Link Copiedcheck_circle
Global

Penghasilan Aston Martin DBX70, Lebih Banyak Peluang Pekerjaan Wujud Di UK

Sofea Najmi

Kongsi melalui


 

Berikutan pelancaran model terbaharu DBX707, Aston Martin merancang untuk menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat di Wales, UK bagi melancarkan operasi kilang mereka yang bertempat di St Athan, negeri tersebut.


Ketua Pegawai Eksekutif Aston Martin Lagonda, Tobias Moers berkata, "Kami gembira kerana berpeluang untuk menambah pasukan di St Athan."


Lebih daripada 100 juruteknik automotif mahir bakal direkrut sebaik proses pengeluaran kereta dimulakan nanti.

 


Tambah Moers, "SUV DBX ini merupakan kereta pengeluaran Wales yang pertama selepas 50 tahun. Ini merupakan peluang untuk orang ramai menyertai pasukan untuk menghasilkan DBX707 dalam usaha untuk menetapkan standard baharu prestasi dalam segmen kereta mewah."


Menurut Simon Hart, setiausaha Wales, penciptaan sebanyak lebih daripada 100 peluang pekerjaan oleh jenama ini menunjukkan betapa besarnya keyakinan Aston Martin terhadap kemahiran dan kepakaran tenaga kerja dalam kalangan orang Wales.


Sehubungan dengan itu, kerajaan UK menunjukkan keinginan untuk melabur dalam syarikat Aston Martin Lagonda bagi memacu pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pekerjaan.


Menteri ekonomi Wales, Vaughan Gething menyimpulkan, "Saya gembira menyambut pengumuman yang dibuat Aston Martin kerana ini merupakan rangsangan yang penting bagi Wales.  Seronok melihat produk Aston Martin dengan bangganya dikeluarkan di Wales kerana selain dapat menjayakan jenama ikonik British, ia turut menjayakan eksport negara."  



Gallery

Tag:

Aston Martin
DBX
DBX707
Aston Martin DBX707
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

08-10-2025
Global

09-07-2025
Global

11-06-2025
Gaya Hidup

05-06-2025
Teknologi

16-05-2025
Global

30-04-2025
Global

26-03-2025
Global

05-02-2025

Berita Terkini

Global

Kabin Mercedes-Benz GLB Generasi Terbaru Didedahkan – Lebih Mewah & Canggih

SUV crossover kompak Mercedes-Benz GLB generasi kedua dijadualkan untuk membuat kemunculan rasmi pada awal bulan hadapan, 8 Disember.

14-11-2025
Global

China Mahu Kurangkan Had Pecutan 0-100 KM/J Kepada 5 Saat

Kementerian Keselamatan Awam China kini mencadangkan had masa pecutan 0–100 km/j dikurangkan dalam tempoh lima saat bagi kenderaan bermotor.

14-11-2025
Global

Nissan Navara Generasi Terbaru Dijamin "Tidak Akan Dipandu Seperti Sebuah Triton"

Menjelang pendedahan global yang dijadualkan pada 19 November nanti, beberapa butiran baharu mengenai Nissan Navara generasi terbaru mula muncul.

14-11-2025
Global

Chery Tiggo 8 Pro 2026 Muncul Di Pasaran China – Satu Model, Dua Rekaan Berbeza

Beberapa minggu selepas imej pertamanya didedahkan, SUV segmen pertengahan generasi kelima Chery, Tiggo 8 Pro, akhirnya membuat kemunculan rasmi di China.

12-11-2025
Global

Toyota Hilux Gen Ke-9 - Ada Versi BEV, ICE, FCEV

Selepas beberapa imej teaser disiarkan di media sosial, trak pikap Toyota Hilux generasi kesembilan akhirnya dilancarkan di Thailand semalam.

11-11-2025
Global

Tiada Harapan Proton e.MAS 5 Di Thailand, ‘Kembar’ Geely Yang Masuk

Proton e.MAS 5 kini sah tidak akan memasuki pasaran Thailand. Puncanya? Rakan kongsi strategik Proton, Geely, dilaporkan akan melancarkan 'kembar' e.MAS 5 di Thailand, sekaligus mengesahkan jenama itu diketepikan dari pasaran utama ASEAN.

07-11-2025
Global

Toyota Hilux Generasi Seterusnya Buat Kemunculan Sulung 10 November Ini

Selepas dihujani spekulasi dan imej rekaan yang tidak rasmi, Toyota Motor Thailand akhirnya menamatkan penantian dengan mengumumkan tarikh pelancaran rasmi bagi Toyota Hilux generasi terbaru iaitu yang kesembilan.

04-11-2025
Global

Perodua Ativa, Myvi Dilancar Di Sri Lanka, Bernilai Ratusan Ribu Ringgit

Perodua Ativa dan Myvi akhirnya dilancarkan secara rasminya di pasaran Sri Lanka, baru-baru ini namun kedua-dua model itu dijual pada harga yang tinggi berbanding di Malaysia.

03-11-2025