Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Mazda CX-60 Baru Dilancarkan Di Eropah! Plug-In Hybrid Ini Boleh Pecut Dalam 5.8 Saat!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

SUV crossover Mazda CX-60 versi plug-in hybrid (PHEV) telah pun dilancarkan di Eropah pada 8 Mac yang lalu. Model ini dikeluarkan sebagai model lebih tinggi daripada CX-5. Apa yang boleh dikatakan, jarang sekali sesebuah model hadir dengan prestasi yang hebat dan dalam masa yang sama turut menjimatkan tenaga (yang penting, perlulah rajin 'plug in').

 



Ciri Teknikal Mazda CX-60

 

Secara teknikalnya, ia memiliki kuasa kuda setinggi 323 hp dengan hasil daripada gabungan kuasa enjin gas l-4 2.5L, e-motor 100-kW dan juga bateri berkapasiti 17.8 kWh. Menurut Mazda, ini merupakan kereta untuk kegunaan jalan raya yang paling berkuasa pernah dihasilkan syarikat. Bukan sekadar kata-kata, ini terbukti daripada masa pecutan yang dicatatkan untuk maju dari 0-100 km/j iaitu sepantas 5.8 saat sahaja!


Mazda turut memaklumkan bahawa PHEV ini boleh bergerak sejauh 59.5 km dengan kuasa elektrik sepenuhnya sebelum enjin gas bekerja secara serentak dengan motor elektrik. Sebagai sebuah kereta hibrid, tahap penggunaan bahan apinya dan juga kadar emisi karbon cukup menakjubkan.  Selain plug-in hybrid, ia turut akan dihadirkan dalam beberapa trenkuasa berbeza pada masa akan datang yang termasuklah 3.0-liter e-Skyactiv-X I-6 dan juga 3.3-liter Skyactiv-D diesel, kedua-duanya dengan sistem hibrid ringan 48V yang dinamakan M Hybrid Boost.



Reka Bentuk

 

Dari segi luarannya, Mazda CX-60 ialah SUV dengan reka bentuk menonjol yang dapat menarik perhatian ramai orang. Seperti model-model keluaran Mazda yang lain, model ini dihasilkan dengan sentuhan konsep reka bentuk 'Kodo'.

 



Fakta Menarik: Apa itu Kodo?

 

Kodo ialah satu konsep rekaan yang diinspirasikan daripada nilai estetika tradisional Jepun. Konsep ini mengelakkan penggunaan bentuk-bentuk atau lengkungan yang terlalu kompleks. Sebaliknya, pereka Mazda menghasilkan rekaan dengan menggunakangarisan tunggal atau garis pergerakan (yang menunjukkan ciri aerodinamik) untuk menghasilkan gaya yang dinamik.


Secara keseluruhannya, CX-60 memiliki bentuk yang sama dengan CX-5 namun dengan hud yang lebih panjang.  Terpapar dengan gah di bahagian depan ialah gril gergasi Mazda. Pandangan depan kereta disempurnakan dengan lampu depan kecil yang berbentuk petak dan juga liang udara kecil yang berbentuk segi tiga.


Bergerak ke belakang, gayanya agak generik tetapi tetap nampak menarik. Ekzos kuad romboid yang digunakan menambahkan ciri yang menonjol pada bahagian belakang kereta. 



Bahagian Dalam Mazda CX-60

 

Bergerak ke bahagian dalam, ia kelihatan sama dengan tema yang diketengahkan untuk model CX-50, dengan susun atur menegak, skrin bersaiz 12.3 inci dan juga gabungan material yang menarik. Varian yang paling premium,  CX-60 Takumi tampil dengan kemasan lebih menarik iaitu gabungan kayu mapel, kulit nappa, tekstil Jepun dan juga jahitan yang halus.




Platform

Tidak boleh dipandang sebelah mata ialah platform yang digunakan untuk menghasilkan CX-60. Mazda telah menghasilkan platform berasaskan pacuan roda belakang yang menggunakan suspensi depan double-wishbone dan juga setup multilink untuk bahagian belakang. Menurut Mazda, platform ini sangat kukuh dan lengkap dengan teknologi anti-olengan Kinetic Posture Control yang telah diperkenalkan dalam MX-5 Miata.


CX-60 akan mula dijual di Eropah dalam tahun ini juga. Untuk pelancaran akan datang pula, Mazda akan membawakan SUV tiga baris tempat duduk seperti CX-80. Pengeluar kereta Jepun ini turut merancang untuk sebanyak lima model elektrik dalam tiga tahun akan datang. Menjelang tahun 2025, kesemua kereta elektrik akan menggunakan platform Skyactiv EV Scalable Architecture

Gallery

Tag:

Mazda CX-5
Mazda CX-60
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Global

JMS 2025: Mazda CX-5 Juga Ditunjuk Kepada Umum

Mazda secara rasmi memperkenalkan crossover CX-5 generasi ketiga serba baharu kepada umum pada Japan Mobility Show 2025 (JMS2025), baru-baru ini.

