- Berita
- Berita Auto
- Projek Blue Switch Buktikan Bateri EV Sebenarnya Boleh Digunakan Semula
Projek Blue Switch Buktikan Bateri EV Sebenarnya Boleh Digunakan Semula
Selepas mengecapi kejayaan yang agak besar apabila model Leaf menembusi pasaran pada Disember 2010. Sejak itu, Nissan dilihat telah bekerja keras bagi memastikan bateri kereta elektriknya (EV) bukannya sekadar pakai, buang.
Pengeluar kereta Jepun itu dilihat telah bersedia untuk merealisasikan neutraliti karbon menjelang 2050 memandangkan Nissan telah menemui cara untuk menggunakan bateri kenderaan elektrik ke arah tujuan lain.
Projek Nissan Blue Switch merupakan salah satu alternatif yang dibangunkan oleh Nissan untuk membolehkan kenderaan elektrik itu bertukar menjadi bekalan elektrik.

Kuasa dari kereta itu dikatakan dapat membekalkan tenaga elektrik untuk pelbagai perkakasan seperti memasak, mesin fotostat dan sebagainya.
Idea untuk menggunakan EV dari Nissan ini timbul ketika gempa bumi dan tsunami yang melanda Jepun pada tahun 2011.
Susulan itu, projek berkenaan membuatkan Nissan meraih Anugerah Ketahanan Terbaik untuk tahun 2020 dimana hanya Nissan menjadi satu-satunya pengeluar kereta yang diiktiraf.
Justeru, Nissan telah menunjukkan bagaimana Nissan Leaf dapat membantu pihak sukarelawan untuk mendapatkan tenaga elektrik dari kenderaan berkenaan ketika taufan Hagibis melanda pada tahun 2019.
Turut dilaporkan bahawa syarikat itu telah mula menghantar bateri Nissan LEAF pertama yang hampir tamat hayatnya ke kilang Energy Corp.
Pek bateri itu dikatakan telah dikitar semula dengan begitu teliti supaya ia dapat menawarkan nilai tambahan dalam pelbagai bentuk di kilang tersebut.
Bateri Nissan Leaf dibekalkan di kemudahan 4R dimana ia memberi penarafan pertama. Ada beberapa kompenan diberi penarafan A dan boleh digunakan semula dalam bateri kenderaan elektrik yang baharu.
Sementara itu, ada beberapa komponen yang dinilai sebagai gred B dan boleh digunakan dalam industri perkilangan seperti forklift dan storan tenaga yang besar.
Malah, dalam unit kuasa bekalan sandaran, komponen gred "C" mungkin masih berguna.

Sebaliknya, pasukan jurutera 4R Energy mendedahkan bahawa bateri Nissan Leaf dianggarkan mempunyai jangka hayat kira-kira 10 hingga 15 tahun (mungkin lebih lama), tanpa mengira gred bateri itu.
Berita baiknya ialah ia sebenarnya mewujudkan permintaan bateri yang telah melebihi jangka hayat. Ia dikatakan dapat menjimatkan kos pemilik kereta elektrik daripada membeli bateri baharu yang jauh lebih mahal.
Langkah ini dilihat dapat memanfatkan projek tenaga yang boleh diperbaharui.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/