- Berita
- Global
- Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Syarikat Tesla memanggil balik 20,349 buah kenderaan di Amerika Syarikat (AS) berikutan masalah lampu rendahnya yang terlalu terang sekali gus berpotensi mengurangkan kejelasan penglihatan pemandu dari arah bertentangan serta meningkatkan risiko kemalangan, kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuhraya Kebangsaan AS (NHTSA).
NHTSA memaklumkan bahawa pemanggilan balik itu melibatkan Model 3 dan Model Y.
Menurut pengawal selia keselamatan automotif tersebut, penyelesaian bagi isu berkenaan masih belum dimuktamadkan.
Langkah pemanggilan balik ini berlaku ketika Tesla terus berdepan pemantauan ketat daripada pihak pengawal selia berhubung aspek keselamatan kenderaannya.
Pada Julai lalu, NHTSA menyatakan ia telah membuka siasatan awal ke atas kira-kira 1.2 juta kenderaan Tesla susulan laporan aduan komponen suspensi hadapan tanggal atau gagal yang boleh menyebabkan pemandu kehilangan kawalan stereng.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
