- Berita
- Teknologi
- Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM
Bentley Sanggup Buat Pelaburan Besar Demi Tingkatkan Kapasiti AM
Bagi menyokong strategi Beyond 100, Bentley Motors telah melabur sebanyak £3 juta (RM16.8 juta) untuk meningkatkan kapasiti Additive Manufacturing atau Pembuatan Aditif (AM) di ibu pejabatnya yang terletak di Crewe, England.
AM juga dikenali sebagai percetakan tiga dimensi yang menggunakan pendekatan transformatif kepada pengeluaran perindustrian yang membolehkan penciptaan bahagian dan sistem yang lebih ringan dan kukuh.
Langkah ini membolehkan Bentley menggunakan teknologi canggih AM itu untuk mencipta komponen kenderaan cetakan tiga dimensi.
Untuk itu, Bentley boleh menghasilkan kenderaan yang memenuhi citarasa pelanggannya.
Untuk makluman anda, fasiliti AM yang canggih ini digunakan untuk pelbagai kegunaan selain menghasilkan lebih daripada 15,000 komponen pada tahun 2021 sahaja.
Menurut ahli lembaga unit pembuatan Bentley, Peter Bosch berkata, langkah yang diambil sekurang-kurangnya dapat meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos.
Diiktiraf sebagai salah satu teknologi yang paling pesat membangun di dunia memandangkan sistem AM berupaya menukar model CAD 3D kepada komponen fizikal.
Ia turut menyediakan alat bantuan untuk pekerja di fasiliti berkenaan seperti blok kertas pasir ringan,
Selain itu, ia telah digunakan untuk mencipta komponen fizikal untuk beberapa prototaip Bentley, seperti model rangkaian kuasa berskala penuh dan model terowong angin aerodinamik.
Bukan itu sahaja, teknologi itu telah digunakan untuk menghasilkan komponen model Bentley untuk memecahkan rekod dalam perlumbaan Pikes Peak International atau Daki Bukit Pikes Peak Antarabangsa.
Laluan Pikes Peak yang sepanjang 19.99km dari bawah ke puncak mempunyai 156 selekoh. Ia terletak di Colorado, Amerika Syarikat.
Lebih menarik, teknologi terkini itu membantu mempercepatkan pembangunan produk sekali gus membolehkan Bentley menghasilkan banyak alat ganti tanpa perlu menggunakan sumber luar.
Untuk makluman anda, sistem AM membantu penjimatan 50 peratus kos pada alat ganti dan ia mampu menghasilkan ribuan komponen dengan menggunakan 25 material berbeza.
Bagi memastikan kerja-kerja berjalan lancar, kesemua kakitangan dari semua cawangan Bentley kini dilatih untuk mengendalikan sistem AM untuk memahami cara mereka boleh mendapat manfaat daripada menggunakan proses terkini dalam kerja mereka.
“Pelaburan terbaharu ini membantu mencipta alat bantuan canggih untuk meningkatkan proses pembuatan secara berterusan.
“Terdapat potensi besar di mana teknologi canggih ini boleh berkembang termasuk mempunyai keupayaan yang lebih besar untuk menghasilkan komponen untuk pelanggan kami dan mempertingkatkan lagi program pemeribadian yang ditawarkan pada setiap kereta,” kata Bosch.
Pelaburan Bentley ke atas AM dilihat satu lagi contoh visinya untuk mencipta model perniagaan yang berkekalan, mampan dan kekal di barisan hadapan perkembangan teknologi.
Gallery






Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Biarpun syarikat Utusan Melayu, tempat saya bekerja sudah ditutup namun semangat juang sebagai wartawan tetap mekar dalam sanubari