- Berita
- Global
- Porsche Rennsport Reunion Bakal Diadakan Tahun 2023, Ini Sebabnya Ia Diraikan...
Porsche Rennsport Reunion Bakal Diadakan Tahun 2023, Ini Sebabnya Ia Diraikan...
![]()
Porsche Cars North America (PCNA) mengesahkan bahawa Porsche Rennsport Reunion bakal diadakan pada tahun hadapan iaitu 2023.

Pertemuan ini diadakan bagi meraikan kepelbagaian dan keunikan jenama Porsche daripada model yang paling berani pernah dihasilkan hinggalah kepada individu yang telah menghasilkan dan juga pemandu atau pelumba yang telah menggunakan kereta Porsche sehingga mencapai tahap yang tertinggi.

Selain meraikan pencapaian yang pernah dibuat sebelum ini, acara ini turut akan memperlihatkan masa depan Porsche kepada pengunjung.

Butiran lanjut mengenai perkara ini masih tidak didedahkan. Tema, masa dan lokasi acara pertemuan Rennsport VII ini akan diumumkan dalam masa terdekat.

Presiden dan Ketua Pegawai Operasi Porsche Cars North America, Kjell Gruner, berkata, "Kami semua teruja untuk mengumumkan kembalinya Rennsport Reunion, acara yang sentiasa menjadi tumpuan dalam warisan sukan perlumbaan Porsche. Rennsport Reunion telah berkembang dengan pantas selama bertahun-tahun menjadi satu pengalaman penglihatan, suara dan emosi yang benar-benar unik.
Selama beberapa hari, (orang ramai) dapat merasakan seolah-olah semua yang teruja dengan jenama yang sama bersatu di satu tempat, di dalam dan di luar trek, sebagai sebuah keluarga Porsche. Kami akan mengumumkan tarikh dan lokasi tidak lama lagi. Cita-cita kami adalah untuk menjadikan Rennsport Reunion VII sebagai yang terbaik pernah diadakan."

Acara ini diasaskan oleh pelumba hebat, Brian Redman dan juga jurucakap PCNA, Bob Carlson pada tahun 2001 untuk meraikan warisan perlumbaan Porsche.

Mereka membayangkan sebuah acara yang mana pelumba dan peminat boleh berkumpul bersama-sama untuk meraikan dan memberi penghormatan kepada individu dan kereta yang telah membantu membina legasi Porsche.

Sejak sambutan sulungnya 20 tahun yang lalu, Rennsport terus menarik perhatian ramai sehingga mampu mengumpulkan seramai 80,000 peminat pada acara terakhir yang diadakan pada tahun 2018.

Gallery
Tag:
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

