ekzos baharu.

Ini bermakna kedua-dua model turbo ini telah diubah suai supaya  dapat menghasilkan sebanyak 18 peratus aliran udara dengan lebih lancar ke enjin BMW B58 3.0 liter enam silinder.

Oleh itu, kuasa enjinnya meningkat dari 340hp 500hp.

Ia juga dilengkapi dengan cakera brek yang lebih besar dan sistem suspensi coil-overs yang boleh laras bagi melengkapkan lagi prestasinya.

Pendek kata,  selain barisan kenderaan lain yang dipamerkan pada pameran kereta  terbesar di dunia itu, sudah pastinya, kedua-dua  Supra ini akan dikerumuni orang ramai.


 


Gallery

Tag:

Toyota
Supra
Toyota Supra
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

20-02-2026
EV

11-02-2026
Global

09-02-2026
Global

03-02-2026
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

23-01-2026
Global

22-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026