Link Copiedcheck_circle
EV

EV Pertama Mercedes-Benz: 190 hp, Harga 278K

Suhana Veru

10-3-2022

Kongsi melalui

Buat julung kalinya,Mercedes-Benz melancarkan model kereta elektrik pertamanya,  EQA 250 AMG Line ke pasaran Malaysia.

Model import sepenuhnya dari Rastatt, Jerman ini membawakan trenkuasa yang cukup mengagumkan.


Ini kerana ia dikuasakan oleh pek bateri berkapasiti 66.5kWh dan sebuah motor elektrik 190hp dan tork 375Nm. 

Ini bermakna ia boleh bergerak sejauh 426 kilometer dengan sekali caj. 

Lebih menarik, kenderaan utiliti sukan ini mampu membuat pecutan dari 0-100 kilometer sejam(km/j) dalam masa 8.9 saat dengan pecutan maksimum 160km/j.

Maka, tidak hairanlah model EV ini ditawarkan pada harga RM278,201.25.


Secara teknikalnya, model elektrik ini didatangkan dengan kabel pengecas bersama penyambung Combined Charging System (CCS).

Mungkin ramai yang sudah tertanya-tanya mengenai tempoh pengecasan jentera ini.

Untuk makluman pengecasan pantas (DC sehingga 100kW), baterinya boleh dicaj daripada 10 menjadi 80 peratus dalam masa hanya 30 minit. 

Sementara itu, bagi pengecas AC 11kW pula,  pengecasan penuh akan mengambil masa selama lima jam dan 45 minit. 


Di sebalik cerita pengecasan, ada berita baik untuk pembeli kereta EQ.

Ini kerana sekurang-kurangnya 13 pengecas pantas DC akan dipasangkan di l lokasi pengedar strategik tahun ini.

Ini bermakna   pelanggan EQ boleh menggunakannya tanpa sebarang kos sehingga penghujung 2023. 

Fuhh, untung betul!

Menjengah bahagian luarannya, ia tidak saling tumpah seperti GLA tetapi ada sedikit kelainan pada grilnya. 

Nampak, model elektrik terbaharu ini tidak mempunyai gril dan digantikan dengan panel radiator.

Selain itu, lampu utamanya hadir dengan kemasan berwarna biru.


Dari pandangan sisinya, ia dihiaskan dengan rim AMG bersaiz 19 inci. Bahagian dalamannya pula, ia kelihatan serba mewah.

Terdapat skrin berkembar dan sistem MBUX yang menyokong sambungan Android Auto dan Apple CarPlay termasuk Live Traffic Information serta komunikasi LTE untuk perkhidmatan Mercedes me connect.


Bukan itu sahaja,   lampu ambiennya hadir dengan 64 warna berbeza.

Menyentuh mengenai aspek keselamatan, model ini menawarkan perlindungan ambien Akustik untuk memberi amaran kepada pejalan kaki dan penunggang basikal mengenai kehadiran kereta.

Malah, bagi memberi keyakinan kepada pembelinya,EQA hadir dengan jaminan selama empat tahun. 

Bahagian baterinya pula diberi jaminan selama lapan tahun atau perbatuan sejauh 160,000km. 



Gallery

Tag:

mercedes eq
Mercedes Benz EQ
Mercedes Benz EQA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Mercedes-Benz EQS 450+ & 580 4MATIC Ada Fungsi OTA?

Mercedes-EQ telah mengumumkan penjualan dua model terkini keluaran mereka yang merupakan kereta saloon .

21-09-2021
EV

Jualan Kenderaan Elektrik (EV) Mula Laris Di Malaysia, Tapi Kenapa?

Rakyat Malaysia mula menunjukkan minat untuk membeli EV.

21-04-2022
Berita Auto

Mercedes-Benz Financial mengumumkan pelan pembiayaan Step Up Agility

Berita baik kepada individu yang sedang mencari kenderaan elektrik (EV) pertama mereka pada tahun ini.

24-03-2022

Berita Terkini

EV

EV Bajet TQ Wuling Bingo Bakal Dilancarkan Di Malaysia – CKD, Bawah RM100,000?

Tan Chong Motor Holdings (TCMH) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama pengeluar kenderaan elektrik (EV) terkemuka China, SAIC-GM-Wuling (SGM Wuling).

05-05-2025
EV

Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida.

05-05-2025
EV

Thailand Laksana Cukai 'Mesra' PHEV, Malaysia Bila Lagi?

Kerajaan Thailand meluluskan penstrukturan semula cukai kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV) yang akan dilaksanakan bermula 1 Januari 2026.

05-05-2025
EV

Lebih 6,000 Tempahan di Malaysia, Kini e.MAS 7 Uji Pasaran Singapura

Selepas lebih sedekad, jenama automotif kebanggaan Malaysia, Proton, kini kembali ke pasaran Singapura.

05-05-2025
EV

Kena Intip: Perodua e.MO-II Sedang Diuji Di DUKE

Perodua e.MO-II sedang diuji di DUKE, baru-baru ini.

05-05-2025
EV

Jualan,Pengecasan EV Semakin Melonjak, Bagaimana Pula Langkah Lupuskan Bateri EV?

Biarpun, masih awal untuk bimbang mengenai pelupusan bateri, namun sudah tiba masanya, kerajaan sudah mula mewujudkan loji kitar semula bateri EV yang khusus.

03-05-2025
EV

Bateri CATL Tidak Boleh Terbakar, Meletup

CATL mengesahkan bahawa baterinya tidak boleh terbakar atau meletup, walaupun berlaku kegagalan haba dalaman .

02-05-2025
EV

Pameran Pertama Denza Malaysia Gegar TRX, Ini Yang Menarik

Denza Malaysia membuat kemunculan umum pertamanya di khalayak ramai setelah memasuki pasaran negara secara rasmi pada Februari lalu.

02-05-2025