Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai Kini Dibuka Di Jalang Klang Lama

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM) membuka pusat operasi jualan Hyundai Promise Approved Used Car Programme di  Sime Darby Auto Hyundai, Jalan Klang Lama.



Pengarah Pengurusan HSDM, Low Yuan Lung berkata, "Kami melihat permintaan yang baik terhadap kenderaan terpakai yang diperakui. Dengan adanya dua cawangan, satu di Shah Alam, Selangor dan satu lagi di Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur, Hyundai Promise memudahkan akses pelanggan."

 

Pelancaran Hyundai Promise di lokasi baharu ini dapat memenuhi permintaan kenderaan terpakai yang kian meningkat di sekitar Kuala Lumpur.



Menurut Pengarah Pengurusan Runcit dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, "Peningkatan permintaan terhadap kenderaan terpakai di bawah Hyundai Promise adalah selari dengan pertumbuhan pasaran kenderaan terpakai di Malaysia."



Kereta-kereta Hyundai yang dijual melalui Hyundai Promise didatangkan dengan alat ganti dan dan juga enjin yang tulen. Bagi memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik dari segi elektrikal dan mekanikal, pemeriksaan secara menyeluruh dijalankan oleh juruteknik bertauliah sebelum kereta diberikan kelulusan untuk dijual.



Kereta-kereta yang telah menerima pengesahan untuk jualan adalah bebas daripada terlibat dalam sebarangan kemalangan besar. Oleh itu, pelanggan dapat membeli dengan penuh keyakinan.

 

Setiap pembelian didatangkan dengan jaminan selama dua hingga lima tahun bergantung kepada usia kenderaan  dan juga jarak perbatuan yang dicatatkan. Kereta terpakai ini turut hadir dengan jaminan daripada pengeluar dan pengedar serta perkhidmatan bantuan tepi jalan 24 jam.

 

Pusat Hyundai Promise di kedua-dua lokasi iaitu Shah Alam dan Jalan Klang Lama dibuka pada jam 9 pagi hingga 5 petang pada Isnin-Jumaat dan 9 pagi hingga 12.30 tengah hari pada hari Sabtu. Pusat jualan ditutup pada setiap hari Ahad.


Gallery

Tag:

Hyundai Promise
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Jangan Terlepas! Promosi 3 Hari Jualan Kereta Terpakai Diperakui Hyundai, Ada Jaminan 2 Ke 3 Tahun!

Beberapa unit kereta terpakai Hyundai yang diperakui akan ditawarkan dalam harga istimewa melalui Hyundai Promise

17-09-2021

Berita Terkini

Berita Auto

Gaji RM2k Tapi Idam Honda RM85k: Ejen Kereta Dedah Silap Besar Anak Muda Baru Habis Rekrut!

Biar Papa Asal Bergaya? Tren Anak Muda Baru Kerja Terus Nak Angkat Honda, Bikin Ejen Kereta Risau!

15-05-2026
Berita Auto

Bilik Pameran BYD Mansion Macalister Dibuka Rasmi

BYD Perkukuh Pasaran EV Zon Utara, Rai Pemilik Ke-5,000 Di Pelancaran BYD Mansion Macalister

15-05-2026
Berita Auto

MINI EXPO 2026 Pertama Di 1 Utama

Bukan Sekadar Kereta Comel: 'Keluarga' MINI Berkumpul Di 1 Utama, Siap Boleh Pandu Uji!

15-05-2026
Berita Auto

Perodua 2030: Era EV & Hibrid Bermula

PERODUA mengunjurkan jumlah keseluruhan industri (TIV) automotif Malaysia mencecah kira-kira satu juta unit menjelang 2030.

15-05-2026
Berita Auto

JAC N90 Dilancarkan: Harga Bermula RM118,000

Lori Rasa 'Sedan'? JAC N90 Serba Baharu Kini Di Malaysia – Jaminan 6 Tahun!

15-05-2026
Berita Auto

Tiada Pemotongan Subsidi RON95 Untuk T20 - Menteri Pengangkutan

T20 Terlepas Dari Penarikan Subsidi? Ini Penjelasan Terbaharu Anthony Loke Tentang BUDI95

15-05-2026
Berita Auto

Automechanika KL 2026: Malaysia Kini Hab Strategik Automotif ASEAN

Edisi ke-15 Automechanika Kuala Lumpur tampil sebagai platform strategik dalam membentuk hala tuju mobiliti di rantau Asia Tenggara.

14-05-2026
Berita Auto

Isi Minyak 2 Kali Dalam 90 Minit, Lelaki 'Terlebih Rajin' Akhirnya Ditangkap!

Kenapa Pajero Ini Isi Minyak Dua Kali? Jawapannya Bongkar Rahsia Di Tangki Bawah!

14-05-2026