Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Bugatti, Rimac dan Porsche Umumkan Usaha Sama

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Usaha sama antara Bugatti, Rimac dan Porsche telah dirasmikan di bawah nama syarikat 'Bugatti Rimac.' Melalui pengumuman ini, saham syarikat Bugatti akan dipindah keluar daripada Volkswagen Group kepada kumpulan syarikat automotif terbaharu ini.

Rimac Group akan memegang sebanyak 55 peratus daripada keseluruhan saham dan Porsche pula sebanyak 45 peratus. 

Mate Rimac, pengasas dan ketua pengarah eksekutif Rimac Automobili kini memegang jawatan sebagai CEO Bugatti Rimac yang berpangkalan di Sveta Nedelja. 

Rimac mengulas, “Saya berasa sangat berbesar hati untuk memimpin syarikat bersama ini sebagai ketua pegawai eksekutif dan memulakan lembaran baharu yang dipenuhi kejayaan, revolusi dan keseronokan kepada semua yang terlibat. Saya sangat teruja untuk melihat impak yang akan dibawakan oleh Bugatti Rimac kepada industri dan bagaimana kami akan membangunkan inovatif baharu kereta dan teknologi sport hyper."


Syarikat Porsche AG pula menjadi pemegang saham strategik dengan melantik Oliver Blume, pengerusi Porsche AG dan juga Lutz Meschke, naib pengerusi dan CFO sebagai ahli lembaga penyeliaan.

Blume berkata, "Syarikat bersama ini merupakan penyelesaian yang sempurna untuk semua pihak yang terlibat."

Presiden Bugatti sejak 1 Januari, 2018, Stephan Winkelmann akan memberikan tumpuan sepenuhnya sebagai pengerusi dan CEO Automobili Lamborghini bermula 1 November 2021. 

Menurut Winkelmann, "Saya ingin berterima kasih kepada semua pasukan Bugatti dan juga pelanggan kami selama tiga tahun setengah yang sungguh luar biasa, menyeronokkan dan sengit ini.  Bersama-sama, kita telah membangunkan kereta sport hyper yang hebat dan membawa Bugatti ke satu dimensi baharu.

Menariknya, Winkelmann telah memegang jawatan sebagai presiden untuk kedua-dua syarikat sejak 1 Disember 2020. 


Di bawah kepemimpinannya, Bugatti telah memberikan definisi baharu kepada binaan  coachbuild melalui model-model seperti Divo, La Voiture Noire dan Centodieci. Pada masa yang sama, mereka turut telah mengembangkan barisan kereta Chiron. 

Chiron Super Sport 300+  menjadi kereta pengeluaran pertama yang berjaya melepasi kelajuan 300 batu sejam (483 km/j). 

Kereta berjaya mencapai kelajuan 304.773 batu sejam atau (490.484 km/j), sejak itu Chiron Super Sport 300+ dianggap sebagai kereta pengeluaran terpantas di dunia. 

Bukan itu sahaja, dalam jangka masa tiga tahun ini juga, pengeluar kereta Perancis ini telah menunjukkan peningkatan hasil operasi apabila tahun lepas dicatatkan sebagai tahun paling berjaya dalam sejarah Bugatti.  

Ini dibuktikan apabila daripada 500 Chiron yang dihasilkan, lebih daripada 460 buah telah dihantar atau dijadualkan dalam pengeluaran di Molsheim Atelier. 

"Sukar untuk saya meninggalkan syarikat, tapi saya yakin Bugatti akan terus membangun dan membina kereta sport hyper yang luar biasa pada tahun-tahun akan datang. Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada pengganti saya dan juga pasukan yang hebat ini," tambah Winkelmann.

Selain itu, Christophe Piochon, yang sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai pengarah pengurusan pengeluaran dan logistik di Bugatti, kini  dilantik sebagai presiden baharu Bugatti di ibu pejabat yang bertempat di Molsheim, Perancis. 


Beliau akan menyertai Mate Rimac dalam pengurusan syarikat Bugatti Rimac sebagai ketua pengarah eksekutif. 

Seterusnya, Hendrik Malinowski yang sebelum ini merupakan ketua jualan dan operasi Bugatti Automobiles S.A.S. telah dilantik dalam lembaga pengurusan Bugatti sebagai pengarah pengurusan jualan dan pemasaran.

Larissa Fleischer pula dipilih sebagai ketua  pegawai kewangan (CFO) baharu kepada Bugatti Rimac, manakala Emilio Scervo sebagai ketua pegawai teknologi (CTO).


Walaupun berlaku perubahan besar-besaran, keluaran kereta Bugatti masih dikekalkan lokasinya di Molsheim Atelier. Oleh itu, rombakan ini tidak memberi kesan kepada pekerja di kilang tersebut. 

Syarikat bersama Bugatti Rimac akan melancarkan operasinya dengan kakitangan seramai 435 orang yang mana 300 orang ditempatkan di Zagreb dan 135 lagi di Molsheim, Perancis. 

Selain 435 orang kakitangan ini, seramai 180 kakitangan lagi akan dipindahkan daripada Wolfsburg. 

Dalam masa yang sama, Bugatti dan Rimac akan terus bergerak sebagai jenama bebas dengan pengekalan kilang masing-masing di Molsheim dan Zagreb. 

Presiden baharu Bugatti, Christophe Piochon menyimpulkan, "Selama lebih daripada 100 tahun, Bugatti telah menghasilkan kereta paling eksklusif dan berkualiti tinggi di dunia.  Matlamat ini tidak pernah berubah dan tidak akan berubah pada masa akan datang."

Gallery

Tag:

Porsche
Bugatti
Rimac
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-02-2026
Global

27-01-2026
Global

20-01-2026
Global

15-12-2025
Global

24-11-2025
Global

20-11-2025
Teknologi

27-10-2025
Global

22-10-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026