Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hujan Berterusan, Beberapa Laluan Di KL Dinaiki Air

Suhana Veru

Kongsi melalui

Beberapa laluan di sekitar ibu negara dinaiki air susulan hujan lebat berterusan sejak pukul 3 petang tadi.


Gambar Ihsan: Polis KL

Berdasarkan halaman rasmi Facebook Polis Kuala Lumpur, antara laluan yang dinaiki air ialah sekitar Jalan Pudu, Jalan Maharajalela, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Travers.


Gambar Ihsan: Polis KL

Hujan lebat itu  menyebabkan air bertakung di sekitar Changkat Thambi Dollah selain kesesakan teruk turut berlaku dari susur Jalan Pudu hingga ke Kampung Pandan, Ampang.

Selain laluan dinaiki air,  sebatang pokok yang tumbang di Jalan Syed Putra menyebabkan tembok Muzium Istana Diraja pecah.


Gambar Ihsan: Polis KL

Susulan itu, dua kenderaan jenis Toyota Vellfire dan Honda BRV yang secara kebetulan berada di lokasi kejadian dihempap pokok berkenaan.


“Bagaimanapun, dua mangsa  yang berada di dalam kenderaan masing-masing bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan,” kata Komander Operasi JBPM Kuala Lumpur Omar Chekku .

Insiden itu turut menyebabkan kesesakan lalu lintas di sepanjang  Jalan Syed Putra itu. 


Bagaimanapun, kesesakan itu kembali pulih selepas Dewan Bandaraya Kuala Lumpur mengalihkan dan membersihkan sisa pokok tumbang itu.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

'Test Speed' Solo Di Jalan Awam, Bakal Jadi Kesalahan Jenayah: Denda Hingga RM10,000, Penjara 2 Tahun

Tak Berlumba Pun Kena Saman RM10,000? Ini Maksud Baharu 'Menduga Kelajuan' Yang Wajib Anda Tahu.

21-07-2026
Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026