Link Copiedcheck_circle
Global

Space Key Hadir Dalam Bentuk NFT

Suhana Veru

Kongsi melalui

Mengandungi bahan yang diterbangkan dari  Angkasa Lepas, Automobili Lamborghini menayangkan Space Key yang merupakan projek pertama non-fungible token dalam sejarah syarikat itu.

Untuk makluman anda, NFT ialah satu aset dalam bentuk digital dan ia direka bentuk untuk menunjukkan pemilikan item maya yang unik.

Malah, ia tidak boleh dijadikan sebagai pendua. Space Key yang dikatakan akan dilelong tidak lama lagi merupakan hasil karya  digital eksklusif yang bertemakan angkasa lepas.

Ia dikenali sebagai 'To The Moon'.

Difahamkan, “To The Moon” ini dibangunkan oleh seorang artis yang tidak didedahkan identitinya. Terdapat kod QR di bahagian belakang gentian karbon terbabit.Pengeluaran peranti ini hanya terhad kepada lima unit.

“Inovasi ini adalah sebahagian daripada DNA Lamborghini. Sebagai sebuah syarikat terkemuka untuk bahan komposit gentian karbon dalam sektor automotif, kami pernah menjalankan penyelidikan bersama ke  Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS),” katanya.

Terdahulu, Lamborghini dikatakan pernah menghantar gentian karbon fiber ke ISS sekitar tahun 2019.

Selepas penyelidikan dan ujian di ISS selesai, gentian karbon itu dipulangkan semula kepada Lamborghini dan kemudian ia dijadikan sebagai sebahagian daripada Space Key.


Gallery

Tag:

NFT Space Key
Lamborghini NFT Space Key
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

Global

Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Honda Kekalkan Transmisi Manual, Cuma Untuk Model Prestasi Sahaja.

03-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026