Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Meterai MoU Untuk Pembangunan TTAP

Suhana Veru

Kongsi melalui

Persona Energy Sdn Bhd (Persona)  menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) untuk membangunkan Program Perantisan Pemindahan Teknologi (TTAP).

Perjanjian itu ditandatangani oleh pelumba negara, Jazeman Jaafar dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju, Mohd Muzzammil Ismail di di Kelab Golf & Country Kuala Lumpur (KLGCC), semalam.


Menyentuh mengenai TTAP, Mohd Muzammil berkata, program direka bentuk untuk menyediakan pembelajaran berasaskan pengalaman dan praktikal.

“Ia bertujuan untuk memajukan diri peserta termasuk melalui proses pembelajaran mengenai aspek pengurusan sukan permotoran supaya para peserta boleh mengambil bahagian dalam senario industri dunia sebenar,” katanya.


Menerusi kerjasama berkenaan, program berkenaan dikatakan dapat menggilap dan membina kebolehan serta pengetahuan peserta dalam sukan permotoran dan kejuruteraan berprestasi tinggi.

Sementara itu, Jazeman berkata, pihaknya berhasrat untuk memastikan golongan jurutera bersedia untuk melanjutkan kerjaya mereka di peringkat tempatan dan antarabangsa. 

“Dengan pembangunan teknologi tinggi dalam sukan permotoran, ini akan membolehkan kami memanfaatkan pemindahan teknologi yang akan meningkatkan pembangunan untuk industri automotif dan sukan permotoran tempatan,” ujarnya.





Tag:

Persona Energy
TTAP
Yayasan Peneraju
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

KLIMS 2026 Bermula 12-21 Jun Ini

Tiket Serendah RM11.40 Sehari: Lubuk EV Terbesar Malaysia Kini di KLIMS 2026!

03-06-2026
Berita Auto

XPENG Malaysia Lancar Program 'MEGA X9 REWARDS', Tawaran Istimewa Berbaloi Hingga RM45,000

XPENG X9 2025: MPV Mewah Dengan Ganjaran Hebat MEGA X9 REWARDS.

03-06-2026
Berita Auto

Cuti Dah Habis? PLUS Jangka 2.2 Juta Kenderaan 'Serbu' Lembah Klang Mulai Esok

Trafik PLUS Dijangka Cecah 2.2 Juta: Ini 5 Tip Elak Sangkut 'Jam' Mulai 4 Jun.

03-06-2026
Berita Auto

Siri e.MAS Laku Keras! PROTON Labur RM37 Juta Gara-Gara Kilang Tak Menang Tangan

Ini Sebab Kenapa PROTON Sanggup Labur RM37 Juta Lagi Di Tanjung Malim...

03-06-2026
Berita Auto

JPJ Buru Pasangan Bermanja Dalam Kenderaan

Aksi wanita dan lelaki ini tular di media sosial.

03-06-2026
Berita Auto

UCar-e: Perodua Sedia 50 Kenderaan Pandu Kongsi Untuk Warga UUM, UPM Dan UTM

Perodua Jalin Kerjasama Dengan 3 Universiti Perkenal UCar-e.

03-06-2026
Berita Auto

Kuota BUDI95 Kekal 200 Liter, Paparan 150 Liter Akibat Ralat Sistem

Kecoh Kuota Subsidi Turun 150 Liter Semalam? Ini Penjelasan Sebenar MOF.

01-06-2026
Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026