Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Rekaannya Yang Cukup Menakjubkan

Suhana Veru

Kongsi melalui

Opel akhirnya memperkenalkan secara rasmi Astra Sports Tourer baru-baru ini.

Pengeluaran jentera ini telah bermula, manakala tempahan juga telah dibuka kepada umum.

Astra Sports Tourer baharu ialah model station wagon pertama yang menampilkan reka bentuk berani dan ringkas Opel.

Jentera lima pintu ini didatangkan dengan enjin pembakaran dalaman dan plug-in hybrid.

Ia ditawarkan pada harga € 23,565 (RM 109,411) di Jerman. Harga ini adalah untuk jentera versi enjin petrol manakala versi elektrik pula  €36,900 (RM 171,295).

“Seiring dengan ketibaan Opel Astra Sports Tourer yang terbaharu, kami telah menembusi pasaran model wagon kompak.

“Ia menampilkan teknologi digital yang inovatif seperti kokpit Panel Tulen yang mana ia cuma didapati pada  segmen kenderaan yang lebih tinggi.

“Kami menawarkan pakej Opel biasa dengan banyak ruang untuk penumpang dan bagasi,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Opel, Uwe Hochgeschurtz.

Sports Tourer yang didatangkan dengan plug-in hybrid telah mula dijual manakala versi elektrik akan dijual tidak lama lagi.

Menjengah mengenai prestasinya, ia didatangkan dengan enjin 1.2 liter yang dipadankan dengan kotak gear manual enam kelajuan.

Oleh itu, ia mampu menghasilkan kuasa maksimum 110hp dan kadar penggunaan bahan api secara gabungan 5.7 - 5.5 l/100 km dengan pelepasan CO2 129 - 125 g/km (WLTP).

Sementara itu, bagi edisi elektrik yang pertama buat jenama itu, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 133 kW (180 hp) dan tork maksimum 360 Nm.

Meliputi jarak pemanduan sehingga 60 km, ia mempunyai penggunaan bahan api gabungan 1.2 - 1.1 l/100 km dan pelepasan CO2 26 - 25 g/km (WLTP).

Dari segi luarannya, Opel mengaplikasikan rupa hadapan Opel Vizor.

Vizor juga dikatakan menerajui teknologi terkini seperti  lampu hadapan Intelli-Lux LED® Pixel adaptif dan bebas silau.

Dikatakan sistem lampunya  mempunyai kira-kira 168 elemen LED yang diperoleh terus  daripada model flagship Opel seperti Insignia dan Grandland.

Opel Astra baharu juga merupakan model pertama yang hadir dengan kemasan cat dua tona bergaya.

Dari segi dalaman, Astra Sports Tourer baharu didatangkan dengan antara muka manusia-mesin (HMI). Ia adalah komponen peranti tertentu yang mampu mengendalikan interaksi mesin manusia.

Selain itu, jentera ini juga didatangkan dengan Panel Tulen digital sepenuhnya yang menawarkan pengalaman sebenar dan intuitif kepada pelanggan.

Bercakap mengenai dimensinya, ia sepanjang 4,642 milimeter (mm), selebar 1,860mm, setinggi 1,480mm manakala jarak rodanya pula sepanjang 2,732mm.

Astra Sports Tourer baharu menyediakan isipadu bagasi melebihi 608 liter dengan sandaran tempat duduk belakang dalam kedudukan tegak. 

Keluasan bagasi boleh dioptimumkan dengan "Intelli-Space". Lantai bahagian belakang boleh dilaraskan dengan satu tangan dalam kedudukan yang berbeza, tinggi dan rendah, dan boleh dibetulkan pada sudut 45 darjah.


Ketinggian muatannya pula ialah sekitar 600mm.

Malah, ia didatangkan dengan sistem infotainmen multimedia generasi baharu yang boleh disambungkan melalui Apple CarPlay tanpa wayar dan Android Auto melalui telefon pintar.

Dalam pada itu,  paparan pada kepala (HUD) boleh ditempah supaya tumpuan pemandu sentiasa kekal di jalan raya.


Lebih menarik, tempat duduk hadapan Astra Sports Tourer baharu diperakui oleh Aktion Gesunder Rücken e.V., Kempen Belakang Sihat atau  (AGR).

