Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Statistik Kemalangan Jalan Raya 2019-2020

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, penunggang motosikal terus menjadi penyumbang tertinggi kematian akibat kemalangan jalan raya pada tahun lalu dengan 3,118 kes.

Perkara itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan, Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Superintendan Dr. Bakri Zainal Abidin.


“Pada tahun lalu, data menunjukkan pembonceng dan penunggang motosikal terus menjadi penyumbang terbanyak jumlah kematian akibat kemalangan jalan dengan 3,118 kematian atau 67 peratus berbanding 3,959 kematian pada 2019,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi panelis pada majlis maya pelancaran Kempen Keselamatan Jalan Raya Persatuan Insurans Am Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Pengarah Bahagian Penguat kuasa Ibu Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Malaysia, Datuk Lokman Jamaan, Pengerusi Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Antony Lee dan Timbalan Pengerusi Persatuan Takaful Malaysia (MTA), Mohamed Sabri Ramli.


Mengulas lanjut mengenai perkara itu, beliau  berkata, golongan penunggang motosikal dilihat paling banyak melakukan kesalahan di jalan raya.

“Antaranya seperti membuat pusingan U secara haram dan melanggar lampu isyarat. Hasil pemerhatian juga mendapati, rata-rata penunggang motosikal yang melakukan kesalahan jalan raya itu ialah  pekerja khidmat penghantaran yang melanggar lampu isyarat menyebabkan kes kemalangan membabitkan penunggang motosikal masih tinggi.

“Mereka sanggup melanggar undang-undang jalan raya kerana mahu mengejar masa memandangkan ia melibatkan insentif upah. Jadi, kita harus mengadakan perbincangan besar bersama penyedia p-hailing,” jelasnya.

Susulan itu, beliau berharap  perlu ada program khas antara syarikat dan penunggang khidmat penghantaran bagi membincangkan isu berkenaan.

"Pihak polis akan berusaha untuk duduk bersama dengan syarikat berkenaan untuk memantau dan melihat apa yang boleh dilakukan,” tambahnya.

Beliau turut mendedahkan bahawa sebanyak 418,237 kes kemalangan jalan raya direkodkan sepanjang tahun lalu berbanding 567, 516 kes pada 2019.


Terdahulu, Lee dalam ucapan berkata, kempen yang bertemakan #steadybrader itu diadakan bertujuan untuk mengurangkan kemalangan jalan raya, selain memupuk kesedaran keselamatan dalam kalangan pengguna jalan raya.

PIAM dan MTA berharap kempen yang akan diadakan sepanjang tahun 2022 itu, dapat mengurangkan kemalangan serta kematian akibat kemalangan dengan terus memberi tumpuan untuk memerangi wabak COVID-19.



Tag:

JPJ
#PDRM
MTA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

JPJ Pertama Buka 7 Hari Seminggu, Buka Sampai 10 Malam di Bandar Tasik Selatan!

JPJ Cawangan Bandar Tasik Selatan (BTS) melakar sejarah apabila menjadi cawangan pertama di negara ini yang beroperasi setiap hari, tujuh hari seminggu.

22-06-2026
Berita Auto

Kempunan Nak 'Show Off': Kereta Pengantin BMW Mewah Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ

Kereta Pengantin BMW Milik Pemegang Kad UNHCR Disita JPJ.

19-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026
Berita Auto

CERMAT MADANI: Diskaun Insurans 10% Untuk Pemandu "Baik", Anda Layak?

Berita Gembira Buat Pemandu Berhemah: Kerajaan Bagi Rebat Insurans 10% Di MyJPJ

10-06-2026
Berita Auto

Saman Bukan Matlamat: 2,000 Anggota JPJ Pantau Kawasan Berisiko

2,000 JPJ akan digerakkan di seluruh negara.

26-05-2026
Berita Auto

Tukar Hak Milik Kereta Persendirian: 8 Pusat Pemeriksaan Carro Mula Beroperasi Bulan Depan

Carro dilantik laksana pemeriksaan tukar hak milik kenderaan persendirian. - MOT.

26-05-2026
Berita Auto

25-05-2026
Berita Auto

Jangan Risau, Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Online Sudah Beroperasi Semula

Berita Baik: Urusan Tukar Hak Milik Kenderaan Secara Online Kini Boleh Digunakan Semula.

25-05-2026

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026