Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Catat Prestasi Jualan Terendah Dalam Tempoh 7 Tahun

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jumlah jualan yang rendah iaitu sebanyak 190,291 unit pada tahun lalu, menurun 13.6 peratus berbanding jualan pada tahun 2020 yang mencecah 220,154 unit.


Buat pertama kali dalam jangka masa tujuh tahun ini, jumlah jualan kereta Perodua kurang daripada 200,000 unit. Kali terakhir Perodua mencatatkan jualan kurang daripada 200,000 unit adalah pada tahun 2014 dengan jumlah sebanyak 195,579 unit manakala jualan yang tertinggi pula adalah pada 2019 dengan jumlah sebanyak 240,341 unit.



Walaupun prestasi jualan keseluruhan tahun 2021 tidak begitu memberangsangkan, namun Perodua berjaya meningkatkan kadar jualan sehinga 13 peratus (22,940 unit) pada bulan Disember berbanding 20,299 unit pada bulan sebelumnya.


Myvi terus menerajui keseluruhan pasaran Malaysia dengan jualan sebanyak 47,525 unit, diikuti oleh Axia dan Beza yang mendominasi pasaran segmen A.

 




Dalam perkembangan lain, Perodua telah menawarkan Program Bantuan Banjir Perodua ekoran insiden banjir yang memberi kesan kepada banyak negeri akhir-akhir ini. Sehingga kini, program ini telah membantu sebanyak 1,675 pelanggan di seluruh negara.


"Keutamaan kami sekarang adalah untuk bekerjasama dengan syarikat insurans dan juga rakan-rakan kongsi lain bagi mempercepat proses pengesahan yang diperlukan untuk membaiki dan memulihkan kenderaan yang rosak kerana banjir," ujar Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Zainal Abidin Ahmad.

 

 

 

 


Tag:

Perodua Myvi
Perodua Bezza
Perodua Axia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

19-06-2026
Berita Auto

04-06-2026
Tips

06-03-2026
Berita Auto

06-02-2026
Global

03-11-2025
Berita Auto

06-05-2025
EV

22-05-2024
Global

10-05-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026