29-10-2025
Kereta Baru

Harga Mazda CX-30, CX-5, CX-8 Semakin Murah – Potongan Harga Cecah RM20,000!

Bermaz Auto Berhad (BAuto) dalam diam telah merendahkan harga untuk beberapa model SUV Mazda lain selain CX-80 yang dipasang secara tempatan (CKD) iaitu CX-30, CX-5 dan CX-8.

05-10-2025
Global

Mazda CX-5 Generasi Baharu Didedahkan Secara Rasmi – Ini Perinciannya...

Mazda akhirnya memperkenalkan model serba baharu, Mazda CX-5 generasi ketiga, yang dijangka memasuki fasa pengeluaran tidak lama lagi.

11-07-2025
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Terbaru Tiba 10 Julai Ini, Rekaan Lebih Elegan & Panjang

Mazda akhirnya mengesahkan kehadiran CX-5 generasi seterusnya. Syarikat automotif dari Jepun itu telah memuat naik beberapa imej teaser rasmi model tersebut.

03-07-2025
Kereta Baru

Mazda CX-5 MazdaSports Limited Edition Kini Di Malaysia – Sentuhan Sporty Untuk Semua Varian CX-5

Bermaz Auto Berhad (BAuto) secara rasmi mendedahkan Mazda CX-5 MazdaSports (MS) Limited Edition di Pameran Mobiliti Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2024.

04-12-2024
Berita Auto

Mazda CX-5 Generasi Akan Datang Bakal Ditawarkan Dalam Versi Hibrid

Mazda CX-5 yang menjadi pilihan ramai peminat kereta Mazda bakal tiba dalam versi generasi terbaru tidak lama lagi.

13-05-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini 5 Sebab Kenapa Mazda CX-5 2.2D High Facelift Pilihan Terbaik

CariCarz berpeluang untuk menguji Mazda CX-5 varian 2.2D High facelift, ini pendapat kami...

06-05-2024
Pandu Uji

[PANDU UJI] Ini Sebabnya Kenapa Anda Patut Beli Mazda CX-5 2.0 2WD High 2024

CariCarz berpeluang untuk memandu uji Mazda CX-5 generasi kedua yang dipasang di dalam negara (CKD). Ini pendapat kami...

07-03-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Porsche 911 Turbo, BMW 420i Antara Disita Sebab Tak Bayar Duti Eksais

Lima buah kenderaan termasuk Porsche 911 turbo S yang disembunyikan dalam gudang berlesen selama tiga bulan gara-gara enggan mahu membayar duti eksais akhirnya disita kastam.

15-12-2025
Berita Auto

Dalam 11 Bulan, 39,259 Kemalangan Direkod Di Perak

Sebanyak 39,259 kes kemalangan direkodkan di Perak sepanjang tempoh 11 bulan sejak Januari tahun ini.

15-12-2025
Berita Auto

KTMB Perkenal Jadual Baharu KTM Komuter Lembah Klang Bermula 1 Jan 2026

KTMB akan melaksanakan jadual waktu baharu perkhidmatan KTM Komuter Lembah Klang berkuat kuasa 1 Januari 2026.

15-12-2025
Berita Auto

Cucu Maut, Kereta Dipandu Datuk Terbalik

Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas kereta yang dipandu datuknya terbabas sebelum terbalik di Jalan Baginda, Manjoi, Ipoh, malam tadi.

15-12-2025
Berita Auto

Perhatian! Kamera Awas Akan Dipasang Di 10 Lokasi, Tujuan Bukan Untuk Perangkap Pemandu Tetapi Demi Keselamatan

Kementerian Pengangkutan akan menambah 10 lagi lokasi pemasangan kamera Sistem Keselamatan Kesedaran Automatik (Awas) pada tahun hadapan.

15-12-2025
Berita Auto

Tiada Rancangan Naik Taraf Lebuhraya Persekutuan Walaupun Sesak Teruk

Kerajaan tidak berhasrat untuk menaik taraf Lebuhraya Persekutuan kerana melibatkan kos pengambilan balik tanah dan aset.

15-12-2025
Berita Auto

Hyundai, EON Tandatangan Surat Hasrat Untuk Buka 2 Cawangan Baharu, Bakal Siap Tahun Depan

Hyundai Motor Malaysia dan EONtelah menandatangani Surat Hasrat untuk membuka dua cawangan pengedar baharu Hyundai di Lembah Klang dan Pulau Pinang,.

15-12-2025
Berita Auto

JPJ Selangor Terima 27 Alat Perakam Badan, Diguna Untuk Bahagian Penguatkuasaan, Petugas Di Kaunter

Peranti itu akan diberi keutamaan bagi penugasan Bahagian Penguatkuasa dan petugas di kaunter.

14-12-2025