Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

CATL Lancar Servis Tukar Bateri Untuk EV

Suhana Veru

Kongsi melalui

Contemporary Amperex Technology Co Limited (CATL) turut terjerumus dalam arena permainan pertukaran bateri kereta elektrik (EV) apabila ia melancarkan Evogo baru-baru ini.

Evogo merupakan penyelesaian pertukaran bateri modular inovatif yang merangkumi blok bateri, stesen pertukaran bateri pantas dan aplikasi.

Aplikasinya menghubungkan pelanggan dengan modul EVOGO yang berbeza sekali gus  membolehkan perhubungan antara pelanggan, kenderaan, stesen dan bateri serta turut menyediakan perkhidmatan lain.


Untuk makluman anda, reka bentuk  “Choco-SEB (Tukar Blok Elektrik)” yang kelihatan seperti sekeping coklat dibangunkan khusus untuk perkongsian bateri kenderaan elektrik.

Malah ia yang mencapai ketumpatan tenaga berat melebihi 160 Whp/kg dan ketumpatan tenaga isipadu 325 Whp/L, sekali gus membolehkan blok tunggal memberikan jarak pemanduan 200 kilometer.

Setiap stesen Evogo akan mempunyai 48 blok dimana ia membolehkan blok bateri individu diganti hanya dalam satu minit.


Lebih menarik, Choco-SEB dikatakan serasi dengan 80 peratus model EV yang ketika ini berada di pasaran termasuk  sesuai untuk model EV yang bakal dilancarkan tiga tahun akan datang.

Melalui aplikasi ini, pengguna tidak perlu bersusah payah untuk mengecas semula bateri kereta mereka di mana pengguna kini boleh menukar bateri kereta di stesen pertukaran bateri ini. 

Selain menukar bateri, Evogo juga merupakan platform untuk menyelesaikan isu berkaitan kebimbangan untuk melakukan pemanduan jarak jauh, kurang selesa dengan penggunaan bahan api termasuk jumlah kos pemilikan yang tinggi.



Begitupun, pertukaran bateri adalah lumrah di China manakala, pengeluar kereta China, Nio merupakan pembuat EV pertama yang melaksankan sistem ini di 800 stesen pengecas elektrik di China.

Prosesnya agak pantas kerana seseorang itu tidak perlu mengecas semula bateri kereta dan sebaliknya menukarnya dengan blok berkenana dimana ia boleh dicas penuh hanya dalam beberapa minit.

Hakikatnya, kereta elektrik sememangnya mahal. Bagaimanapun, pasaran pertukaran bateri kini telah menembusi di seluruh dunia.

“Syarikat  akan melancarkan perkhidmatan itu di 10 bandar di China," kata Pengurus Besar anak syarikat CATL, Chen Weifeng.

Dikhabarkan Nio dan CATL menawarkan perkhidmtan pertukaran bateri untuk pembeli EV di China. Ia ditawarkan pada harga yang agak rendah.

2CATL menawarkan perkhidmatannya kepada pengeluar kereta besar seperti Tesla, NIO dan Volkswagen, dan yang paling terkini ialah Fiska. 

Fisker Inc. Mendedahkan  bahawa CATL akan membekalkan bateri kepada kenderaan flagshipnya, kenderaan sukan sukan elektrik Ocean. 


Tag:

EVOGO
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026