Tempat duduk ultra-ergonomik ini adalah yang terbaik. Ia  ditawarkan dalam  kelas kompak, yang menampilkan pelbagai pilihan larasan.

Ia yang  dengan kulit Nappa turut dilengkapi dengan pengudaraan dan sistem urutan untuk pemandu dan penumpang hadapan.

Ia juga menyediakan sistem  pemanasan untuk tempat duduk hadapan dan belakang.

Bukan itu sahaja, ia turut menampilkan pelbagai sistem bantuan tercanggih untuk membantu pengalaman pemanduan yang lebih selamat dan lancar.

Ia juga dilengkapi dengan beberapa ciri keselamatan seperti amaran perlanggaran hadapan dengan brek kecemasan automatik, amaran keluar lorong, pengecaman papan tanda jalan, pengesanan pejalan kaki dan mengantuk serta kawalan pelayaran dengan pengehad kelajuan pintar.

Apapun, versi elektrik  Astra Sports Tourer dijangka akan menjadi model paling laris dalam kelas  kompak menjelang tahun 2023.

Gallery

Tag:

Opel
Astra
Astra Sports Tourer
Opel Astra Sports Tourer
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

Opel Astra Dihasilkan Di Russelheim, Tampil Dengan Pelbagai Ciri Ekstra

Artikel ini mendedahkan ciri menarik Opel Astra.

06-04-2022
Berita Auto

Jerman Benarkan Remaja Umur 15 Tahun Pandu EV Opel Rocks-E. Ini Ciri Menarik EV Tersebut

Opel, baru-baru ini telah mengumumkan kehadiran model kereta keluaran terbaharu, Rocks-e.

31-01-2022
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

29-11-2021
Kereta Baru

Bermulanya Era Baharu Opel Astra

Pengeluar kereta Jerman, Opel, kini tampil dengan model terbaharu Astra yang dilengkapi dengan pelbagai teknologi inovatif.

29-11-2021

Berita Terkini

Kereta Baru

JAECOO J5 EV Dilancar: SUV Elektrik CKD RM118,800

JAECOO J5 EV Masuk Malaysia: Jarak 461km, RM118,800.

02-09-2026
Kereta Baru

Honda City 2026 Kini Boleh Ditempah: Ada Diskaun RM3,000

Honda City 2026 Dibuka Untuk Tempahan: Semak Spesifikasi & Promo.

27-08-2026
Kereta Baru

Siap Pakej 'Dark Warrior' RM10.8k!,JETOUR T2 Edisi Merdeka Ke-69 Terhad 69 Unit Sahaja

JETOUR T2 Dark Warrior Edisi Terhad Menggegar Malaysia: Enjin 2.0L Turbo, 'Serba Hitam & Cuma ada 69 Unit.

22-08-2026
Kereta Baru

Miliki EV Mewah Dari RM2,988 Sebulan: Mercedes-Benz CLA 250+ AMG Line Rasmi Di Malaysia

Mercedes-Benz CLA 250+ EV Dilancarkan Pada Harga RM274,888.

14-08-2026
Kereta Baru

48 Unit Sahaja: MINI Countryman S ALL4 Desert Night Edition Baharu Dilancar

MINI Malaysia Perkenalkan Countryman S ALL4 Desert Night Edition Berharga Bermula RM267,333.

10-08-2026
Kereta Baru

Gempur Xpander & Veloz: Mampukah Hyundai Stargazer Dominasi Pasaran MPV?

Hyundai Stargazer vs Xpander vs Veloz: Mana Satu Pilihan MPV Keluarga Terbaik?

07-08-2026
Kereta Baru

BMW iX3 50 xDrive M Sport Pro Rasmi Mendarat di Malaysia

Super-SAV Paling Cekap Pernah Dihasilkan: Segala Yang Anda Perlu Tahu Tentang BMW iX3 Baharu di Malaysia.

06-08-2026
Kereta Baru

JETOUR T1 Rasmi Dilancarkan di Malaysia: Dua Varian, Harga Bermula RM129,800

Pencabar Baharu SUV Urban: JETOUR T1 Ditawarkan Dari RM129,800 Bersama Waranti Enjin 1 Juta KM.

22-07-2026