Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tiga Varian - Harga Bermula RM315K

Suhana Veru

Kongsi melalui

BMW Malaysia mendedahkan tiga varian baharu BMW X3 manakala satu varian BMW X4  untuk pasaran tempatan.

Ketibaan varian itu adalah barisan keluarga BMW X yang agak baharu buat negara ini terutama  Kenderaan Aktiviti Sukan (SAV) yang bersaiz sederhana.

Ketiga-tiga varian BMW X3 yang didatangkan dengan pakej M Sport itu terdiri daripada sDrive20i, X3 xDrive30i, and X3 xDrive30e.

Harga ketiga-tiga jentera ini bermula dari RM315,800.00 hingga  RM356,800.

Sementara itu, , X4 yang turut memasuki pasaran tempatan dijual pada harga  RM398,800.00.


Sila ambil maklum! Harga jentera ini adalah harga atas jalan, tidak termasuk pengecualian Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Meskipun dimensi varian-varian baharu yang dipasang di Malaysia ini masih sama, BMW X3 baharu kini akan menampilkan roda aloi yang diubah suai dengan saiz sehingga 20 inci,

BMW X3 sDrive20i dan xDrive30i dijana dengan enjin TwinPower Turbo empat silinder yang dipadankan dengan bantuan transmisi Auto Steptronic lapan kelajuan dengan Fungsi Auto Hold.

Untuk itu, ia mampu menghamburkan kuasa maksimum sehingga 184hp@300Nm. Selain itu, menyentuh mengenai kadar pecutannya, sDrive20i mampu memecut dalam masa 8.2 saat dan merekodkan kelajuan tertinggi pada 215 kilometer sejam.


Berbeza pula dengan xDrive30e kerana ia bergerak dengan menggunakan mod elektrik secara sepenuhnya.

Oleh itu, pek bateri lithium-ion 12 kWj mampu memberikan lebih daripada 50 km untuk jarak pacuan elektrik,

Sementara itu, BMW X4 xDrive30i pula dilengkapi dengan suspensi adaptif. 

Bagaimanapun, setiap kereta menawarkan rangkaian kuasa yang berbeza kerana bergantung kepada variannya. 


Ciri terbaharu yang ditambahkan pada X3 dan 4 ialah Paparan Kawalan 10.25-inci yang lebih besar bersama fungsi skrin sentuh.

Ia juga dilengkapi dengan lampu belakang LED penuh. Jentera ini menampilkan wajah yang agak  sporty kerana gril buah pinggang ikonik yang membuatkannya lebih menonjol.


Menyentuh mengenai SAV, ia dikuasakan dengan sistem operasi BMW7 dan Pembantu Peribadi Pintar yang membolehkan para penumpang jentera ini membuka tingkap dan melaraskan sistem penghawa dingin  hanya dengan menggunakan suara. 

Beralih kepada bantuan pemanduannya, kedua-dua X3 dan X4 dilengkapi dengan Bantuan Parkir, Amaran Tukar Lorong, Amaran Keluar Lorong dan Amaran Perlanggaran Hadapan.

Kesemua varian BMW X3 didatangkan dalam aneka kombinasi warna luaran dan dalaman meliputi putih (Alpine White), kelabu  (Brooklyn Grey), biru (Phytonic Blue) dan hitam (Carbon Black).


X4 pula dipadankan dengan Leather Vernasca Black dan sulaman biru pada ruang dalaman.

Apakah pula pendapat anda mengenai jentera mewah ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan komen ini.




Gallery

Tag:

bmw
BMWX3
BMWX4
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Ini Dia Harga BMW 320i Sport 2025 - Serendah RM265,800

Selain model X3 baharu, BMW Group Malaysia turut mengumumkan harga rasmi bagi model BMW 320i Sport 2025 yang telah dikemaskini, baru-baru ini.

25-06-2025
Berita Auto

Keupayaan Pengecasan BMW i5 Kini Lebih Canggih.

BMW Malaysia mengumumkan bahawa versi terkini BMW i5 eDrive40 M yang dijual pada harga RM399,800 menerima beberapa penambaikan.

13-03-2024
EV

Ada Berita Baik Untuk Pemilik EV Di Penang

Ada Stesen pengecas EV di Island 88.

