Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Ford Perkenalkan Bronco Everglades 2022, Jentera Serba Lengkap Untuk Laluan Ekstrem!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Ford memperkenalkan model baharu, Ford Bronco Everglades edisi khas tahun 2022. SUV terbaharu ini dibangunkan untuk kegunaan lasak dengan identiti 'goes over any type of terrain' atau 'melalui apa sahaja rupa bumi' (G.O.A.T).


Ketua Jurutera Ford Bronco, Jolanta Coffey berkata, "Pelanggan Bronco suka meneroka tempat baharu, namun sesetengahnya ingin pergi lebih jauh daripada yang lain.  Everglades diberikan kelengkapan khas untuk membolehkan pelanggan melalui kawasan yang lebih mencabar. Dengan adanya win (winch) yang dipasang pada bampar hadapan, ia dapat menyelamatkan kenderaan lain yang berdepan dengan masalah."


Bronco Everglades ditawarkan sebagai sebuah model empat pintu.

 


Melalui pakej Sasquatch, kereta dilengkapi ciri-ciri seperti snorkel, win bampar hadapan dan semua peralatan off-road  lain.


"Peminat Bronco inginkan gaya dan juga prestasi, jadi kami telah mencabar diri kami dengan menghasilkan snorkel bersama fungsi mewah berserta gaya yang sesuai dengan kenderaan," ujar Pengurus Rekaan Ford Bronco, Ryan Olsson.


Snorkel yang telah dihasilkan oleh Ford ini dipasangkan pada tiang A jentera dengan fungsi untuk mengoptimumkan prestasi kenderan dalam kawasan berpasir, bersalji atau berair. Ia akan menaikkan aliran udara enjin di atas paras laluan.


Snorkel ini direka dengan dua plat yang mudah ditukar untuk mengubah arah saluran masuk, bergantung kepada keadaan laluan dan cuaca.


Selain itu, gandar depan dan belakang, transfer case dan transmisi turut dinaikkan bagi memberikan ia keupayaan untuk menempuh air berkedalaman 924 mm (36.4 inci), 74 mm (2.9 inci) lebih tinggi berbanding versi standard.


Model ini turut dipasangkan dengan bampar depan modular tugas berat bersama takal Warn Zeon 10-S  yang dilengkapi kabel berkepanjangan 100 kaki dengan kemampuan untuk menarik beban maksimum 4,535 kg (10,000 paun).


Bronco Everglades turut didatangkan secara standard dengan pelindung bar safari, rock rail dan plat bash keluli sepertimana yang terdapat pada model Black Diamond dan Badlands Bronco.


Untuk bahagian tayar, model ini menggunakan rim aloi kelabu karbon bersaiz 17 inci dengan tayar lumpur Goodyear bersaiz 35 inci. Ciri luaran lain ialah rak bumbung dengan crossbar. 


Bronco Everglades 2022 ditawarkan dalam lima  pilihan warna iaitu Desert Sand (eksklusif untuk model ini), Eruption Green, Area 51, Shadow Black dan Cactus Gray.


Bergerak ke bahagian dalam, Bronco Everglades menggunakan tempat duduk vinil dan juga karpet getah untuk memudahkan kereta dicuci sekiranya kotor daripada aktiviti off-road.

 


Aksen Urban Green digunakan pada pemegang pintu, corong pendingin hawa dan untuk jahitan pada tempat duduk bagi sentuhan yang lebih halus.


Dari segi teknologi, Bronco Everglades menggunakan sistem SYNC 4 dengan kemampuan kemaskini perisian atas udara (OTA).


Untuk prestasinya pula, jentera gagah ini menggunakan motor EcoBoost 2.3L yang dapat menjana output maksimum 300 hp dan tork 441 Nm, tork yang tertinggi bagi enjin gas 4 silinder dalam kelasnya. Trenkuasa ini digabungkan dengan transmisi automatik 10 kelajuan SelectShift serta sistem 4X4.


Ford Bronco Everglades 2022 ini ditawarkan pada harga bermula daripada  USD 53,000 (RM 221,938).


Gallery

Tag:

Ford
Ford Bronco
Bronco
Everglades
Bronco Everglades
Ford Bronco Everglades
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Ford Mobile Service: Servis Khidmat Baik Pulih Ringan Di Depan Pintu

FMS digunakan untuk tujuan khidmat penyelenggaraan serta kerja baik pulih ringan secara terus ke lokasi pelanggan.

