- Berita
- Kereta Baru
- Kedatangan Model Baharu Bentley Bakal Diumumkan Hari Ini
![]()
Untuk makluman peminat kereta Bentley, hari ini pada jam 7.30 petang syarikat pengeluar kereta mewah British ini bakal mengumumkan kedatangan model terbaharu dan yang kelima syarikat.
Keluaran terbaharu ini akan menyertai portfolio kereta mewah lain iaitu Continental GT, Continental GTC, Flying Speed dan Bentayga.
Video dibawah merupakan perkongsian yang dibuat Bentley Motors di Twitter berkenaan pengumuman yang bakal diadakan nanti.
Sukar untuk dijangka apa yang akan ditawarkan, namun apa yang pasti, semua yang terlibat dalam penghasilan kereta ini sama ada pereka mahupun jurutera telah melakukan yang terbaik untuk menggabungkan ciri mewah, teknologi dan prestasi hebat dengan cara yang hanya boleh dicapai oleh Bentley.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv