Link Copiedcheck_circle
Global

Super SUV Ini Dikemaskini

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Aston Martin telah mengemaskini DBX 707 2025 dimana model super SUV itu kini menerima beberapa ciri-ciri yang baharu.

Untuk itu, DBX V8 standard dan DBX mild hybrid (MHEV) sudah pun digugurkan daripada barisan Aston Martin.

Ini  bermakna semua DBX 2025  akan mendapat trenkuasa 707 yang lebih bertenaga, dimana ia disumbat dengan enjin V8 pengecas turbo berkembar berasaskan AMG 4.0 liter yang mampu menghasilkan kuasa setakat 697 hp dan 900 Nm.

image.png

Ia yang digandingkan dengan kotak gear cekam basah sembilan kelajuan membuatkan ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam hanya dalam  100 KM/J dalam masa 3.5 saat .

Biarpun rangkaian kuasanya tidak berubah, Aston Martin  menggunakan peredam elektronik dan sistem gantungan udara DBX707 untuk menjadikannya lebih responsif.

Jadi, ia menjanjikan  pengendalian yang lebih baik.

image.png

Menjengah luarannya, ia kini dilengkapi dengan pemegang pintu yang tersembunyi selain reka bentuk cermin sisinya juga baharu.

Malah, SUV ini  diubah suai dan  diinspirasikan oleh Vantage dan DB12 baharu.

Bahagian dalamannya pula, ia didatangkan denganskrin 12.3 inci atau 1.5 inci lebih besar daripada DB12 dan Vantange. 

Skrin tengah berukuran 10.25 inci.

image.pngimage.png

Antara yang dikemaskini ialah ,corong penyaman udara, konsol tengah dan tuil gear yang kelihatan agak lebar.

Selain itu, terdapat juga sistem audio Aston Martin Premium Audio 800w dengan 14 pembesar suara. 

Sistem audio ini mempunyai mod bunyi sekeliling dengan pemprosesan QuantumLogic®.  

Aston Martin juga menawarkan sistem audio dari Bowers & Wilkins dengan 23 pembesar suara. 

Dalam pada itu, para pelanggan ditawarkan dengan tiga pilihan spesifikasi dalaman iaitu Inspire Comfort, Inspire Sport atau tempahan khas oleh Q by Aston Martin.

Jentera ini ditawarkan dalam lima pilihan warna iaitu Epsilon Black, Helios Yellow, Sprint Green, Malachite Green dan Aura Green.

image.png

Apapun  ia akan memasuki fasa pengeluaran pada suku kedua tahun ini manakala penghantarannya akan bermula pada suku ketiga.

Buat masa ini, Aston Martin masih belum mendedahkan harganya .

Gallery

Tag:

Aston Martin DBX
Aston Martin
Aston Martin DBX 707
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global
Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin DBX S Meluncur Lebih Laju Daripada 707

Aston Martin kini menawarkan SUV DBX dalam versi garang, DBX S, model yang tampil dengan kuasa lebih tinggi berbanding DBX 707.

30-04-2025
Global
SUV Terpantas Aston Martin, DBX707 Jadi Kereta Perubatan F1 2023

SUV Terpantas Aston Martin, DBX707 Jadi Kereta Perubatan F1 2023

Aston Martin terus membekalkan kenderaannya untuk meneruskan misi menyelamat dalam perlumbaan F1. Kali ini giliran SUV terbaharu, Aston Martin DBX707.

04-03-2023
EV
Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

Ikuti Langkah Syarikat Supercar Lain, McLaren Juga Bakal Bangunkan SUV?

Kini pengeluar supercar British, McLaren pula akan mengeluarkan sebuah SUV selepas Lamborghini, Aston Martin dan Ferrari.

17-10-2022
Berita Auto
Kewangan Aston Martin Bertambah Baik, Arab Saudi Jadi Pemegang Saham Kedua Terbesar

Kewangan Aston Martin Bertambah Baik, Arab Saudi Jadi Pemegang Saham Kedua Terbesar

Aston Martin menjangkakan kewangannya akan bertambah baik pada separuh akhir 2022.

07-09-2022
Kereta Baru
Satu-Satunya Model DBX Di Malaysia, Harga Pun Boleh Tahan!

Satu-Satunya Model DBX Di Malaysia, Harga Pun Boleh Tahan!

Aston Martin Kuala Lumpur memperkenalkan Aston Martin DBX The One Edition untuk pasaran Malaysia.

24-02-2022
Berita Auto
Aston Martin Berjaya Pecah Rekod Jualan Melalui DBX

Aston Martin Berjaya Pecah Rekod Jualan Melalui DBX

SUV DBX menjadi model paling laris pada tahun ini.

29-12-2021
Berita Auto
Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Aston Martin Rasmikan DBX Arden Green Terbaharu!

Aston Martin Kuala Lumpur telah merasmikan kedatangan Aston Martin DBX.

27-09-2021
Berita Auto
Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Ops Luxury 2.0: JPJ Sita 53 Kereta Mewah Sebab Tiada Cukai Jalan, Insurans

Hasil operasi juga mendapati 23 kenderaan dipandu warga asing tanpa cukai jalan dan perlindungan insurans.

04-08-2025

Berita Terkini

Global
Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

Klon VW Beetle Moden? GWM Kemas Kini Ora Ballet Cat, Mungkin Dikenali Sebagai ORA 6

GWM bakal lancar Ora Ballet Cat versi kemas kini! Klon VW Beetle elektrik ini kini lebih berkuasa dengan 201 hp dan dijangka tukar nama kepada Ora 6?

15-07-2026
Global
Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Laku Keras! Denza Z Raih 1,000 Unit Tempahan Dalam Masa Hanya Sehari

Pecut 0-100 km/j Bawah 2 Saat! BYD Denza Z Cetus Fenomena, Raih 1,000 Tempahan Sehari.

15-07-2026
Global
Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Motor Elektrik BYD Tang Tercabut, Ini Penjelasan BYD

Rupanya ini sebab motor elektrik BYD Tang tercabut.

15-07-2026
Global
SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

SUV Turbo Mewah Pada Harga 'Rahmah' Bermula RM44,800

Nissan Tekton Rasmi Dilancarkan, SUV Turbo Paling Murah.

14-07-2026
Global
India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

India Haramkan Skuter, Motosikal, Rickshaw Petrol, Tekad Beralih ke EV Menjelang 2028

Tangani Pencemaran Toksik: New Delhi Rancang Haramkan Semua Skuter, Motosikal, Ricksaw Petrol.

07-07-2026
Global
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam

Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam

08-06-2026
Global
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026