- Berita
- Global
- Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi
Honda Teruskan Gear Manual Tapi Jangan Harap Model Biasa Ada Manual Lagi

Seperti diketahui umum transmisi manual tidak lagi popular seperti dahulu, namun sesetengah pengeluar kenderaan berusaha untuk mengekalkan tombol gear 'old-school' ini kekal wujud sekurang-kurangnya untuk sedikit masa lagi, lapor motor1.com
Honda merupakan salah satu daripada beberapa pengeluar yang masih menawarkan transmisi manual di Amerika Syarikat namun pihak pengurusan tinggi Honda sendiri mengakui bahawa kotak gear tersebut semakin sukar untuk dijustifikasikan.
Bercakap kepada The Drive di perlumbaan IndyCar Freedom 250 di Washington, DC, Naib Presiden Jualan Auto Honda Amerika, Lance Woelfer, bercakap secara terbuka mengenai kemerosotan transmisi manual. Woelfer berkata:
'Bahagian pasaran yang masih teruja dengan manual kini semakin kecil dan mengecil, dan secara jujurnya ia berkemungkinan akan terus menyusut," ujarnya.
Namun, ada berita baik. Walaupun Woelfer mengakui permintaan untuk manual tidak seperti dahulu, beliau menyatakan bahawa Honda akan terus membina gear manual (stick shift) untuk kereta berprestasi tinggi (enthusiast cars) seperti Honda Civic Si, Civic Type R, dan Acura Integra Type S.

Jangan harap untuk melihat lebih banyak pilihan manual di luar model-model tersebut.
Komitmen Manual Honda Kini Mulai Diuji Walaupun Honda bertegas bahawa model seperti Si dan Type R akan mengekalkan transmisi manual mereka untuk masa hadapan, syarikat itu baru-baru ini menghentikan seketika pengeluaran Civic Si generasi keenam semasa. Syarikat itu memberitahu Motor1 bahawa "versi serba baharu" akan diperkenalkan dalam tempoh beberapa tahun akan datang.
Kereta prestasi aras permulaan (entry-level) ini merupakan cara termurah untuk memiliki gear manual dalam barisan model Honda, dengan harga permulaan AS$32,690 bagi tahun model 2026, termasuk caj penghantaran $1,195.
Kini, jika anda mahukan gear manual dalam barisan Honda, anda perlu beralih kepada Civic Type R, yang bermula pada harga AS47,395 berserta caj penghantaran.
Di pihak Acura pula, penamatan sementara Civic Si bermakna Integra juga akan kehilangan pilihan manual pada model A-Spec, yang bermula pada harga $40,495 bagi tahun model 2026. Pembeli perlu beralih kepada model Type S yang berharga AS$55,195 sekiranya mahukan Acura manual menjelang tahun 2027.
Buat masa ini, transmisi manual belum lagi pupus di Honda. Namun, ia mungkin lebih sukar untuk ditemui pada masa akan datang.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

