- Berita
- Global
- Porsche Taiwan & Jepun Miliki Pegawai Eksekutif Baharu Bermula Bulan Mei & Julai Ini
Porsche Taiwan & Jepun Miliki Pegawai Eksekutif Baharu Bermula Bulan Mei & Julai Ini
![]()
Rasmi mulai bulan Mei dan Julai akan datang, Porsche Taiwan dan Porsche Jepun akan dipimpin oleh Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.
Christian Nater dilantik sebagai CEO kepada Porsche Taiwan bermula 1 Mei ini. Sementara itu, Philipp von Witzendorff pula dilantik sebagai CEO kepada Porsche Jepun bermula 1 Julai ini.
Pelantikan Baharu
Buat masa ini, Christian Nater memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan (CFO) Porsche Korea, beliau akan menggantikan Mathias Busse yang baru-baru ini telah dilantik sebagai Ketua Jualan Volkswagen Nutzfahrzeuge (VWN) di Jerman.
Ahli Lembaga Eksekutif Jualan dan Pasaran Porsche AG, Detlev von Platen mendedahkan, "Christian Nater telah bersama dengan Porsche selama hampir 25 tahun, dan beliau memiliki kepakaran yang tinggi berkenaan jenama dan produk kami. Pengalamannya di Korea cukup membantu kerana beliau sudah memahami kepelbagaian pasaran yang wujud di rantau Asia. Beliau akan memperkukuhkan lagi kehadiran Porsche di Taiwan, pasaran ultra-moden yang kini kian berkembang. Kami dapat merasakan bahawa ia sebuah pasaran yang berpotensi besar dan memiliki kuasa inovasi yang tinggi.

Sementara itu, Philipp von Witzendorff pula dipilih untuk menggantikan Michael Kirsch yang berpindah ke Shanghai setelah beliau dilantik sebagai Presiden dan CEO untuk Porsche China, Hong Kong dan Macao.
Ujar von Platen, "Philipp von Witzendorff merupakan seorang pakar jualan berpengalaman yang pernah memegang jawatan sebagai CEO Porshce Retail Hamburg. Bersama beliau, kami telah menemui individu yang ideal untuk memperkukuhkan lagi pasaran tradisional Porsche di Jepun yang kini telah menunjukkan peningkatan komuniti peminat Porsche. Selain usaha untuk memperbaik pengalaman emosi pelanggan, beliau turut memberikan fokus kepada transformasi ke arah elektromobiliti."
Porsche Taiwan
Sejak penubuhan Porsche Taiwan pada tahun 2018, pengeluar kereta mewah ini telah berjaya memperkukuh kedudukannya dalam pasaran Asia.

Tahun lalu, lebih daripada 4,000 kenderaan telah diserahkan kepada pelanggan di negara Taiwan, satu daripada lima model tersebut ialah model elektrik.
Porsche Studio Tainan City, ruang runcit urban dengan atmosfera mewah umpama sebuah butik, telah dibuka tahun lalu.
Porsche Jepun
Akhir-akhir ini, Porsche telah berjaya memperkukuh jenama mereka di Jepun melalui inisiatif yang diambil untuk meningkatkan keseronokan pelanggan.

Salah satu usaha yang dilakukan adalah dengan pembukaan Porsche Experience Center (PEC) Tokyo pada Oktober tahun lalu. Pusat 'pengalaman' ini tampil dalam format jualan moden seperti Porsche Sales Pop-ups.
Dari segi prestasi jualan, Porsche Jepun telah menyerahkan sebanyak 6,900 buah kenderaan kepada pelanggan di negara Jepun sepanjang tahun 2021.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
