- Berita
- Global
- Selamat Tinggal Lexus CT 200h! Pengeluaran Model Ini Berakhir Sepenuhnya Oktober Nanti
Selamat Tinggal Lexus CT 200h! Pengeluaran Model Ini Berakhir Sepenuhnya Oktober Nanti
![]()
Setelah 11 tahun berlalu, pengeluaran Lexus CT 200h di kilangnya yang bertempat di negara Jepun akhirnya akan dihentikan Oktober ini. Sempena 'persaraan' model ini, Lexus akan meraikannya dengan mengeluarkan sebuah model edisi khas yang dinamakan Cherished Touring.

Bahagian Luar Lexus CT 200h Cherished Touring
Model khas ini didatangkan dalam dua warna eksklusif iaitu Graphite Black dan Sonic Quartz yang mana kedua-duanya menggunakan bumbung berwarna Sonic Titanium.
Antara ciri luaran pada model ini ialah gril spindel, lampu kabus, serta bampar belakang yang menerima kemasan berwarna perak berkilat.

Ciri lain ialah cermin sisi automatik yang dilengkapi sistem pemanas. Model ini turut hadir dengan pengelap cermin depan yang boleh mengesan hujan dan aktif secara automatik.

Bahagian Dalam Lexus CT 200h Cherished Touring
Bergerak ke bahagian dalam, upholsteri yang digunakan ialah gabungan dua warna iaitu Crimson dan Black Crimson. Bahagian bawah pada tempat duduk dan juga panel pintu dalam warna hitam, manakala bahagian atas pula dalam warna merah pekat.
Jahitan berwarna merah digunakan sebagai kemasan pintu, panel instrumen, pad lutut dan stereng kereta. Model turut hadir secara standard dengan sistem pemanasan pada bahagian stereng dan tempat duduk.

Prestasi Lexus CT 200h Cherished Touring
Dari segi prestasi, Cherished Touring menggunakan enjin pembakaran 1.8L 4 silinder yang memberikan kuasa maksimum mencecah 98 hp (73 kW) dan tork 142 Nm kepada kereta. Sementara itu, motor elektriknya pula boleh menyalurkan output setinggi 80.5 hp (60 kW) dan tork 207 Nm.
Lexus CT 200h Cherished Touring ditawarkan pada harga JPY 4,223,000 (RM 145,379) selepas cukai di negara Jepun.
Untuk pengetahuan semua, jualan CT 200h sudah pun berakhir empat tahun lalu bagi negara-negara di Amerika Utara, manakala pasaran lain (di luar negara Jepun) sudah berakhir tahun lalu. Sejumlah 380,000 unit terjual di 65 buah negara sejak awal ia dilancarkan iaitu pada tahun 2011.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
