Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hyundai Buka Bilik Pameran Konsep Pertama Di Penang, Ada Pameran Interaktif

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Hyundai Malaysia kini secara rasmi telah membuka bilik pameran konsep yang pertama syarikat, Hyundai Penang City Store yang bertempat di Gurney Paragon Mall. 


Apa yang ada di bilik pameran konsep ini?


Di Hyundai Penang City Store terdapat dinding interaktif digital di mana pengunjung boleh menggunakan konfigurator kereta untuk merasai dan melihat sendiri model-model Hyundai yang ada. 




Jika dibandingkan dengan bilik pameran biasa, City Store menawarkan ruang layan diri termasuklah skrin interaktif dan juga sudut Hyundai Collection.

Sime Darby Auto akan menawarkan sokongan kepada pelanggan yang membeli kereta melalui Hyundai Penang City Store yang juga merupakan pusat 1S. Sementara itu, pelanggan yang memerlukan servis yang lebih komprehensif (4S) pula boleh ke Jalan Sungai Pinang.



Selain servis penyelenggaraan standard, di pusat 4S juga pelanggan boleh mendapatkan khidmat servis pendingin udara, pembaikan badan dan cat kereta, pembaikan kenderaan selepas pelanggaran dan tuntutan insurans, serta pembaharuan insurans kenderaan. Turut disediakan ialah Quick Service.



Di samping itu, bagi memudahkan pengguna EV Hyundai, stesen pengecasan EV turut dipasangkan di tingkat B2 Gurney Paragon Mall.



Pengecas yang disediakan ialah jenis arus ulang-alik (AC) 22 kW Exicom yang boleh digunakan setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.



Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

PROTON Skills Challenge 2026 Cetus Penanda Aras Baharu Servis Automotif

Sengit! 34 Pakar Automotif Lepasi Saringan 390 Peserta Demi Buktikan Kepakaran Di PROTON Skills Challenge.

20-07-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Versi CKD Sah Tiba Bilik Pameran Julai Ini

EV Top 3 Malaysia Kini CKD! iCAUR V23 iWD Mula Masuk Showroom Akhir Bulan Ini, Harga Kekal RM132,780.

20-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Hyundai Motor Malaysia Buka Bilik Pameran 1S di Ipoh

Hyundai & BHS Auto Lancar Bilik Pameran 1S Baharu di Ipoh – Sasar 25 Cawangan Menjelang Akhir 2026

17-07-2026
Berita Auto

Pindaan Akta 333: Pesalah Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris

Pesalah Jalan Raya Bakal Bayar Pampasan Kepada Mangsa, Waris Melalui Pindaan Akta 333.

17-07-2026
Berita Auto

Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas: Kerajaan Tiada Cadangan Wajibkan Pemeriksaan Kesihatan

Kerajaan Kekalkan Prosedur Semasa Lesen Memandu Warga Emas 70 Tahun Ke Atas.

17-07-2026
Berita Auto

Kemalangan Tragis Depan Central I-City Shah Alam, Keluarga Rayu Orang Ramai Kongsi Dashcam

Kemalangan Tragis Depan Central i-City: Keluarga Mangsa Rayu Saksi Tampil Bantu Siasatan.

16-07-2026