Link Copiedcheck_circle
Global

Mitsubishi Tayang K-EV dan Vision Ralliart Concept

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mitsubishi Motors Corporation menayangkan tujuh model keretanya  termasuk dua kereta konsep pada pameran Tokyo Auto Salon 2022 baru-baru ini.

Lima kereta lain yang dipamerkan ialah Outlander crossover, Eclipse Cross, minivan Delica D-5 dan Minicab-MiEV.


Menyentuh mengenai kereta konsepnya, K-EV dan Vision Ralliart Concept sememangnya terkenal dengan ciri keselamatan dan keselesaan selain turut menawarkan siri generasi baharu kereta Kei.

Tampil sebagai model penggayaan kenderaan utiliti sukan, K-EV dihiasi dengan warna dua tona.


Ia digabungkan dengan bahagian luar biru matte dan bumbung berwarna cooper. Sebenarnya mudah sahaja untuk mengenali kereta konsep K-EV. Ini kerana bahagian bampar, bahagian sisi dan pintu belakang dihiasi dengan logo X.

Malah, dengan ruang yang luas, ia sebenarnya mewakili ruang untuk sebuah kei-wagon serta digabungkan dengan gabungan reka bentuk SUV keluaran Mitusbishi.


Bagi Vission Ralliart Concept pula, ia membawa sentuhan berwarna hitam matte dan hadir dengan segmen hadapan dan belakang yang lebih lebar.

Beralih ke hadapan, ia dilengkapi dengan gril hadapan dan penutup radiator serta peresap belakang gergasi dimana ia merupakan salah satu ciri yang terdapat pada kereta lumba.

Dari segi rekaan, Vision Ralliart Concept membawakan penampilan yang lebih agresif.

Ia dipadankan dengan rim bersaiz 22 inci dan ia diasaskan berdasarkan 4WD, plug-in hybrid Outlander.

Apapun, gril hadapan sememangnya kelihatan  lebih agresif dan dipadankan dengan cakera brek lebih besar dan angkup enam-omboh yang mana ia menjanjikan pecutan tinggi kebolehan mengambil selekoh dan tahap brek yang lebih tinggi.


Malangnya, maklumat mengenai trenkuasanya tidak didedahkan.

 



Gallery

Tag:

: Mitsubishi
Mitsubishi Outlander SUV
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

Walaupun Persaingan SengIt, EON Sasar 12,000 Kereta

Edaran Otomobil Nasional Bhd (EON) menyasarkan untuk menjual lebih 12,000 unit kenderaan sepanjang tahun ini.

12-08-2025
Berita Auto

MMM Sumbang Triton Kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia

MMM menyumbangkan sebuah trak pikap Triton kepada Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM).

10-09-2022
Berita Auto

Xpander Dinobatkan Sebagai Crossover 7 Tempat Duduk Terlaris Malaysia

Mitsubishi XPANDER berjaya mencapai tahun prestasi jualan terbaik.

10-01-2022
Berita Auto

Xpander : Pamer Ciri Terbaharu

MMC melancarkan Xpander terbaharunya pada Pameran Auto Antarabangsa Gaikindo Indonesia ke-28.

17-12-2021
Berita Auto

Pusat 3S Itu Terletak Di Kota Damansara

Pusat terbaharu itu akan dikendalikan olehMillenium Autohaus Sdn Bhd.

09-11-2021
Berita Auto

Shinya Ikeda Kini CEO Baharu MMM

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) mengumumkan pihaknya melantik Shinya Ikeda sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharunya.

20-10-2021
Berita Auto

MMM Sumbang Sebuah Trak Kepada Dignity Farm School

MMM mendermakan sebuah trak pikap, Triton 4x4 kepada Dignity Farm School yang terletak di Bentong, Pahang baru-baru ini.

16-10-2021
Berita Auto

Mitsubishi Triton Cipta Sejarah, Rekod Lagi Jualan Tertinggi

Tempahan Mitsubishi Triton melonjak menyebabkan model itu menguasai 34 peratus pasaran pikap di Malaysia

07-10-2021

Berita Terkini

Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026