Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Citroen Umumkan Kehadiran C5 Aircross Facelift 2022

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Citroen C5 Aircross telah diberikan sentuhan baharu bagi tahun 2022, hampir lima tahun selepas model pre-facelift diperkenalkan dengan gaya dan kelengkapan baharu.



Rekaan bahagian depan C5 Aircross kali ini telah diubah dengan bahagian lampu yang lebih menunjukkan ‘kesatuan’ berbanding versi pre-facelift yang kelihatan seperti dua bahagian berbeza. Visual fascia depan C5 Aircross telah diubah yang mana terdapat garisan putus-putus bermula dari lampu DRL yang bertemu dengan logo di bahagian tengah.




Tiang A kekal dalam kemasan berwarna hitam kontra sama seperti sebelum ini, namun perumah cermin sisi yang sebelum ini dalam warna yang sama dengan warna badan kereta kini dicat hitam. Pada bahagian bawah kereta terdapat material plastik berwarna hitam yang menampakkan kereta lebih sporty.




Bergerak ke bahagian dalam, C5 Aircross ini telah diberikan sedikit perubahan dari segi rekaan papan pemukanya, paparan infotainmen bersaiz 10 inci yang terletak di atas corong pendingin udara kini diletakkan secara memanjang, manakala pendingin udara pula kekal tersusun secara menegak seperti dulu. 


Bampar belakang kekal sama namun ditambah dengan lampu kabus pada sudut bawah di bahagian tepi serta dipasangkan dengan paip ekzos yang halus.



Panel instrumen bersaiz 12.3 inci kereta dilihat sama seperti dahulu termasuklah suis togol padanya. Stereng pelbagai fungsi kereta dalam balutan kulit juga kini tampil dalam gaya baharu yang lebih unik.

Citroen masih belum lagi mendedahkan spesifikasi trenkuasa kereta, ini mungkin bermaksud enjin yang digunakan adalah sama dengan keluaran sebelum ini. Termasuklah enjin petrol dan diesel bagi negara-negara Eropah. Enjin ini telah pun mematuhi panduan emisi Euro 6.2 sejak diperkenalkan  pada tahun 2018.



Enjin 3 silinder 1.2L 128 hp turbo PureTech kerta dan juga enjin 4 silinder 1.6L 178 hp ditawarkan untuk enjin petrol. Sementara itu, enjin diesel turbodiesel BlueHDI 1.6 kengan keupayaan 128 hp diberikann 128 hp.  Terdapat dua pilihan transmisi iaitu manual dengan enam kelajuan, dan lapan kelajuan.



Gallery

Tag:

citroen
C5 Aircross
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Bermaz Auto Panggil Balik 2 Model Tapi Ada Sebabnya!

Bermaz panggil semula model Citroen/DS 2009-2017.

19-09-2023
Global

Kemalangan Ngeri, BMW Nafi Babitkan Teknologi Pandu Sendiri

Kemalangan maut melibatkan empat buah kenderaan di lebuh raya Jerman.

17-08-2022
Berita Auto

Citroen Berlingo dan SpaceTourer Kini Hanya Ditawarkan Dalam Versi Elektrik Di Eropah

Citroën baru-baru ini telah mengumumkan penjualan hanya versi elektrik untuk dua model MPV iaitu Citroën ë-Berlingo dan Citroën ë-SpaceTourer

27-02-2022
Berita Auto

Pelanggan Kereta Mikro EV Citroen Boleh Tempah Rekaan Ikut Citarasa

Citroen mengumumkan bahawa mereka akan mula menawarkan beberapa ciri yang boleh ditempah khas.

29-11-2021

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026