- Berita
- Global
- Punca Bieber Kena Ban? Cat Ferrari Jadi Biru, Tukar Warna Lencana Ferrari
Punca Bieber Kena Ban? Cat Ferrari Jadi Biru, Tukar Warna Lencana Ferrari
Pengeluar kereta supercar dari Itali, Ferrari dilihat agak tegas terutama apabila jenamanya dijadikan bahan jenaka termasuk bagi yang melanggar kod etika dalam pemilikan kereta terbabit.
Buktinya ialah apabila Ferrari menyenaraihitamkan ikon pop terkenal di dunia, Justin Bieber daripada memiliki jentera jenama berkenaan.
Semuanya gara-gara, tindakan Bieber yang mengecat Ferrari 458 Italia miliknya dengan sentuhan warna Electric Blue dan mengubahsuai menggunakan kit Liberty Walk.

Lebih teruk, lencana kebanggaan Ferrari pada kenderaan itu turut diwarna Electric Blue.
Ini bermakna, walaupun anda mempunyai banyak wang namun anda harus menjaga etika.

Untuk makluman anda, lazimnya Ferrari akan menuntut pemiliknya supaya mematuhi beberapa peraturan, seperti ‘kod etika’ berhubung penjagaan kereta yang dibeli dan cara menjaganya.
Sebelum ini, Ferrari pernah menjelaskan kepada setiap pemilik jenama kenderaan itu bahawa mereka sama sekali tidak boleh ‘mencacatkan’ kenderaan dimiliki mereka.

Pemilik Ferrari tidak dibenarkan mengubah suai enjin, melakukan pengubahsuaian badan atau mengecat kenderaan dengan warna biru atau merah jambu.
Ini bukan kali pertama Ferrari menyenaraihitamkan golongan selebriti kerana syarikat mewah itu pernah mengenakan tindakan sama ke atas bintang reality, Kim Kardashian dan wartawan automotif, Chris Harris.
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

