Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pasukan Virage Beraksi Musim Pertama LMP2 Pada Tahun Ini

Suhana Veru

Kongsi melalui

Nampaknya, bekas pelumba ujian Formula Satu (F1) Mercedes, Jazeman Jaafar akan kembali menyertai Pasukan Virage untuk bersaing dalam  Siri Le Mans Eropah 2022.

Jazeman akan beraksi dengan dua  pemandu berpengalaman iaitu Rob Hodes dan Gabriel Aubry.


Dengan adanya pengalaman luas dalam LMP2, Jazeman mengakui dia bangga dan teruja kerana dapat menyertai pasukan Virage dalam perlumbaan LMP2 ELMS.

Jazeman akan berlumba dengan pemandu berpengalaman Aubry  yang  pernah berlumba untuk beberapa pasukan dalam LMP2.

Aubry juga dikatakan pernah dinobatkan sebagai naib juara Kejohanan pada musim WEC LMP2 2019.


Jazeman yang pernah memenangi kedua-dua perlumbaan FIA WEC dan LMP2 di Asian Le Mans Series dilaporkan kini bekerjasama dengan rakan sepasukannya.

Mereka kini sedang membuat persediaan mantap sebelum   menyertai perlawanan yang akan diadakan di Perancis pada April depan.


“Pasukan Virage telah bekerja keras, dan persiapan kami setakat ini telah membuktikan kami mempunyai keupayaan untuk melakukannya dengan baik.

“ Saya sudah tidak sabar untuk memulakan musim hadapan di litar Paul Ricard bersama rakan sepasukan,” ujar Jazeman.


Seorang lagi pelumba Pasukan Virage, Hodes telah melangkah ke LMP2 di mana beliau pernah menyertai perlumbaan ELMS, Piala Le Mans dan Asian Le Mans  sebelum ini.


Gallery

Tag:

f1
LMP2
ELMS
WEC
FIA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Hyundai Perkenal Hypercar Genesis GMR-001 – Bakal Beraksi Dalam Perlumbaan Ketahanan WEC 2026

Hyundai, melalui jenama mewahnya Genesis, telah mengesahkan penyertaan mereka dalam FIA World Endurance Championship (WEC) 2026. U

10-12-2024
Berita Auto

Ferrari Bersedia Bersaing Dalam Perlumbaan Le Mans Dengan Hypercar 499P

Ferrari telah mendedahkan hypercar yang bakal digunakan dalam Kejohanan Ketahanan Dunia (WEC) FIA 2023.

01-11-2022
Berita Auto

Perlumbaan Drag Tiada Kelulusan, Litar Hanya Untuk Motor Sahaja

Badan yang menyelia aktiviti sukan permotoran di Malaysia, Motorsports Association of Malaysia (MAM) telah mengeluarkan satu kenyataan

20-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Kenapa Anda Boleh Percaya Bateri Chery? Ujian Ekstrem Ini Jawapannya

Chery menganjurkan Cabaran Keselamatan Bateri Chery Super Hybrid yang pertama di Malaysia dengan membakar bateri CSH pada 1,000 darjah celsius selama 1 minit dan 20 saat.

15-04-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, ERL Tawar Diskaun 90%

ERL Tawar Diskaun 90%! MyPutrajaya & MyKLIA Monthly Travel Card kini lebih murah.

14-04-2026
Berita Auto

Polis Hanya Ditempatkan Di Stesen Minyak Sempadan

Penempatan PDRM di stesen minyak hanya tertumpu di kawasan sempadan negara.

14-04-2026
Berita Auto

Krisis Tenaga Global, KTMB Tawar Diskaun 30%

Jimat 30%! KTMB Tawar Diskaun Besar Tiket ETS & ERT – Ini Cara Rebut Kod Promosi Anda Bermula Esok!

14-04-2026
Berita Auto

Michelin Perluas Primacy 5 Untuk SUV, Tambah 34 Saiz Baharu (16-22 Inci)

MICHELIN Primacy 5, kini diperluaskan khusus untuk menepati keperluan kenderaan SUV.

13-04-2026
Berita Auto

Proton Kereta Penumpang Pertama Di Malaysia Terima ISO 50001:2018

Proton melakar satu lagi sejarah apabila sebagai pengeluar kereta penumpang pertama di Malaysia yang menerima pensijilan berprestij ISO 50001.

13-04-2026