Link Copiedcheck_circle
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pemilik kenderaan BMW di beberapa negara berang dengan BMW gara-gara  menyelitkan  iklan filem baharu "Spider-Man" pada skrin papan pemuka, lapor New York Post.

Animasi yang muncul pada skrin penuh itu  mencetuskan kemarahan  pemandu dengan menyifatkan syarikat pembuat kereta Jerman itu memperlakukan kenderaan persendirian mereka seolah-iolah ruang iklan sewa.

image.png

"Bayar USD$$50-USD$100k untuk sebuah kereta, tapi masih mendapat IKLAN," tulis seorang pengguna Reddit yang marah. 

"BMW patut hentikan perangai *** ini," kata seorang lagi.

Kemarahan itu dicetuskan oleh janji BMW sebelum ini bahawa ia tidak akan menjual ruang skrin dalam kereta kepada pengiklan.

Difahamkan, iklan itu muncul model BMW yang dibina selepas Julai 2020 dan menggunakan BMW Operating System 7 atau versi lebih baharu di lebih 70 negara.

Iklan tersebut muncul sebagai sepanduk (banner) sebaik enjin kereta dihidupkan. Pemandu boleh klik padanya untuk melancarkan animasi skrin penuh selama 19 saat dengan muzik dan pertunjukan cahaya  melalui sistem pencahayaan ambien kenderaan itu.

Pemandu tidak perlu membuka iklan tersebut, tetapi mereka tidak boleh mengelak daripada melihat banner itu. Tiada butang skip.

Iklan itu mula dilancarkan pada 27 Julai dan dijadualkan kekal bersiaran hingga 10 Ogos ini.

Sementara itu, Pengasas ConsumerWorld.org dan bekas penolong peguam, Edgar Dworsky menyifatkan skrin paparan adalah untuk menyediakan kemudahan seperti kawalan kereta seperti navigasi, kawalan iklim, video kamera undur, dan lain-lain.

"Namun sekarang skrin infotainmen dijadikan sebagai ruang pengiklanan, perkara ini tidak sepatutnya berlaku," tegasnya.

Animasi papan pemuka itu adalah sebahagian daripada kempen pemasaran besar-besaran Sony Pictures untuk "Spider-Man: Brand New Day" yang dinilaikan oleh Deadline sebanyak $309 juta dalam pendedahan media seluruh dunia — rekod sepanjang zaman Hollywood.

Filem itu ditayangkan dengan jualan tiket global mencecah kira-kira $932 juta.


Gallery

Tag:

Spider Man
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global
China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global
Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global
Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global
Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara  Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global
Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global
Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global
Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026