Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Berlabuh Ke Indonesia Pula?

Suhana Veru

Kongsi melalui

Tiga kenderaan Chery ditayangkan pada Pameran Motor Antarabangsa di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Pameran ini berlangsung sejak 31 Mac lalu dan akan berakhir pada 10 April ini.

Penampilan ketiga-tiga jentera itu, Tiggo 8 Pro, Tiggo 7 Pro, OMODA 5 a EQ1 menandakan acara pertama di negara ASEAN yang menayangkan kenderaan berkenaan.

Ini membuktikan Chery mula mengukuhkan kedudukannya di Indonesia serta negara-negara ASEAN.

Seperti sedia maklum, barisan Tiggo adalah hasil daripada kajian dan pembangunan konsep serta teknologi Chery yang terbaharu.


Sementara itu, Tiggo 7 Pro pula pernah memenangi Jenama Kereta China paling popular sekali gus memberi penghormatan kepada jenama kenderaan terbabit.

Dihiasi dengan fasia terbaharu keluarga Chery dengan gril berbentuk berlian bersama lampu depan LED jenis berlian kristal menyebabkan ia kelihatan lebih sporty.

Menyentuh mengenai model flagship, Tiggo 8 Pro. Jentera itu dikuasai oleh enjin TGDI 2.0 liter. Ia menghasilkan kuasa 251hp dan tork 400 Nm dimana ia  memberikan kecekapan haba sebanyak 41 peratus.

Ciri interaktif yang ada pada jentera ini ialah ia dilengkapi dengan sistem kawalan jauh untuk menghidupkan kereta, kamera 360 darjah dan Sistem Bantuan Pemandu canggih Chery (ADAS) yang menggabungkan banyak fungsi termasuk Kawalan Pelayaran Adaptif, Brek Kecemasan Automatik dan Amaran Perlanggaran Hadapan.


Pada tahun ini, ia yang bertemakan “Feel The Difference', Chery memaparkan OMODA 5 yang sememangnya terkenal dengan teknologi futuristik dan ekosistem perkongsiannya untuk penggunanya di seluruh dunia.

OMODA 5 bakal memulakan pengeluarannya ke Asia, Amerika Selatan, Australia, Afrika, dan juga Eropah dalam masa lima tahun.

Buat masa ini, OMODA 5 telah memulakan pengeluarannya di China sejak Februari lalu.


Ini bermakna, ia merupakan kehadiran pertamanya di negara ASEAN.

Presiden Chery Antarabangsa, Zhang Guibing berkata, Indonesia merupakan antara pasaran kenderaan yang paling berpotensi di dunia dan pasaran strategik untuk Chery di Asia Tenggara.

Chery akan meneroka model pelaburan dan perniagaan baharu, memanfaatkan kekuatan teknikalnya, dan berusaha membawa teknologi canggih serta produk pintar ke Indonesia.

“Chery akan menjadikan pasaran Indonesia sebagai jambatan penghubung, dengan menerokai model pelaburan dan perniagaan baharu.

“Semuanya bergantung pada kekuatan teknikalnya selain berusaha untuk membawa teknologi canggih dan produk pintar ke Indonesia,” katanya.


Sasaran Chery adalah untuk menubuhkan lebih 100 cawangan di seluruh Indonesia termasuk Jawa, Sumatera, Kalimantan, Sulawesi dan Bali dalam tempoh dua tahun lagi.

Chery juga merancang untuk mewujudkan hab alat ganti di empat pulau itu (Jawa, Sumatera, Kalimantan dan Sulawesi) bagi menyediakan bekalan alat ganti dan servis selepas jualan pada kadar segera.


Gallery

Tag:

Chery
Tiggo 7 Pro
OMODA 5
EQ1
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-02-2026
Global

06-02-2026
Global

29-01-2026
Global

26-01-2026
Berita Auto

09-01-2026
Global

02-01-2026
Global

26-12-2025
EV

23-12-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026
Berita Auto

Golongan Usia 16 Hingga 40 Tahun Dominasi 69.4 Peratus Statistik Kemalangan Jalan Raya

Hampir 70% Kemalangan Jalan Raya Babitkan Golongan Muda.

16-07-2026
Berita Auto

Polis Bantuan KTMB Kini Guna Scrambler Buru Pencuri Kabel

Jangan Terkejut Kalau Nampak Abang Polis KTMB Naik Scrambler Tepi Landasan Selepas Ini.

16-07-2026
Berita Auto

Bawa Kereta Ke Thailand? Wajib Ada Lesen Memandu Fizikal

Jangan Anggap Semua Negara Sama, JPJ Dedah Sebab Anda Perlu Lesen Fizikal ke Thailand

15-07-2026