Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nampaknya Proton Melangkah Setapak Ke Hadapan!

Suhana Veru

Kongsi melalui

Proton Holdings Bhd telah menandatangi memorandum perjanjian dengan Smart Automobile Co Ltd (Smart) bagi memperkenalkan rangkaian Kenderaan Tenaga Baharu (NEV) dalam pasaran automotif ASEAN yang ketika ini giat berkembang.


Menurut Proton, perjanjian itu menyaksikan kedua-dua pihak bekerjasama melalui Proton Edar.

Untuk rekod, Proton Edar akan dilantik sebagai pengimport, pengedar dan wakil jualan Smart di Malaysia dan Thailand.

Sementara itu, Smart Automobile (Nanning) Sales Co Ltd, akan menjadi anak syarikat milik penuh jenama kenderaan elektrik (EV) premium di rantau ini.

Perjanjian itu akan menguatkan lagu usaha pembuat kereta nasional itu untuk terus mengusahakan jalan strategik untuk keluaran NEVnya.

Pengerusi Proton, Syed Faisal Albar berkata, menerusi perjanjian itu, pihaknya akan mendapat pengalaman lebih meluas terutama dalam jualan, perkhidmatan dan pengecasan NEV.

Selain itu, pihaknya dapat mendapat kemahiran seperti mana yang diperlukan untuk  menguasai sektor NEV di pasaran ASEAN yang ketika ini sedang berkembang pesat.

“Ini merupakan peluang dalam memanfatkan pangkalan pelanggan smart yang akan membuka lebih banyak peluang kepada jenama Proton,” katanya.


Agensi Tenaga Boleh Diperbaharui Antarabangsa (IRENA) meramalkan bahawa lebih kurang 10 juta unit NEV akan digunakan di Asia Tenggara menjelang tahun 2025.

Jadi, Proton yakin tentang keupayaannya untuk mewujudkan rangkaian jualan dan perkhidmatan pelbagai peringkat di Malaysia dan Thailand, termasuk pusat pengalaman jenama dan beberapa lokasi jualan.

Proton juga dikatakan mahu menyediakan pasaran tempatan dengan perkhidmatan jualan dan selepas jualan untuk NEV pintar.

Bagaimanapun syarikat itu berkata, pada masa ini, tiada sebarang rancangan untuk bekerjasama di luar prinsip perjanjian itu.

Pada 2019, smart Automobile diasaskan sebagai usaha sama antara Mercedes-Benz dan kumpulan Geely China yang mempunyai pegangan kawalan dalam Proton.



Gallery

Tag:

protonholdings
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Harga Minyak "Terjun", Diesel Tanpa Subsidi Turun 75 Sen

Petanda Baik! Harga Diesel & Petrol Malaysia Turun, Rakyat Boleh Tarik Nafas Lega.

15-04-2026
Berita Auto

15 Tahun Auto Bavaria KL: Apa Yang Menjadikan Mereka Ikon Mobiliti Premium Malaysia?

auto Bavaria KL Raikan Ulang Tahun Ke-15, Bakal Lancar BMW X3 Edisi Terhad Hujung Minggu Ini!

15-04-2026
Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026