09-01-2024
Berita Auto

Rugi Siapa Tak Pergi Malaysia Autoshow 2023

BMW Group Malaysia mengalu-alukan pengunjung menyaksikan barisan modelnya yang sedang dipamerkan di Malaysia Autoshow 2023, MAEPS.

04-05-2023
Berita Auto

BMW XM, SUV Plug-In Hybrid Dengan Kuasa Cecah 735 HP! Model Paling Berkuasa BMW?

Pengeluar kereta Jerman, BMW baru sahaja mendedahkan SUV baharu, BMW XM.

29-09-2022
Berita Auto

BMW X5 M Versi Facelift Dikesan Sedang Diuji Di Nürburgring

Gambar intipan X5 versi facelift yang sedang diuji di litar Nürburgring, Jerman.

15-08-2022
Berita Auto

9 Ciri Kereta Ini Boleh Dilanggan Pengguna BMW Malaysia – Bermula Dari RM40/Bulan!

BMW Malaysia telah memperkenalkan beberapa servis langganan baharu.

15-07-2022
Berita Auto

BMW Akan Kekalkan Transmisi Manual, Permintaan Tinggi

BMW M tidak akan menghentikan pengeluaran kereta dengan transmisi manual.

29-06-2022

Berita Terkini

Kereta Baru

Leapmotor B10 Kini Rasmi Di Malaysia – Dari RM99,800 Untuk 200 Terawal

SUV elektrik segmen C, Leapmotor B10 kini rasmi dilancarkan di Malaysia dalam dua varian iaitu Life dan Design. Model import sepenuhnya (CBU) ini menyasarkan pembeli yang mencari SUV lima tempat duduk praktikal dengan spesifikasi yang menarik.

10-12-2025
Kereta Baru

SUV Mercedes-Benz GLC 200 4Matic – Hanya Dari RM329,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian asas, GLC 200 4Matic (X254) di Malaysia. SUV CKD baharu ini menawarkan enjin 2.0L turbo berkuasa 201 hp dan tork 320 Nm.

09-12-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLE 400 e 4Matic Kini Rasmi Di Malaysia – PHEV, Dari RM498,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) telah melancarkan GLE 400 e 4Matic PHEV untuk pasaran Malaysia. SUV hibrid plug-in ini menjanjikan prestasi tinggi cecah 375 hp dan 600 Nm, serta jarak pemanduan elektrik sehingga 108 km.

09-12-2025
Kereta Baru

Dongfeng 007 & Vigo Ditunjuk, Rupanya Bakal Dilancar Tahun Depan, Harga Agak Marhaen

Dongfeng Cars Malaysia menayangkan dua model elektrik terbaharunya, Dongfeng 007 dan Dongfeng Vigo di Cyberjaya, Selangor semalam.

07-12-2025
Kereta Baru

MPV 1,000 KM, Nissan Serena e-Power 'Didekati' & Diuji – Lancar Di Malaysia Q1 2026

Kami pandu uji Nissan Serena e-Power (C28/generasi keenam) sebelum kemunculan rasminya pada Q1 2026. Model ini menggunakan enjin e-Power Gen-2, menjanjikan jarak mencecah 1,000 km.

05-12-2025
Kereta Baru

Lexus GX 550 2026 Dilancar, Ada 2 Varian, Harga Bermula Daripada RM780,000

Lexus Malaysia telah melancarkan Lexus GX generasi ketiga, baru-baru ini.

04-12-2025
Kereta Baru

Maybach S580 Night Series 4Matic Dilancarkan Di Malaysia – 'Hanya' Dari RM2.4 Juta

Mercedes-Benz Malaysia rasmi melancarkan Maybach S580 Night Series (CBU) berharga RM2.4 juta. Tampil memukau dengan enjin V8 turbo, sistem AWD dan pakej estetik gelap.

04-12-2025
Kereta Baru

EV Pertama Perodua Dilancarkan, QV-E: Harga Cuma RM80,000

Perodua akhirnya melancarkan secara rasminya EV pertama mereka, QV-E ke pasaran tempatan, sebentar tadi.

01-12-2025