- Berita
- EV
- Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

OMODA & JAECOO Malaysia rasmi melancarkan SUV elektrik JAECOO J5 EV (CKD) pada harga RM118,800. Meskipun dijual lebih mahal berbanding jiran serantau akibat penggunaan bateri LFP berprestasi tinggi daripada CATL, model ini menawarkan jarak pemanduan 461 km serta dilengkapi dengan 19 sistem ADAS lengkap.
Jaecoo J5 EV Dilancarkan Pada Harga RM118,800: Ini Punca Kenapa Ia Lebih Mahal Berbanding Thailand
Timbul persoalan dalam kalangan media apabila tanda harga RM118,800 tersebut kelihatan lebih tinggi berbanding pasaran Thailand dan Indonesia yang dijual sekitar RM75,000.
Perbezaan harga ini berpunca J5 kita dapat bateri lebih besar 58.9 kWh, Thailand (50.6 kWh) tapi kecil sikit berbanding Indonesia (60.9 kWh), dan semuanya datang daripada pembekal berbeza.
Spesifikasi Trenkuasa Dan Kecekapan Bateri CATL
Unit bateri CATL pada J5 EV ini menyokong pengecasan pantas DC 130 kW, membolehkan tahap bateri ditingkatkan dari 30% ke 80% dalam masa 28 minit sahaja. Untuk pengecasan AC 11 kW pula, ia mengambil masa kira-kira 7 jam.
Nadi pemacunya menjana kuasa 155 kW dan tork 288 Nm, membolehkan pecutan 0-100 km/j dicapai dalam 7.7 saat. Jarak pemanduan standard yang ditawarkan pula mencatatkan angka sehingga 461 km (NEDC).
Reka Bentuk Gaya Hidup Dan Praktikaliti Kabin


JAECOO J5 EV direka untuk kegunaan pelbagai bentuk muka bumi dengan jarak kelegaan tanah 174 mm dan keupayaan meredah air setinggi 450 mm. Ia turut dilengkapi Active Grille Shutter dan rim aerodinamik 18-inci.
Di bahagian dalam, SUV ini tampil luas dengan bumbung kaca panoramik 1.45 meter. Ruang simpanannya merangkumi but hadapan (frunk) 35 liter dan kargo belakang hingga 1,284 liter apabila kerusi dilipat.

Bagi pencinta aktiviti luar, J5 EV turut didatangkan dengan Pet Mode, Camping Mode, serta fungsi pengecasan luar Vehicle-to-Load (V2L) berkuasa 3.3 kW.
Sistem Keselamatan ADAS Tahap 2+ Dan Jaminan Pemasangan CKD

JAECOO J5 EV dipasang secara tempatan (CKD) di kilang Chery Corporate Malaysia, Shah Alam. Ketegaran badannya disokong oleh nilai kilasan 35,900 Nm/deg bersama kamera 540° HD Surround View.
- Lane Departure Warning (LDW)
- Lane Keeping Assist (LKA)
- Lane Departure Prevention (LDP)
- Blind Spot Detection (BSD)
- Lane Change Assist (LCA)
- Full-Speed Adaptive Cruise Control (ACC)
- Front Vehicle Departure Alert (DAI)
- Integrated Cruise Assist (ICA)
- Forward Collision Warning (FCW)
- Rear Cross-Traffic Alert (RCTA)
- Rear Cross-Traffic Braking (RCTB)
- Autonomous Emergency Braking (AEB)
- Traffic Jam Assist (TJA)
- Evasive Steering Assist (ESA)
- Door Opening Warning (DOW)
- Active Speed Limiter (ASL)
- Rear Collision Warning (RCW)
- Multi-Collision Braking (MCB)
- Emergency Lane Keeping Assist (ELK)
Setiap pembelian dilindungi oleh waranti kenderaan selama 7 tahun / 150,000 km dan waranti bateri voltan tinggi selama 10 tahun / 200,000 km, disokong oleh 56 bilik pameran di seluruh negara.
Untuk 1,000 penghantaran pertama yang didaftarkan menjelang 31 Oktober 2026, pembeli bakal menerima pakej pelancaran eksklusif bernilai RM10,000, yang merangkumi:
Insurans Percuma 1 Tahun (bernilai RM3,000).
Sambungan Data Percuma 3 Tahun (bernilai RM1,000).
Pengecas Dinding JAECOO Home Wallbox 7 kW (bernilai RM3,300).
Penyambung Penyesuai V2L JAECOO (bernilai RM700).
Pakej Aksesori Gaya Hidup JAECOO J5 yang mengandungi subwoofer, set karaoke dalam kereta, dan lampu suluh berkuasa tinggi (bernilai RM2,000).
Kredit Pengecasan Tanpa Had 12 Bulan di rangkaian JomCharge menerusi lebih 1,353 stesen pengecasan awam di seluruh negara.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

