Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Kilang Hyundai Di Indonesia Ini Pertama Seumpamanya Di Asia Tenggara

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Terletak 40 km daripada timur ibu kota Jakarta ialah lokasi kilang pertama Hyundai di rantau Asia Tenggara, Hyundai Motor Manufacturing Indonesia.


Awalnya, kilang Hyundai ini disiapkan pada Disember tahun lalu dengan kapasiti pengeluaran hanya 150,000 unit.


Namun Hyundai melaburkan sebanyak USD 1.55 bilion (RM 6.5 bilion) lagi untuk meningkatkan kapasiti kilang kepada 250,000 unit. 


Presiden Republik Indonesia, Joko Widodo berkata, "Hari ini, saya merasmikan dan melancarkan kilang Hyundai Motor Manufacturing Indonesia dan juga kereta elektrik IONIQ 5 pertama yang dikeluarkan di Indonesia.  Saya berharap IONIQ 5 dari Hyundai ini bakal menjadi peristiwa penting dalam pembangunan ekosistem kenderaan elektrik Indonesia."

 

Hyundai Motor Manufacturing Indonesia menunjukkan komitmen syarikat ke arah pembangunan mampan da untuk mencapai visi 'Kemajuan untuk Kemanusiaan' (Progress for Humanity). 

 


Ini dibuktikan daripada penggunaan teknologi mesra alam seperti panel solar yang dapat memenuhi sebahagian daripada keperluan elektrikal kilang. 

 

Selain itu, Hyundai turut merancang untuk menggunakan cat berasaskan air yang mesra alam untuk mewarnakan kenderaan. 

 

Pengerusi Eksekutif Hyundai Motor Group, Euisun Chung berkata, "Indonesia ialah hab utama dalam strategi mobiliti masa depan Hyundai Motor.  Kilang ini akan memainkan peranan penting dalam industri automotif terutamanya kenderaan elektrik.  Di samping itu, Hyundai akan terus menyumbang kepada penubuhan ekosistem kenderaan elektrik di Indonesia dengan penubuhan kilang sel bateri yang kini masih dalam proses pembinaan.  Tindakan ini dapat menyokong Indonesia supaya dapat memainkan peranan penting di peringkat global.  Kami berharap teknologi masa depan Hyundai akan menjadi asas kepada kolaborasi yang lebih besar dengan Indonesia."


Kilang turut dijangka akan menghasilkan model-model kompetitif untuk rantau ini dengan pengeluaran kenderaan elektrik bateri (BEV)  SUV CRETA dan IONIQ 5.

 

IONIQ 5 merupakan model khusus BEV pertama yang dihasilkan Hyundai di rantau Asia Tenggara, dan pengenalan model ini memperkukuh lagi kedudukan jenama sebagai peneraju EV dalam pasaran Indonesia.

 

Ini adalah berdasarkan momentum jualan EV yang positif dicapai Indonesia melalui model IONIQ Electric dan KONA Electric pada tahun 2021 yang merangkumi 87.3 peratus daripada jualan keseluruhan EV di Indonesia. 



Buat masa ini, Hyundai dijangka akan menghasilkan SUV Santa Fe pada separuh pertama 2022 dan juga MPV untuk pasaran Asia Tenggara pada separuh kedua 2022. 



Hyundai turut bekerjasama dengan LG Energy Solutions untuk membina kilang sel bateri di Karawang, yang disasarkan siap pada separuh pertama 2023 dan memulakan pengeluaran pada 2024.

 

Terkini, Hyundai memiliki sebanyak 100 pengedar di 40 bandar seluruh Indonesia, merangkumi Sumatra hingga Papua.

Gallery

Tag:

Hyundai Motor Comany
Hyundai Manufacturing Indonesia
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto

Susulan Tragedi Pokok Tumbang: DBKL Pergiat Kerja Mitigasi di 6 Lokasi Utama

Isu Pokok Tumbang di KL: Ini 6 Lokasi Fokus Kerja Mitigasi DBKL Minggu Ini.

21-07-2026
Berita Auto

Raymond Tan Anak Tempatan Pertama Terajui BMW Group Malaysia

Raymond Tan Chor Ann dilantik sebagai Pengarah Urusan Baharu BMW Group Malaysia.

21-07-2026
Berita Auto

Suspek Ceroboh Landasan LRT3 Ditahan, Perkhidmatan Tergendala 30 Minit

LRT3 Tergendala 30 Minit Anggara Lelaki Cerohoh Landasan di Stesen Jalan Meru

21-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

smart #5 BRABUS Tampil Lebih Berani Dengan Edisi Khas Laser Red

Garang & Mengoda! smart #5 BRABUS Edisi Terhad 'Laser Red' Kini Di Malaysia.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026