Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

BMW & Mini Service Fast Lane Kedua Dibuka Di KL, Ini Maklumat Terperinci

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Auto Bavaria CSL memperluas servis selepas jualan Auto Bavaria Kuala Lumpur dengan pembukaan cawangan kedua BMW & MINI Service Fast Lane dan juga lokasi ketiga bengkel servis Auto Bavaria.



Servis Yang Ditawarkan Di BMW & Mini Service Fast Lane


Pusat BMW & Mini Service Fast Lane ini menyediakan perkhidmatan servis dan baik pulih pantas untuk kenderaan BMW dan MINI, dengan fokus kepada penyelenggaraan rutin,  haus dan lusuh (wear and tear), baik pulih kosmetik, penukaran tayar dan servis-servis lain.

 

Sepantas 2 Jam


Menurut Pengarah Urusan Auto Bavaria, Vi Thim Juan, Auto Bavaria CSL baharu ini telah direka untuk memberikan pemilik BMW dan MINI servis yang diperlukan dalam masa sepantas 2 jam.

 

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser pula menyatakan syarikat memberikan komitmen yang tinggi kepada pengedar dengan memastikan pelanggan BMW, MINI dan BMW Motorrad menerima kualiti layanan pelanggan yang luar biasa. 

 

Fasilti BMW & Mini Service Fast Lane


Tambah beliau, "Operasi dilakukan oleh sepasukan 23 pekerja, Auto Bavaria CSL yang berkeluasan 39,800 kaki persegi ini turut menempatkan ruang istirahat pelanggan, Isetta Bar, dua  ruang sambut tetamu pada kenderaan (RATC) dan sebuah stesen pengecasan AC BMW."

 

Lokasi BMW & Mini Service Fast Lane


Cawangan kedua BMW & Mini Service Fast Lane ini terletak di PT 129, Jalan Enam, Off, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur.

 

Waktu Operasi BMW & Mini Service Fast Lane


Pusat Auto Bavaria CSL ini dibuka selama enam hari seminggu dari 8 pagi hinga 5 petang (Isnin - Jumaat) dan 8 pagi hingga 12.30 tengahari (Sabtu). Ditutup pada hari Ahad dan cuti umum.


Tag:

Fast Lane
after sales
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Kantoi Guna MyKad Orang Lain Tanpa Kebenaran Untuk BUDI95, Boleh Dipenjara 3 Tahun

Penyalahgunaan MyKad Untuk Subsidi BUDI95: MoF Beri Amaran Keras.

29-05-2026
Berita Auto

Proton Sumbang 8 Enjin Untuk Pelajar Universiti, Institut Latihan

Pelajar Automotif Tak Perlu 'Bayang' Lagi, PROTON Sumbang Enjin Sebenar Untuk Dibedah.

29-05-2026
Berita Auto

Axia Terbang Atas Bumbung Rumah

Mujur semua selamat.

29-05-2026
Berita Auto

Bukan Sebab Murah, Ini Punca Sebenar Proton X50 Jadi Kegilaan Orang Malaysia

Sanggup 'Tinggal' Sedan & Hatchback, Kenapa Ramai Pakat Beralih Ke Proton X50?

28-05-2026
Berita Auto

Aidiladha: 23 Orang Terkorban Dalam Nahas Jalan Raya

Tragedi Hitam Aidiladha: 23 Nyawa Terkorban Dalam Masa 24 Jam Pertama Perayaan.

28-05-2026
Berita Auto

Tak Payah Tunggu Subsidi, Tabiat Ini Boleh Tolong Anda Jimat RM204 Sebulan!

Ingat Kereta Petrol Je? MIROS Kata Geng EV Pun Wajib Amal Eco-Driving.

28-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

PM Jamin Bekalan Bahan Api Negara Stabil

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim memberi jaminan bekalan petrol RON95 dan diesel masih mencukupi sehingga Julai ini.

26-05-2026