Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

DeLorean Yang Menggunakan Enjin Turbo Kembar Berjaya Dijual AS$200K

Suhana Veru

Kongsi melalui

Siapa masih ingat dengan jentera DeLorean DMC-12? Ia mungkin sudah lenyap dalam sejarah automotif jika ia tidak tampil dalam filem trilogi “Back to the Future”.

Untuk makluman anda, DeLorean DMC-12 memasuki pasaran pada tahun 1981, dan sepanjang dua tahun produksi sebanyak 9,000 unit telah berjaya dihasilkan sebelum DMC disahkan bankrap.

Sebaliknya,  filem  Back To The Future ditayangkan pada tahun 1985 dan kesan daripada itu DMC-12 mula meraih popularitinya dalam kalangan peminatnya.

Malangnya, populariti DMC-12 sebagai sebuah prop filem tidak mampu menyelamatkan keadaan pengeluar tersebut.

Sebaik penggambaran filem itu selesai, DeLorean dipamerkan di Universal Studios Hollywood, namun ada pihak bertindak mencuri beberapa komponen penting pada kereta tersebut.

Melihat keadaan kereta tersebut berada dalam keadaan yang cukup menyedihkan, penulis bersama filem tersebut Bob Gale membuat keputusan untuk menjalankan proses pemulihan.

Jentera ini kini ditempatkan di Houstan, Amerika Syarikat dimana DeLorean asli dan beberapa contoh jentera mesin masa ini dikekalkan di situ untuk tatapan buat peminatnya.

Difahamkan, projek pembinaan DeLorean merupakan salah satu projek yang benar-benar terhebat di dunia.

Malah, sebuah DeLorean berjaya dijual di laman jual beli kereta vintaj, Bring A Trailer pada harga AS$243,000 (RM1,01 juta) baru-baru ini.

Jentera ini dipadankan dengan  enjin PRV (Peugeot-Renault-Volvo) bentangan V6 2.85 liter namun dinaik taraf kepada enjin 3.3 liter yang dipadankan dengan pengecas turbo Garret,.

Sistem transmisi asal DeLorean juga turut dibuang, dan digantikan dengan kotak gear manual enam nisbah kelajuan yang diperoleh daripada Porsche 911 generasi 996.

Beberapa pengubahsuaian turut dibuat ke atas sistem bahan apinya. Di sebalik pengubahsuaian ini, ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam 3.9 saat.

Dari segi estetik, panel badan rekaan Giugiaro telah diserikan semula dan susun atur hadapan dan belakang kini disiapkan warna matte silver.


Jika diamati dengan lebih dekat, bahagian ekzosnya terkeluar tiga inci namun roda bersaiz 15 inci masih dikekalkan sehingga hari ini.

Menjengah bahagian dalamannya, ia menggunakan tombol shift baharu, tolok rangsangan, kerusi Recaro dan stereo Alpine.

Biarpun, Delorean dibiarkan hampir 20 tahun sehingga tahun 2019 dan ia kini bukan sahaja ditampilkan semula sebaliknya  mampu bergerak lebih jauh, lebih kuat dan apa yang penting ialah ia kini ditempatkan di kawasan lebih dihargai.

Gallery

Tag:

GMC
GMC DeLorean
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC

Super Truck Elektrik, Hummer EV SUV 2024 Terbaharu Daripada GMC

GMC menambahkan lagi model kereta dalam barisan super truck elektrik mereka dengan Hummer EV SUV 2024.

28-04-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026