Link Copiedcheck_circle
EV

Vauxhall Perkenal Dua Model Elektrik Baharu: Combo-e Life & Vivaro e-Life Combi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jenama kereta Britain, Vauxhall, sebelum ini pernah mengumumkan bahawa syarikat akan menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengeluaran kenderaan elektrik mulai tahun 2028, kira-kira tujuh tahun lagi sebelum misi ini dijadikan realiti. 


Sebagai sebahagian daripada usaha untuk mencapai matlamat ini, Vauxhall baru-baru ini telah mendedahkan dua model baharu yang dikuasakan oleh tenaga elektrik, Combo-e Life dan Vivaro e-Life Combi.

Pengarah Urusan Vauxhall, Paul Willcox berkata, "Vauxhall telah menetapkan matlamat yang jelas iaitu untuk hanya menghasilkan (kereta) elektrik mulai tahun 2028, dan ini adalah satu langkah untuk menuju ke arah itu."


"Kami fokus untuk memastikan bahawa manfaat untuk bergerak ke arah (penggunaan kuasa) elektrik ditawarkan dan adalah berpatutan untuk sebanyak mungkin pengguna kenderaan Britain yang ada," tambahnya. 

Dari segi kuasa, Combo e-Life dapat bergerak sejauh 280 km berdasarkan kitaran WLTP dengan menggunakan bateri berkapasiti 50 kWh. Model ini sesuai untuk digunakan oleh mereka yang berkeluarga kerana menawarkan keluasan yang memuaskan dengan konfigurasi sama ada lima atau tujuh tempat duduk. 



Model yang lebih besar, Vivaro e-Life Combi pula boleh mencapai jarak perjalanan sejauh 230 km berdasarkan kitaran WLTP dan dapat menampung sehingga sembilan orang penumpang pada satu-satu masa. Ini menjadikan model ini sesuai untuk kegunaan kerja atau sebagai teksi pengangkutan. 



Harga bermula daripada £29,610 (RM 124,229.00) untuk Vivaro e-Life. manakala Vauxhall Combo e-Life pula berharga sekitar £30,295 (RM127.101.00). 


Gallery

Tag:

Vauxhall
vauxhall vivaro e-life
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-05-2022
Global

28-04-2022

Berita Terkini

EV
Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026
EV
Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Selangor Beri Jaminan Infrastruktur EV Tak Tumpu Di Bandar Sahaja

Agenda EV Selangor Makin Rancak: 500 Lokasi Baharu Bakal Dikenal Pasti, Luar Bandar Turut Jadi Fokus!

04-06-2026
EV
Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Siri e.MAS Makin Laku Keras, PRO-NET Acah Pelancaran Model Baharu 8 Hari Lagi

Misteri Angka 7: Proton e.MAS Bakal Dedah Sesuatu Yang Baharu Tidak Lama Lagi.

04-06-2026
EV
Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Lebih 3,500 Pemandu Proton Pilih ChargeSini Pasang Wallbox Di Rumah

Dah Tak Payah Pening Kepala! Ini Sebab Kenapa 3,500+ Pemilik Proton Pilih ChargeSini Untuk Pasang Wallbox.

29-05-2026
EV
Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Bukan Sekadar EV: Proton e.MAS Bina Ekosistem Pintar Buat Rakyat Malaysia

Lebih daripada RM40 juta telah dilaburkan dalam pembangunan infrastruktur digital tempatan.

28-05-2026
EV
PRO-NET Agresif:  Buka 2 Lagi Outlet  Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

PRO-NET Agresif: Buka 2 Lagi Outlet Premium Pasca Lonjakan Jualan Proton e.MAS

Fenomena Proton e.MAS: Jualan naik mendadak 329.5%, Pro-Net buka 2 lagi outlet di KL.

22-05-2026
EV
BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

BEV 94,165 Unit: Ini Bukti Rakyat Malaysia Makin Serius Beralih Ke EV

Ubah Status Dari 'Trend' Ke 'Keperluan': Kerajaan Atur Strategi Pecut Ekosistem EV.

20-05-2026
EV
Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Pentas EV Berubah, Zeekr Kini Jenama EV Premium No. 1 Malaysia

Zeekr Kini Raja EV Premium Baharu Malaysia!

19-05-2026