Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Toyota Rancang Keluar 30 EV Menjelang 2030 Dan Lexus Bakal Jadi Jenama EV Mulai 2035

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Melihatkan perkembangan semasa industri automotif, tidak mustahil untuk dikatakan bahawa EV bakal menguasai pasaran dalam masa lima tahun akan datang. 


Ekoran perkembangan ini, syarikat pengeluar kereta Jepun, Toyota, sudah semestinya tidak mahu ketinggalan untuk bersaing dalam menghasilkan model-model kereta elektrik. Ini terbukti apabila syarikat mengumumkan perancangan untuk mengeluarkan sebanyak 30 EV menjelang tahun 2030 dan bukannya hanya 15 EV menjelang 2025 seperti yang diumumkan sebelum ini.



Bukan itu sahaja, Toyota turut meletakkan sasaran untuk menjual sebanyak 3.5 juta bateri EV di seluruh dunia menjelang 2030 dan menjadikan jenama Lexus sebagai jenama EV menjelang tahun 2035.


Menyedari syarikat telah ketinggalan jauh ke belakang berbanding jenama-jenama lain seperti Tesla, Nissan, General Motors dan juga Volkswagen dari segi teknologi elektrifikasi, Toyota mengambil alternatif untuk melaburkan sebanyak 2 trilion yen (RM 72.45 bilion) dalam teknologi kenderaan bateri, tambahan sebanyak 1.5 trilion yen (RM 54.34 bilion) berbanding komitmen yang diumumkan dahulu.



Sebelum ini, beberapa eksekutif tinggi syarikat, termasuklah Ketua Pegawai Eksekutif, Akio Toyoda pernah membuat kenyataan bahawa tren ke arah penggunaan EV tidak akan pergi jauh, namun kini Toyoda telah mula menerima realiti, EV adalah masa depan industri automotif.



"Saya percaya, mencapai neutraliti karbon bermaksud merealisasikan dunia yang mana orang ramai dapat terus hidup di planet ini dalam kegembiraan," ujar Toyoda.


"Kami ingin membantu merealisasikan dunia sebegitu.  Ini telah menjadi dan akan terus menjadi harapan serta misi Toyota sebagai sebuah syarikat global. Untuk cabaran itu, kami perlu mengurangkan emisi CO2 sebanyak yang mungkin, secepat yang mungkin."


Toyota mempamerkan beberapa kenderaan konsep semasa pengumuman diadakan. Kereta-kereta yang dipamerkan adalah merangkumi kereta sedan, sport, crossover, SUV, trak pikap, dan beberapa pengangkutan boxy.  Namun begitu, tiada maklumat terperinci dikongsikan mengenai kereta-kereta konsep ini.


Walau bagaimanapun, Toyota memaklumkan bahawa kereta sport Lexus yang akan dihasilkan pada masa akan datang memiliki "jarak pelayaran" sehingga 700 km (434 batu) dan mampu memecut daripada 0 ke 60 batu sejam dalam masa kurang daripada dua saat.  SUV kompak BZ4X, EV jarak jauh pertama Toyota akan tiba di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 2022.


Gallery

Tag:

Toyota
Lexus
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Kereta Baru

Pertempuran 'Kembar' Bermula! Toyota Yaris Cross Dah Sampai, Traz Perlu Risau Atau Tidak?

Toyota Yaris Cross vs Perodua Traz: Perbandingan Spesifikasi, Harga.

08-05-2026
Berita Auto

15,370 Toyota Terjual, Jenama Bukan Nasional Paling Laris Di Malaysia

Dominasi Toyota Berterusan: Jenama Bukan Nasional Paling Laris di Malaysia.

15-04-2026
Kereta Baru

Lasak Tapi Lebih Canggih! Toyota Hilux BEV 2026 Buktikan EV Pun Boleh Buat Kerja Berat

UMW Toyota Motor (UMWT) baru sahaja memperkenalkan Toyota Hilux Battery Electric Vehicle (BEV) pada harga RM226,300.

02-04-2026
Kereta Baru

Toyota bZ4X Facelift Dilancarkan -RM220,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasmi memulakan revolusi elektriknya di Malaysia dengan pelancaran Toyota bZ4X.

02-04-2026
Global

Toyota Kekal Raja Automotif Dunia 6 Tahun Berturut-Turut! Cecah 11.3 Juta Unit, Hibrid Jadi 'Lubuk' Duit

Tiada siapa mampu menggugat takhta Toyota. Gergasi automotif Jepun ini sekali lagi dinobatkan sebagai pengeluar kenderaan nombor satu dunia bagi tahun keenam berturut-turut.

03-02-2026
Global

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9x World Champion Edition Dilancarkan, Hanya Ada 200 Unit

Toyota GR Yaris Sebastien Ogier 9X World Champion Edition dilancarkan secara rasmi semalam.

23-01-2026
Global

Toyota Raize Kini Hadir Dalam Versi GR Sport Di Indonesia

Kembar Perodua Ativa yang dijenamakan semula untuk pasaran Jepun, Toyota Raize, kini tampil dengan versi GR Sport yang lebih sporty di Indonesia.

22-01-2026
Global

Toyota HiAce 2026 Muncul Di Jepun – Lebih Canggih Segenap Sudut

Toyota HiAce kini sudah mencapai usia mencecah lebih dua dekad di pasaran global.

21-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026
Berita Auto

LRT 3 Pula Dah ...

LRT 3 laluan Shah Alam alami isu teknikal baru-baru ini.

14-07-2026
Berita Auto

Harga Petrol Malaysia Lebih Rendah Berbanding Arab Saudi, UAE

Harga petrol Malaysia lebih murah berbanding Arab Saudi, UAE.

14-07-2026