Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Jualan Kenderaan Jatuh Pada April 2022, Kekurangan Cip Jadi Punca

Sofea Najmi

Kongsi melalui




Walaupun pelbagai promosi diadakan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri, isu kekurangan bekalan cip semikonduktor dan masalah tempahan tertangguh masih memberi kesan yang besar kepada prestasi jualan kereta.


Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mendedahkan bahawa jumlah jualan kereta pada bulan April 2022 jatuh sehingga 23 peratus berbanding bulan Mac 2022. 


Secara keseluruhannya, jumlah jualan pada bulan April hanyalah sebanyak 56,213 unit berbanding 58,329 unit untuk tempoh yang sama tahun lalu.


Jualan untuk kenderaan penumpang menunjukkan penurunan sebanyak 6% tahun ke tahun iaitu sebanyak 49,815 unit bagi April tahun ini berbanding 52,992 unit bagi tempoh sama tahun lalu.


Sementara itu, jualan kenderaan komersial pula menunjukkan peningkatan sehingga 19.88% iaitu daripada 5,337 unit daripada 6,398 unit.


Jualan kenderaan secara keseluruhannya pada tahun ini mencecah 215,965 unit dengan peningkatan 7.96% berbanding 200,043 unit pada tempoh sama tahun lalu.


Menurut MAA, jualan bagi bulan Mei dijangka kekal berada pada paras yang sama ekoran masalah bekalan dan kelewatan penghantaran yang masih berterusan sehingga kini.

Tag:

MAA
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto

20-05-2026
Berita Auto

24-09-2025
Berita Auto

16-07-2025
Berita Auto

27-02-2025
Berita Auto

13-12-2024
Berita Auto

13-11-2024
Berita Auto

15-10-2024
Berita Auto

19-09-2024

Berita Terkini

Berita Auto

Cukai Jalan Tamat Sejak 1997, Motolori Disita JPJ Kedah

JPJ Sita Motolori Cukai Jalan Tamat 29 Tahun.

04-09-2026
Berita Auto

2 Penunggang Basikal Terkorban Dirempuh Kereta

Dua Sahabat Maut Dirempuh Ketika Latihan Berbasikal.

04-09-2026
Berita Auto

Promosi Servis Proton 2026: Diskaun Alat Ganti & Semakan Percuma

Kempen Stay Safe & Save Proton: Penjimatan Diskaun Bateri & Brek.

04-09-2026
Berita Auto

Misteri Buih Tebal di Lebuhraya KESAS Terjawab

Lebuhraya KESAS Dipenuhi Buih Tebal, Polis Sahkan Punca Tumpahan Sabun.

04-09-2026
Berita Auto

ATM Terima 263 Kenderaan Tedung & Kala

Tedung & Kala: 263 Aset Baharu ATM RM164.9 Juta.

04-09-2026
Berita Auto

GP Bahrain 2026: 10,000 Tiket MADANI Habis Dijual

10,000 Tiket MADANI Berharga RM200 Habis Dijual.

03-09-2026
Berita Auto

Tular Budak Keluar Sunroof Alphard

Kanak-Kanak Keluar Sunroof: Polis Ipoh Kesan Pemilik Alphard.

03-09-2026
Berita Auto

Tersilap Tekan Pedal, Kereta Terjunam

Kereta Terjunam Parkir Ampang: Pemandu Tersilap Tekan Pedal

03-09-2026