Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kerajaan Jamin Tiada Lockdown

Suhana Veru

Kongsi melalui

Ramai  yang sudah mula membuat pelbagai spekulasi, kononnya umat Islam di negara ini nampaknya masih tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan sambutan Aidilfitri gara-gara kes Covid-19 semakin melonjak semula.

Sebaliknya, ada yang masih berharap mereka dapat pulang beraya dengan keluarga tercinta di kampung selepas dua kali beraya di perantauan.


Sejak beberapa hari lalu, impian untuk menyambut raya di kampung nampaknya semakin kabur selepas kes harian Covid-19 melonjak kepada 11,034 semalam.

Namun anda jangan bimbang, nampaknya anda boleh meneruskan persediaan untuk menyambut hari lebaran itu tidak lama lagi.

Ia berikutan Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, memberi jaminan bahawa kerajaan tidak akan melaksanakan  'total lockdown' walaupun negara berdepan peningkatan kes Covid.


“Mungkin pada peringkat awal dulu, kita tiada pengalaman dan tidak cukup data untuk bertindak. Namun sekarang sudah dua tahun. Kita tidak boleh tanggung untuk melaksanakan 'total lockdown',” katanya.


Pada bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob turut memberi jaminan tiada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.


Susulan itu, orang ramai berharap supaya kerajaan menepati janji dengan tidak melaksanakan PKP atau sekatan untuk pulang ke kampung menjelang Hari Raya nanti.

Bagaimanapun, sejauh manakah kebenaran tiada PKP akan dilaksanakan, sama-sama kita nantikan pengumuman seterusnya!


Tag:

Lockdown
pkp
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto
Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto
Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto
Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto
Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto
Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Harga Minyak Turun Bermula Hari Ini
Berita Auto
PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026