Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Project Maybach, Kereta Elektrik Yang Menjadi Inspirasi Buat Generasi Muda

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Sebagai penghormatan kepada pereka, Virgil Abloh, Mercedes-Benz telah mengadakan pameran di Rubell Museum untuk mempertontonkan Project Maybach kepada umum pada 1 dan 2 Disember yang lalu.


Pameran kereta elektrik masa depan ini telah diadakan untuk memberi inspirasi kepada generasi moden. 


Virgil Abloh merupakan seorang artis polymath, arkitek, pengarah kreatif dan pereka fesyen yang telah menghembuskan nafas terakhir baru-baru ini selepas sekian lama bertarung dengan penyakit kanser.


Mercedes-Benz AG menjelaskan, "Mercedes-Benz bersedih mendengar pemergian Virgil Abloh.  Ingatan ikhlas kami bersama keluarga dan juga pasukan Virgil. Kini, kami mendedahkan dunia kolaborasi dan juga visi unik Virgil kepada umum, kami ingin meraikan dengan penuh rasa hormat hasil kerja seorang pereka yang unik, yang telah mencipta kolaborasi tanpa batasan melalui imaginasinya yang tidak berpenghujung dan memberi inspirasi kepada semua yang mengenali hasil kerja beliau."

 

Project Maybach ialah sebuah rekaan unik yang belum pernah lagi dibangunkan oleh Mercedes-Benz, setiap elemennya dihasilkan dari kosong.


Abloh dan Gorden Wagener telah menginterpretasikan identiti mewah Mercedes-Mayback dengan bahasa rekaan yang baharu dan keluar daripada batasan fungsi, gaya dan kreativiti kolaboratif.  


Tanpa perlu mengambil kira keperluan produksi, pasukan rekaan memiliki kebebasan untuk tampil dengan konsep yang sangat unik ini. 

 

Di bawah hud kereta yang lutsinar, dapat dilihat sel solar, teknologi yang dapat menambahkan lagi jarak perjalanan kereta elektrik Project Maybach.


Ciri unik pada kereta ini bukan hanya dapat dilihat pada karakter kereta dan juga saiznya yang besar sehingga berkepanjangan mencecah 6,000 mm, tetapi juga dari segi elemen rekaannya.


Keunikan kereta ini terserlah melalui gabungan pelbagai elemen yang berbeza yang dapat bersatu secara harmoni dengan motif rekaan yang diinspirasikan daripada aktiviti lasak.  


Kuasa hasil kerja Abloh bukan hanya dapat dilihat pada rekaan produknya tapi juga daripada perbualan-perbualan yang tercetus selepas melihat hasil kerjanya.


Pasukan Mercedes-Benz memuji Virgil Abloh atas inspirasi yang diberikan untuk sentiasa meneroka kuasa dialog antara indusri demi melakar masa depan yang lebih baik dan inklusif.

Gallery

Tag:

Maybach
Mercedes
Mercedes-Maybach
Mercedes Benz
Project Maybach
Virgil Abloh
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Global

Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan

Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.

15-05-2022
Berita Auto

Mercedes-Maybach Kini Melangkaui Dunia Automotif

Mercedes-Maybach merupakan lambang kemewahan dan membuatkan pelanggannya melihat kenderaan mereka bukan sahaja sebuah produk tetapi menonjolkan satu ekspresi gaya kehidupan.

26-08-2021
Berita Auto

Pelantikan Bettina Plangger Sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia

Mercedes-Benz Malaysia mengumumkan pelantikan Bettina Plangger sebagai Naib Presiden dan Ketua Pemasaran dan Jualan Mercedes-Benz Cars Malaysia.

20-04-2023
Pandu Uji

[PANDU UJI] Mercedes-AMG A45 S 4MATIC+ 'Terlebih' Segalanya: Kuasa, Keseronokan & Harga

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mercedes-AMG A45 S 4MAT dan ini pendapat kami…

27-03-2023
EV

Mercedes Bina Rangkaian Pengecasan 350kW, Sasar 10K Pengecas Menjelang 2030 Seluruh Dunia!

Mercedes-Benz telah mengumumkan bahawa ia akan mewujudkan rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV) di seluruh Amerika Utara, Eropah, China dan pasaran utama yang lain.

08-01-2023
Global

Pelik Tapi Benar, Honda Mendarat Atas Mercedes! Panjang Ceritanya...

Tular video yang menunjukkan satu situasi pelik di mana sebuah kereta Honda Civic dilihat berada di atas sebuah kereta mewah Mercedes.

15-10-2022
Global

Model Edisi Terhad Maybach, Hasil Kerjasama Dengan Pereka Fesyen Virgil Abloh Dilancarkan

Mercedes‑Maybach S‑Class S680, ialah sebuah model serba lengkap yang telah dihasilkan dengan kerjasama mendiang Virgil Abloh.

15-05-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026