- Berita
- Global
- Minicab EV Mitsubishi Digunakan Dalam Penyelidikan, Ini Syarikat Yang Terlibat
Minicab EV Mitsubishi Digunakan Dalam Penyelidikan, Ini Syarikat Yang Terlibat
Mitsubishi Minicab-MiEV, sebuah EV dalam kelas 'kei-car' (kereta kecil) yang dijual di negara Jepun kini digunakan dalam penyelidikan oleh empat buah syarikat.
Menurut Hikaru Mii, Pengarah Bahagian Strategi Produk, PT MMKSI, salah satu tujuan kerjasama antara Mitsubishi dan keempat-empat syarikat ini adalah untuk membuktikan kemampuan yang mampu dicapai oleh kereta elektrik.
Memorandum Persefahaman (MoU) telah ditandatangani antara PT Mitsubishi Motors Krama Yudha Sales Indonesia (MMKSI) dan empat syarikat Indonesia bagi meneroka penggunaan dan kemampuan Mitsubishi Minicab-MiEV.
-full.jpg)
Salah satu syarikat terlibat, Gojek, akan menggunakan Mitsubishi Minicab MiEV untuk diuji selama enam bulan. Syarikat lain yang turut bekerjasama dalam penyelidikan ini ialah Pos Indonesia, Haleoya Power dan DHL Supply Chain Indonesia.
Dalam penyelidikan bersama ini, Minicab-MiEV versi 2WD dan versi empat tempat duduk digunakan.
Menurut Pengarah Presiden PT MMKSI, Naoya Nakamura, “Kerjasama untuk kajian rintis ini ialah pencapaian terkini yang menunjukkan komitmen Mitsubishi Motors untuk mempercepat pembangunan kereta elektrik di Indonesia dan juga proses ke arah kenderaan bebas emisi melalui penggunaan kenderaan elektrik bateri."
Tambahnya lagi, "Melalui kajian ini, kami berharap dapat meneroka penggunaan kenderaan komersial elektrik Mitsubishi Motors yang lebih meluas di Indonesia."
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
