Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pemanduan Autonomi Volvo Tanpa Pengawasan, 'Ride Pilot' Dimulakan Di California

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Bermula dengan pelanggan di California, Amerika Syarikat, Volvo Cars memperkenalkan Ride Pilot, sistem pemanduan autonomi tanpa pengawasan yang akan diperkenalkan dalam kenderaan elektrik sepenuhnya akan datang.

 

Ride Pilot dicipta berlandaskan standard keselamatan yang terkemuka, diwujudkan untuk memberikan lebih banyak masa terluang kepada pengguna untuk menjadikan penggunaan kereta Volvo lebih mudah dan menyeronokkan.

 

Ride Pilot dirancang untuk ditawarkan sebagai langganan tambahan untuk SUV andalan versi elektrik sepenuhnya yang akan didedahkan tahun ini.

 

Ketua penyelidikan dan pembangunan Volvo Cars, Mats Moberg berkata, "Kami berbangga untuk mengumumkan pelancaran untuk AS yang telah dirancang bagi ciri pemanduan autonomi tanpa pengawasan pertama daripada kami, kami sedang berusaha untuk menetapkan satu standard baharu dalam teknologi autonomi tanpa mengabaikan faktor keselamatan.  Penggunaan perisian AD Zenseact yang terbaharu serta LiDar Luminar sebagai ciri standard dalam SUV elektrik sepenuhnya ini merupakan satu perubahan besar untuk Volvo Cars termasuklah dalam keselamatan automotif dan pemanduan autonomi."


Volvo telah menetapkan satu standard baharu dalam aspek keselamatan kereta akan datang syarikat mereka, bersama-sama dengan kemaskini perisian over-the-air dan sensor yang canggih.

 

Perisian yang digunakan ini telah dibangunkan oleh Zenseact, syarikat perisian pemanduan autonomi bersama-sama dengan pasukan pembangun daripada Volvo Cars dan Luminar. 

 

Mengenai sistem sensor yang digunakan, secara keseluruhannya, terdapat lebih daripada dua dozen sensor yang dipasang, termasuklah sensor canggih LiDAR yang berfungsi bersama-sama dengan perisian yang telah dibangunkan.

 

Sensor LiDAR Luminar menjadi pelengkap kepada lima radar, lapan kamera dan 16 sensor ultrasonik. Pemasangan kesemua sensor ini memaksimumkan ciri keselamatan kereta.

 

Pelancaran perisian yang boleh dikemaskini secara berterusan over-the-air ini memastikan sistem sentiasa tampil dengan fungsi lengkap yang membolehkan Volvo Cars menawarkan pemanduan autonomi yang selamat.

 

Kombinasi perisian-sensor dan ciri keselamatan ini akan ditampilkan sebagai ciri standard yang akan ditawarkan pada SUV elektrik sepenuhnya Volvo Cars. Dan yang penting, teknologi ini akan ditambah baik dari masa ke masa.

 

Walau bagaimanapun, sistem Ride Pilot ini hanya akan ditawarkan kepada pelanggan sebaik ia telah melalui protokol pengesahan dan ujian Volvo Cars yang ketat.


Ujian-ujian ini akan mengesahkan sekiranya teknologi yang dihasilkan selamat untuk digunakan di atas lebuh raya pada pelbagai jenis permukaan.

 

Pada masa ini, sebagai sebahagian daripada proses pengesahan, Volvo dan Zenseact telah pun menguji fungsi pemanduan autonomi ini di atas jalan raya di Sweden dan mengumpulkan data di seluruh Eropah dan Amerika Syarikat.

 

Bermula daripada pertengahan tahun ini, syarikat turut bercadang untuk memulakan sesi ujian di atas jalan raya California. 

 

Lokasi ini dipilih kerana iklim, keadaan trafik dan rangka kerja pengawalseliaan dilihat sesuai untuk memulakan aktiviti pemanduan autonomi.

 

Sebaik sistem Ride Pilot disahkan sebagai teknologi yang selamat, ia akan diperkenalkan di California terlebih dahulu, sebelum dilancarkan di seluruh dunia secara beransur-ansur.


Ketua pegawai eksekutif Zenseact, Ödgärd Anderson berkata, "Pencapaian standard keselamatan baharu industri memerlukan (teknologi) melalui tahap ujian dan pengesahan yang ketat yang akan berkembang di seluruh dunia.  Perisian Zenseact AD memainkan peranan yang penting dalam standard baharu ini dan juga dalam perjalanan menuju ke arah emisi sifar." 

 

Penghasilan Ride Pilot dianggap penting kerana pemandu dapat menggunakan masa terluang untuk melakukan aktiviti lain seperti membaca, menulis, bekerja atau bersosial.  

 

Ia juga boleh membantu pemandu untuk tiba ke destinasi dalam keadaan lebih relaks dan bertenaga, mengurangkan kepenatan mental yang sering dirasai setelah memandu jauh terutamanya apabila terpaksa menempuhi kesesakan lalu lintas. 

 

Pengasas dan ketua pegawai eksekutif Luminar, Austin Russell berkata, "Visi Luminar adalah untuk mendemokrasikan ciri keselamatan dan autonomi generasi mendatang, dan kami sudah melihat ini menjadi satu kenyataan dengan pelancaran kenderaan pertama di platform baharu Volvo.  Luminar (akan hadir) sebagai ciri standard dalam setiap kenderaan, SUV mereka yang seterusnya berpeluang untuk menjadi kenderaan paling selamat di atas jalan raya."

Gallery

Tag:

Volvo
Volvo Cars
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Pandu Uji

08-03-2026
Global

22-01-2026
Pandu Uji

15-11-2025
Kereta Baru

17-10-2025
Kereta Baru

30-09-2025
Global

28-08-2025
Global

07-07-2025
Global

25-06-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto
Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto
ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto
GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto
Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto
Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026
Berita Auto
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas

Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.

02-09-2026
Berita Auto
730 Orang Terkorban Di LPT1

730 Orang Terkorban Di LPT1

Bukan Salah Jalan: Risiko Kemalangan LPT1 Punca Faktor Manusia

02-09-2026