Link Copiedcheck_circle
EV

Jaguar Naik Taraf I-PACE Dengan Alexa! Ini Cara Ia Berfungsi

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Jaguar kini memperkenalkan I-PACE versi elektrik sepenuhnya yang telah dinaik taraf dengan teknologi baharu.


SUV prestasi elektrik sepenuhnya ini ialah kereta Jaguar pertama yang tampil dengan kawalan suara Amazon Alexa.

 


Sistem Alexa kini diintegrasikan ke dalam I-PACE sebagai fungsi interaksi semula jadi bagi melengkapkan sistem infotainmen Pivi Pro. 


Alexa misalnya boleh digunakan untuk mengendalikan fungsi-fungsi seperti navigasi, rakaman media, panggilan telefon dan peranti pintar yang serasi. 


Permintaan seperti "Alexa, navigate me to home," "Alexa, play my chill-out playlist" dan "Alexa show me nearby coffee shops"  boleh dilakukan dengan hanya menggunakan suara.


Bukan itu sahaja, pengguna juga boleh mengetahui berita terkini, cuaca, menguruskan jadual, memasukkan senarai barang untuk dibeli, semuanya hanya dengan menggunakan suara.

 


Kesemua model Jaguar terbaharu yang dilengkapi sistem Pivi Pro akan disertakan dengan Alexa. 


Lebih daripada 55,000 pemilik sedia ada I-PACE yang menggunakan sistem infotainmen Pivi Pro telah ditawarkan dengan kemaskini over-the-air Alexa. 


Pengarah Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik, Alex Heslop berkata, "Integrasi yang baik antara Amazon Alexa dan sistem infotainmen Pivi Pro ini dapat memberikan pelanggan fungsi kawalan suara yang mudah dan intuitif, menjadikan pengalaman pemanduan lebih menyeronokkan. Kemampuan kami untuk menawarkan ciri baharu ini kepada pelanggan yang sudah sedia ada membuktikan nilai perisian over-the-air kami."


Alexa ialah sistem yang cukup mudah untuk digunakan, pengguna masih boleh mengekalkan tangan pada stereng dan pandangan mata pada jalan raya. 


Sistem Alexa ini juga boleh digunakan untuk mengawal peralatan pintar lain di rumah seperti pemanas atau pencahayaan daripada I-PACE, dengan hanya menyebut "Alexa, set the living room temperature to 20 degrees," misalnya.

 

Pelanggan di UK dan AS juga dapat mengawal dan memeriksan I-PACE di mana sahaja dengan menggunakan Jaguar Remote Skill untuk mengawal mana-mana peranti yang hadir dengan ciri Alexa.


"Alexa, ask Jaguar to check my range," "Alexa, ask Jaguar if my car is fully charged" atau "Alexa, ask Jaguar if my doors are locked" adalah antara ciri yang pelanggan boleh gunakan. 

 

Selain model-model Jaguar yang dilengkapi Pivi Pro, fungsi ini turut ditawarkan kepada pelanggan dengan kereta yang dilengkapi sistem infotainmen Touch Pro.

 


Ketua Antarabangsa Automotif Alexa Amazon, Christian Mentz berkata, "Pelanggan di seluruh dunia berinteraksi dengan Alexa berbilion kali setiap minggu, menjadikan kehidupan lebih mudah, lebih produktif dan menyeronokkan.  Kami teruja untuk memberikan pengalaman yang menyenangkan dan memudahkan kepada pelanggan Jaguar. Memandangkan Alexa sentiasa bertambah bijak, ciri dan keupayaan baharu akan ditambah dari masa ke masa dan dihantar kepada kenderaan secara automatik."


Selain Alexa, I-PACE dilengkapi pelbagai teknologi pintar yang dapat menjadikan perjalanan lebih mudah dan menyeronokkan. 


I-PACE dilengkapi Smartphone Pack yang kini datang secara standard dengan Apple CarPlay dan juga Android Auto tanpa wayar.


Pivi Pro boleh dihubungkan kepada dua telefon pintar secara serentak. Di samping itu di bahagian bawah konsol tengah terdapat pad pengecasan tanpa wayar yang turut hadir dengan fungsi penggalak signal bagi meningkatkan penerimaan rangkaian dan Wi-Fi.


Selain itu, sebelum perjalanan bermula,  pelanggan boleh menetapkan masa permulaan dan penamat untuk pengecasan dengan adanya fungsi tempoh pengecasan pilihan (Preferred Charging Period) I-PACE.


Teknologi ini membantu pengguna memanfaatkan penurunan harga elektrik yang mula ditawarkan dalam banyak pasaran. 


Pengguna juga boleh menetapkan state-of-charge (SoC) misalnya untuk berhenti hanya pada tahap 80 peratus.


Selain itu semua, Jaguar turut menawarkan pilihan pek premium Black untuk lebih impak visual. 


Dengan pek premium ini, bahagian-bahagian seperti gril kereta, sekeliling tingkap tepi, perumah cermin sisi, logo di bahagian belakang, rim 22 inci ‘Style 5056’ jejari terpisah, spoiler belakang dan suspensi udara kereta adalah dalam kemasan hitam berkilat.


I-PACE juga kini turut ditawarkan dalam warna Ostuni White buat pertama kalinya, dan kemasan metalik ini digabungkan dengan cat metalik solid, metalik dan premium.


I-PACE terbaharu kini sudah ditawarkan di United Kingdom pada harga yang bermula daripada GBP 65,620 (RM 367,695). Tempahan boleh dibuat di jaguar.com.

Gallery

Tag:

Jaguar
I-Pace
jaguar i-pace
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

EV

03-12-2024
Global

21-11-2024
Global

17-06-2024
Global

21-05-2024
EV

17-05-2024
Global

11-10-2023
Kereta Baru

28-03-2023
EV

12-01-2023

Berita Terkini

EV
Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Beli EV Pertama: Latih Staf Terang Panduan Cas EV Di Rumah

Syarikat Kereta Digesa Latih Staf Beri Panduan Cas EV Di Rumah.

03-09-2026
EV
1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas  Gentari Melalui Aps ChargeSini

1 Aplikasi, Tapi Banyak Pengecas: Akses Stesen Pengecas Gentari Melalui Aps ChargeSini

Nak Cas EV Lagi Mudah, ChargeSini, Gentari Kini Roaming Bersama.

02-09-2026
EV
Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

Kenapa Jaecoo J5 EV Malaysia Lagi Mahal Dari Thailand, Indonesia

JAECOO J5 EV CKD dilancarkan pada RM118,800.

02-09-2026
EV
Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Pengecas EV Murah: ChargeSini Kurangkan Harga Di Seluruh Malaysia

Berita baik pemilik EV, ChargeSini turunkan harga Pengecas DC. Semak kadar tarif baharu sekarang.

01-09-2026
EV
Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Sukar Pasang Pengecas EV: Ini Sebab Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Buat Suka Hati

Niat Ada, Halangan Banyak: Kenapa Pengusaha Stesen Minyak Tak Boleh Bebas Bina Pengecas EV?

27-08-2026
EV
Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Pengecasan Berjenama Proton e.MAS Kini Di Seluruh Negara

Hilang Risau Pemandu e.MAS: Proton e.MAS Tambah Stesen Pengecas Suku Ketiga Tahun Ini.

26-08-2026
EV
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV

PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.

25-08-2026
EV
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup

Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.

24-08-2026