Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jentera Ini Sudah Boleh Ditempah: Bernilai RM317,506.58

Suhana Veru

Kongsi melalui

Volvo Cars Malaysia (VCM)  melancarkan Volvo terbaharunya, XC60 dan kini sudah boleh ditempah secara dalam talian.

Model edisi terbaharu ini ditawarkan pada harga RM317,506.58. Ia didatangkan dengan beberapa ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan.


Selain itu, rekaan luarannya agak baharu dan dilengkapi dengan teknologi terkini.

“Ia adalah kenderaan utiliti sukan bersaiz sederhana selain hadir dengan sistem infotainmen paling intuitif dalam industri automotif,” kata Pengarah Urusan VCMM Charles Frump.

Menerusi kerjasama dengan Sebangga Mitsinbo, VCM kini mampu melakukan penghantaran kenderaannya ke Sabah.


Malah, satu kolaborasi antara VCM dan Google juga telah dimeterai bagi menampilkan Pakej Perkhidmatan Digital baharu yang terdiri daripada Google Assistant. 

Ia sebenarnya membolehkan kawalan ke atas banyak aplikasi dalam kereta termasuk Google Maps.

Satu ciri terbaharu ialah aplikasi Volvo Car dan Perkhidmatan Sambungan yang membenarkan pengguna  mengawal fungsi kereta menerusi aplikasi berkenaan.


Volvo XC60 baharu ini juga menampilkan reka bentuk Scandinavia yang terdiri daripada warna baharu, gril dan bampar hadapan.

Bagaimanapun, model T8 turut menawarkan reka bentuk roda aloi potongan berlian hitam 19 inci 6-multispoke hitam dan sistem bunyi Bowers dan Wilkins untuk bahagian dalam.

Untuk makluman anda, model baharu ini juga menawarkan mod pemanduan dari mod elektrik tulen dengan pelepasan paip ekor sifar kepada mod Kuasa bagi mereka yang gemar memandu.


Menyentuh mengenai enjinnya, ia didatangkan dengan enjin berkembar 4-silinder 2.0L dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan Geartronic.

Malah dengan bantuan pengecas super serta pengecas turbo, ia mampu menghasilkan 407 kuasa kuda (hp) dengan tork 640Nm, manakala tambahan 87hp dan 240Nm daripada bateri.

Mengenai daya pecutannya, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 5.3 saat dan ia memiliki kecekapan  bahan api 2.2 liter setiap 100 kilometer (km).


Dari aspek keselamatan, ia  dilengkapi dengan sistem Bantuan Pemandu (ADAS) dengan pengelakan perlanggaran, bantuan kekal lorong, mitigasi laluan, lintasan-amaran lalu lintas dengan brek automatik, Sistem Maklumat Titik Buta dan kamera pandangan keliling.

Dengan hanya menggunakan peranti mudah alih atau kawalan suara, pengguna boleh menyemak status kereta, mengunci atau membuka kunci pintu dan banyak lagi.

Untuk keterangan lanjut, layari laman web:  www.volvocars.com/my.



Gallery

Tag:

Volvo XC 60
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jentera Pintar Volvo, XC60 Sudah Masuk Pasaran Malaysia

Volvo Car Malaysia secara rasminya memperkenalkan kereta pintarnya, XC60 melalui saluran media sosialnya pagi semalam.

25-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026