Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Astra Sports Hadir Dengan Ciri Baharu Yang Lebih Inovatif

Suhana Veru

Kongsi melalui

Model estate Astra Sports Tourer dilaporkan sudah boleh ditempah bermula tahun ini. 

Kenderaan sporty itu didatangkan dengan beberapa ciri baharu terutama dari pemacu kuasa jenteranya.


Ia turut menawarkan pilihan rangkaian kuasa elektrik termasuk pilihan enjin petrol dan diesel dengan tahap kecekapan tinggi.

Kotak gear enam kelajuan adalah standard pada enjin petrol dan diesel, manakala transmisi automatik lapan kelajuan (elektrik pada versi hibrid boleh dicas semula) tersedia pada enjin yang lebih berkuasa.

Enjin petrol 1.2 liter tiga silinder  menghasilkan kuasa 108hp dan 128hp manakala enjin diesel 1.5 liter empat silinder pula mampu menghamburkan kuasa 128hp.


Melihat pada pembinaan kerangka badannya, kenderaan elektrik pertama Britain ini memiliki bahagian hadapan Vizor selain menampilkan Panel Tulen di sekeliling logo Griffin.

Jentera ini agak bergemerlapan di bahagian belakang. Apa tidaknya, brek lampu yang dipasang tinggi membuatkan seluruh bahagian belakangnya kelihatan cukup memukau.

Ia juga hadir dengan lampu hadapan LED dan terdapat kamera di bahagian hadapan.


Model estate pertama syarikat itu nyata membawa idea yang cukup inovatif sebaik anda membuka model hatchback lima pintu itu.

Sebaik melangkah masuk ke dalam kabin, anda akan dihidangkan dengan rekaan dalaman yang cukup inovatif.

Menyentuh mengenai bahagian dalamannya, ia terdiri daripada kluster instrumen 10 inci, paparan skrin bersaiz 10 inci dan panel HMI.

Ia juga dilengkapi dengan Kawalan Iklim dan sambungan wayarles pada Apple CarPlay dan Android Auto.


Selain menawarkan kerusi yang cukup selesa untuk penumpangnya, Astra Sports Tourer turut mendapat kelulusan untuk tempat duduk hadapannya menerusi Kempen Belakang Sihat oleh AGR Jerman.

Tempat duduk hadapan yang sangat ergonomik dikatakan tiada tolok tandingannya terutamanya jika dipandu untuk perjalanan jauh.

Malah, ruang butnya yang seluas 608 liter boleh diubahsuai dengan mudah. Bagaimanapun, jika kerusi belakang direbahkan, bahagian butnya boleh menjadi lebih luas dengan anggaran seluas 1,634 liter.


Lebih menarik, sekiranya kerusi belakang  dijatuhkan untuk nisbah 40:20:40, maka bahagian belakangnya boleh menjadi rata.

Selain itu, kit pertolongan cemas atau tayar ganti boleh dicapai dengan mudah tanpa perlu menyelongkar bagasi kerana ia disimpan di bawah lantai.

Apakah pendapat anda mengenai jentera ini? Kongsikan pendapat anda di bawah ruangan ini!




Gallery

Tag:

Vauxhall
Vauxhall Astra Sports Tourer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

Vauxhall Perkenal Dua Model Elektrik Baharu: Combo-e Life & Vivaro e-Life Combi

Vauxhall baru-baru ini telah mendedahkan dua model baharu yang dikuasakan oleh tenaga elektrik.

14-03-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026
Berita Auto

981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor

Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.

01-09-2026
Berita Auto

Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas

Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.

01-09-2026
Berita Auto

Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500

Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.

01-09-2026
Berita Auto

Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini

Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.

01-09-2026
Berita Auto

Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km

Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.

30-08-2026
Berita Auto

Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom

Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.

29-08-2026