11-06-2025
Gaya Hidup

Auto ConeXion-Ford Antara 6 Pengedar Di Dunia Yang Tawar CSR Terbaik!

Auto ConneXion merupakan antara enam pengedar di dunia kerana menawarkan CSR yang cukup cemerlang.

27-03-2025
Berita Auto

Panggil Balik 41,688 Kenderaan Untuk Elak Kemalangan

Antara jenama yang terlibat ialah Honda, Kia, MAN TGS, Ford, Audi dan Mercedes.

20-02-2025
Berita Auto

Pusat 3S, Body & Paint Ford Dibuka Di Pulau Pinang

Pengedar rasmi Ford di Malaysia, Sime Darby AutoConneXion (AutoConneXion), memperkukuh kehadirannya dengan pembukaan Pusat 3S baharu di Seberang Perai, Pulau Pinang.

20-02-2025
Kereta Baru

Ada 200 Unit: Boleh Ditempah Dalam Talian: Harga Lebih RM181K

Ford Ranger StormTrak boleh ditempah secara dalam talian.

30-05-2024
Kereta Baru

Adakah Model Terhad Ini Stormtrak?

Edisi terhad ini akan dilancarkan pada hujung bulan ini.

15-05-2024
Berita Auto

Ford Ranger Getaways Tawar Latihan 4x4

Sesi latihan Ford Ranger Getaways untuk pemilik Ranger dan Ranger Raptor.

19-04-2024
Global

Akan Buang 10K Pekerja, AI Jadi Pengganti Syarikat Pembekal Komponen Tesla & VW Ini

Sebuah syarikat pembekal automotif dari Perancis, telah mengumumkan rancangan untuk menghentikan sebanyak 10,000 kakitangan.

26-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

Tempahan Minat Xpeng G6 Facelift 2025 Kini Dibuka – Bakal Dilancarkan Di Malaysia?

Beberapa bulan selepas kemunculan globalnya di China, model facelift, Xpeng G6 2025 kini bakal tiba di pasaran Malaysia. Pendaftaran minat (ROI) model ini telah dibuka melalui laman web rasmi Xpeng Malaysia.

24-09-2025
Kereta Baru

Imej Teaser Disiar: Tempahan Subaru Forester Gen Ke-6 Sudah Dibuka

Pengimport dan pengedar rasmi Subaru, Motor Image Malaysia Sdn Bhd, menyiarkan gambar Subaru Forester generasi keenam yang baharu di media sosial, baru-baru ini.

22-09-2025
Kereta Baru

Nissan Navara X-Tremer 2025 Sudah Berada Di Bilik Pamera, Harga Bermula Daripada RM134,800

Nissan Navara X-Tremer 2025 kini sudah berada di semua bilik pameran Nissan di seluruh negara.

19-09-2025
Kereta Baru

Suzuki Fronx Ditayang Lagi, Tempahan Sudah Dibuka

Suzuki Fronx di bakal dilancarkan di pasaran tempatan, tidak lama lagi.

18-09-2025
Kereta Baru

Dilancar: Chery O5 Selamat Mendarat Ke Malaysia, Hanya 1 Varian, Harga Cuma RM116,800

Chery Malaysia akhirnya melancarkan secara rasminya Chery O5 yang merupakan nama baharu bagi Omoda 5 facelift, sebentar tadi.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025 Kini Di Pasaran – Harga Sama Tetapi Lagi Bergaya, Dari RM292,800

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) membuat pelancaran ‘mengejut’ model ketiga hari ini iaitu Mercedes-Benz C200 AMG Line 2025.

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition Kini Di Pasaran – Dari RM538,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) melancarkan varian edisi terhad, Mercedes-AMG CLA 45 S 4Matic+ Coupe Final Edition, sebagai 'lambaian terakhir' kepada model CLA generasi kedua (C118).

10-09-2025
Kereta Baru

Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe Kini Rasmi Di Pasaran – Dari RM722,888

Mercedes-Benz Malaysia (MBM) hari ini secara rasmi telah melancarkan model terbaru dalam ‘keluarga’ coupe AMG, iaitu Mercedes-AMG CLE 53 4Matic+ Coupe.

10-09-2025