Link Copiedcheck_circle
EV

Perkhidmatan Cas EV Rentas Sempadan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Sebaik pintu sempadan antara Malaysia dan Singapura dibuka, tular beberapa gambar di internet yang menunjukkan ada masyarakat Singapura yang mengambil kesempatan membeli minyak petrol bersubsidi RON95.

Terbaharu, sebuah kenderaan elektrik dengan nombor plat Singapura pula dilihat mencuri tenaga elektrik di sebuah stesen minyak di Tangkak, Johor.

Di sebalik cerita-cerita yang tidak sedap didengar, ada berita baik untuk warga Singapura!


Ini kerana pembekal utama gas berpaip ke kawasan bandar Singapura, City Energy telah melancarkan kemudahan pengecasan EV, Go by City Energy (Go) untuk memudahkan urusan pemandu EV di Singapura dan Malaysia.

Perkhidmatan ini sudah boleh digunakan menerusi aplikasi mudah alih, Go.

Kadar pengecasan di bawah rangkaian Go ini adalah RM1.20 bagi setiap minit dengan menggunakan pengecas DC 50 kW, dan di antara RM2 dan RM3 bagi setiap jam untuk pengecas AC 7 kW. 

Lain pula di Singapura. Kadar pengecasan ialah 50 sen (RM1.59) bagi setiap kWh untuk pengecas AC 22 kW, dan 55 sen (RM1.72) setiap kWh untuk pengecas DC 50 kW.

Menerusi aplikasi itu, pengguna EV boleh mencari rangkaian pengecas EV di Malaysia. 

Berikut merupakan lokasi pengecas EV di Malaysia:



Sementara itu, pengecas AC dan DC boleh didapati di 11 kawasan kondiminium di Singapura  namun ada yang masih belum dipasang.

Lokasi seperti berikut:

Olloi in Marine Parade (May 2022)

Jadescape in Marymount (July 2022)

Parc Komo in Changi (Q1 2023)

Van Holland in Holland Village (April 2023)

Kopar at Newton in Newton (Jan 2024)

The M Condo in Bugis (Q1 2024)

Forett at Bukit Timah in Bukit Timah (October 2024)

North Gaia in Yishun (January 2025)

The Arden in Bukit Batok (January 2026)

A Treasure Trove in Punggol and North Park Residences in Yishun



Gallery

Tag:

City Green
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Terkini

EV

Rekod Baharu Sepang! Lotus Emeya R Catat Masa 2:20.317, EV Terpantas dalam Sejarah

Lotus Emeya R Catat Rekod Pusingan EV Terpantas di Litar Sepang.

20-07-2026
EV

Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia (2026) – Kira Cukai Jalan EV Mengikut Model/ kW

Kami Mudahkan Kerja Anda, Ini Dia Kalkulator Cukai Jalan EV Malaysia 2026 – Semak Kadar Mengikut Model/kW.

17-07-2026
EV

Jualan Model Y Long Range AWD Dihentikan

Tesla Malaysia Hentikan Jualan Model Y Long Range AWD 5 Tempat Duduk.

10-07-2026
EV

Berita Baik, AutoCharge Mudahkan Cas EV

Gentari memperkenalkan ciri AutoCharge.

03-07-2026
EV

Kenapa Anda Perlu Bertindak Pantas Jika Mahukan EV 'Bajet' di Malaysia

Anda masih boleh membeli EV CBU jika masih ada stok.

02-07-2026
EV

Harga Porsche Taycan Naik Ketara Daripada RM575k Kepada RM775K?

Misteri RM200k: Kenapa Model Asas Porsche Taycan Tiba-Tiba Melonjak Harga Daripada RM575k-RM775k.

01-07-2026
EV