Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Seorang Wanita Yang Enggan Membayar Tol Sanggup Masuk Laluan Motosikal

Suhana Veru

Kongsi melalui

Berjimat tidak bertempat! 

Itulah yang dilakukan oleh seorang pemandu Axia apabila dia dirakam sanggup memasuki lorong motosikal semata-mata untuk mengelak daripada membayar RM2.50.

Tindakan wanita berusia 49 tahun itu dirakam oleh seorang penunggang motosikal yang secara kebetulan berada di belakang kenderaan berkenaan.

Kejadian itu dirakam di Plaza Tol Ayer Panas, Lebuhraya Duke, pada Sabtu lalu. Nyata, tindakan pemandu itu membahayakan penunggang motosikal yang menggunakan laluan tersebut. 


Rata-rata netizen mengecam tindakan wanita yang sanggup berjimat tetapi tidak bertempat.

"Nampaknya, pemandu ini sanggup bayar RM300 berbanding RM2.50, manusia semakin pelik," komen seorang pengguna Facebook.

Bagaimanapun, tindakannya itu membawa padah apabila dia akhirnya telah disaman polis selepas rakaman video berkenaan tular di Facebook. 


Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu.

Menurutnya, pemilik kereta yang merupakan warga tempatan berusia 49 tahun berjaya dikesan pada hari yang sama.


“Sejurus selepas menerima video tular itu, pihak berkuasa terus menjalankan usaha bagi mengesan pemilik kereta terbabit. 

“Bagaimanapun, pemandu wanita itu sudah dikenakan saman di bawah Peraturan 008(3) LN 166/59) atas kesalahan tidak mengikut tanda laluan trafik,” katanya.

Ingat,  laluan motosikal hanya dikhaskan kepada penunggang motosikal dan kenderaan lain seperti kereta tidak dibenarkan memasuki lorong berkenaan kerana ia bukan sahaja membahayakan pengguna lain tetapi boleh menyebabkan kemalangan.



Gallery

Tag:

Perodua Axia
#PDRM
jspt
axia
duke
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Bajet: Axia VS Saga, Mana Satu Pilihan Anda?

Pilihan Kereta RM40k di Malaysia: Perodua Axia atau Proton Saga?

03-08-2026
Berita Auto

Perodua Axia Kini Lebih Mampu Milik: Harga Turun Sehingga RM4,700 Serta-Merta

Berita Baik! Perodua Potong Harga Axia Demi Bantu Rakyat Hadapi Cabaran Ekonomi.

03-08-2026
Berita Auto

Komponen Axia Hilang, Kejadian Di Putrajaya

Beberapa komponen kenderaan termasuk tayar melibatkan dua kereta Perodua Axia hilang.

26-02-2026
Berita Auto

Perodua Paling Laku Dalam Malaysia, Jangka Jualan Cecah 820,000 Unit Untuk 2025

Perodua menjangka jumlah keseluruhan industri (TIV) akan mencecah 820,000 bagi tahun 2025.

13-01-2026
Berita Auto

Nissan GT-R Hilang Kawalan, Langgar 3 Kenderaan, 2 Maut

Kawasan perumahan yang tenang di Jalan Dedap 1, Taman Johor Jaya, bertukar menjadi ngeri apabila sebuah supercar Nissan GT-R terlibat dalam kemalangan melibatkan empat buah kenderaan petang semalam.

05-01-2026
Berita Auto

Bezza, Axia Laku Keras, Sebab Itu Perodua Ungguli Carta

Statistik yang dikeluarkan menunjukkan Perodua terus menguasai pasaran tempatan dan kekal di tangga teratas dimana Perodua mendaftarkan sebanyak 231,700 unit setakat ini.

12-09-2025
Berita Auto

Perodua Lancar Flexiplan Untuk Myvi, Axia, Ativa dan Aruz, Ada Banyak Kelebihannya

Pelan pembiayaan pemilikan fleksibiliti itu juga membolehkan pelanggan menukar kenderaan mereka kepada model baharu.

12-08-2025
Berita Auto

Perodua Axia Tular Gara-Gara Angkut Barang Atas Kereta

Sebuah Perodua Axia tular di media sosial apabila si pemandunya mengangkut pelbagai jenis barang yang diikat pada bumbung kenderaan itu.

21-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026