Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Tahun 2022: Honda Malaysia Mahu Rampas Takhta Kedudukan Nombor Satu Dalam Segmen Kenderaan Bukan Nasional

Suhana Veru

Kongsi melalui

Honda Malaysia sudah bersiap sedia untuk mendapatkan semula kedudukan nombor satu sebagai pengeluar kereta terbesar dalam Segmen Bukan Nasional dengan memperkenalkan sekurang-kurangnya tiga model baharu tahun ini.

Begitupun, syarikat berkenaan baru sahaja melancarkan model terbaharunya Honda City Hatchback pada awal Disember tahun lalu.


Kini, Honda Malaysia berhasrat untuk memperkenalkan Honda Civic generasi ke-11, Honda BR-V dan HR-V.

Menerusi barisan model ini, kami di Caricarz yakin bahawa sasaran Honda Malaysia itu boleh dicapai.

Untuk makluman anda, Honda Civic terbaharu akan dilancarkan pada awal tahun ini manakala dua model lain pula bakal dilancarkan sekitar Jun dan September.

Bagaimanapun disebabkan ketidaktentuan wabak Covid-19, jadual pelancaran model berkenaan berkemungkinan akan ditangguhkan!


Dengan barisan produk baharu, Honda Malaysia dilihat pasti akan meningkat lebih kukuh pada tahun ini dan mampu merampas kembali kedudukannya.

Ini  sekali gus menjadikan persaingan Honda dengan pengeluar kereta lain menjadi lebih sengit. 


Sebelum ini, Honda Malaysia mengakui bahawa jualan keretanya merosot sebanyak 52 peratus dari Mei hingga Julai 2021 ekoran PKP sekali gus menyebabkan operasi perniagaannya terganggu.

Sepanjang tempoh tiga bulan itu syarikat menjual kira-kira 5,700 unit berbanding hampir 12,000 unit dalam tempoh sama tahun lalu ketika negara berada di bawah PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

Difahamkan, situasi dialami Honda Malaysia itu adalah kesan langsung daripada pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) dan perintah berkurung sepenuhnya.

Terbaharu, Honda Malaysia berkata, sepanjang tahun lalu pihaknya mengalami kerugian jualan sebanyak 40 peratus dari angka sasarannya iaitu sebanyak 80,000 unit. 

Perkara itu didedahkan selepas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Madoka Chujo merasmikan majlis pelancaran Model Hatchback City di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur baru-baru ini.


Beberapa wakil Honda yang mempengerusikan sidang akhbar itu mengulangi kenyataan sama bahawa jualan kenderaan Honda merosot akibat sekatan pergerakan penuh selain berhadapan dengan masalah kekurangan cip.

Sebaliknya, pihaknya berharap tahun 2022 bakal menyajikan sesuatu yang lebih baik. Ketika ditanya mengenai angka rasmi angka jualan terkini, Honda berkata, buat masa ini, tiada sebarang angka rasmi untuk dikongsi.

Cuma Honda Malaysia berharap tahun 2022 akan lebih stabil apatah lagi selepas kerajaan bersetuju untuk melanjutkan pengecualian cukai Jualan dan Perkhidmatan oleh kerajaan sehingga Jun depan. 

Memang diakui, prestasi sektor automotif  yang lesu hampir sepanjang  lalu menyebabkan kesemua pengeluar kereta berjuang habis-habisan untuk meningkatkan jualan mereka pada tahun 2022.


Selain Honda Malaysia, sebahagian besar syarikat automotif sebenarnya terjejas teruk memandangkan Malaysia mencatatkan jualan kenderaan baharu sebanyak 58,742 unit pada November 2021.

Angka ini menunjukkan penyusutan dari bulan ke bulan yang pertama selepas empat bulan merekodkan pertumbuhan dua angka.

Sementara itu, Persatuan Automotif Malaysia (MAA) berkata, jumlah keseluruhan industri (TIV) merosot 7.5 peratus daripada 63,489 unit dijual pada Oktober 2021.

Perkara ini berlaku akibat kekurangan cip dan beberapa bahagian menjejaskan pengeluaran jenama tertentu.

Apapun, Caricarz berharap Honda Malaysia mampu merampas takhtanya semula menerusi  tiga model yang dipertaruhkan itu.

Tag:

Honda Malaysia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Kereta Honda Laku Keras, Ini Pula Sasaran CEO Honda Malaysia Tahun Ini

Honda Malaysia meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 60,000 unit kereta pada tahun ini.

11-02-2026
Berita Auto

Honda Malaysia Bakal Lancar 6 Model Baharu Tahun Ini, Adakah Mungkin Prelude?

Honda Malaysia mengumumkan bahawa pihaknya akan melancarkan sekurang-kurangnya enam model baharu ke pasaran Malaysia pada tahun ini.

11-02-2026
Kereta Baru

Honda CR-V Dual-Tone Edition Kini Di Pasaran – Terhad 300 Unit, Dari RM169,900

Sempena ulang tahun penubuhannya yang ke-25, Honda Malaysia (HM) mengumumkan syarikatnya itu kini menawarkan versi khas, CR-V Dual-Tone Edition, eksklusif untuk CR-V generasi keenam varian E dan V.

13-11-2025
Berita Auto

Honda Malaysia, KTMB Jalin Kerjasama Untuk Sediakan Mobiliti Lestari Pada Persidangan ASEAN Railways Ke-45

Honda Malaysia menjalinkan kerjasama dengan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) yang bertindak sebagai Rakan Rasmi Pengangkutan Kereta bagi Persidangan Ketua Pegawai Eksekutif Kereta Api ASEAN (ARCEOs’) ke-45.

09-09-2025
Berita Auto

SST Tidak Jejas Harga – Honda Malaysia

CEO Honda Malaysia, Narushi Yazaki, berkongsi kenyataan penting berkaitan isu pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang diperluas.

18-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V 2025 Facelift Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM115,900

Honda Malaysia secara rasmi memperkenalkan Honda HR-V 2025 facelift untuk pasaran tempatan.

17-07-2025
Kereta Baru

Honda HR-V Facelift Kini Boleh Ditempah – Rekaan Lebih Moden

Pasaran SUV segmen B di Malaysia kini semakin meriah dengan ketibaan Honda HR-V versi facelift.

01-07-2025
Berita Auto

Honda Malaysia Panggil Semula 87,490 Kenderaan – Isu Pam Bahan Api

Honda Malaysia hari ini mengumumkan panggilan semula besar-besaran untuk menyelesaikan isu melibatkan dua komponen penting iaitu bilah (impeller) pam bahan api dan pam bahan api tekanan tinggi.

10-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026
Berita Auto

Pemandu Perlu Tahu: Kenapa Beberapa Stesen Shell Kehabisan RON95?

Tular Notis 'RON95 habis di Shell: Ini Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Situasi Bahan Api Sekarang

10-04-2026
Berita Auto

Aplikasi CarLinko Untuk Pemilik Tiggo 7 PHEV, Tiggo 8 PHEV

Kawal Chery Tiggo 7 & 8 PHEV Di Hujung Jari – Aplikasi CarLinko Kini Rasmi Di Malaysia.

10-04-2026