Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

10 Kemalangan Di Malaysia Berpunca Kerosakan Brek Kenderaan Komersial

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Baru-baru ini tular video yang menunjukkan keadaan sebuah kereta mewah, Rolls-Royce yang terhimpit di antara dua buah treler. Kejadian yang berlaku di Terowong Menora-Ipoh Utara (KM 264.0 arah Selatan) pada 9 Februari, 2022 ini dikatakan terjadi ekoran kegagalan brek angin salah sebuah lori yang terlibat. 



Via TikTok @awieshah



Pemandu lori tersebut dikatakan cuba untuk memberhentikan kenderaan di pembahagi jalan, namun malangnya, badan lori terkeluar semula ke tengah jalan sehingga merempuh sudut belakang Rolls-Royce yang kemudiannya melanggar lori yang berada di hadapan. Walaupun kelihatan dahsyat kerana terhimpit di antara dua buah kenderaan berat, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.


Perasan atau tidak, sebenarnya sudah banyak kemalangan yang berlaku kerana kegagalan brek yang kerap terjadi pada kenderaan komersial. Untuk membuktikan kekerapan isu ini di atas jalan raya, dalam artikel kali ini, admin telah mengumpulkan berita kemalangan kerana masalah brek yang dialami oleh bas, lori dan treler yang pernah dilaporkan dalam media tempatan sejak tahun 2020. 


#1 Bas USIM terbabas 




Saat-saat menggerunkan ketika sebuah bas persiaran yang membawa pelajar USIM terbabas sebelum melanggar sebatang pokok tular dalam media sosial minggu lalu, 8 Februari, 2022. Nahas ini menyebabkan empat daripada 17 orang pelajar yang berada di dalam bas cedera. Ramai yang berspekulasi bahawa punca nahas ini berlaku adalah kerana kegagalan brek. Media turut melaporkan terdapat tumpahan minyak pada salah satu laluan yang digunakan bas.



#2 Treler hilang kawalan rempuh lapan kenderaan




Sebuah treler hilang kawalan sehingga merempuh lapan buah kenderaan. Dalam kejadian ini kenderaan yang terlibat ialah dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Mitsubishi dan Toyota Estima, lima jenis kereta Perodua Axia, BMW, Toyota Vios, Proton Saga dan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux serta lori treler jenis Volvo. Kejadian ini menyebabkan Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak sesak sehingga 20 km. 


Seorang pengguna media sosial yang terlibat dalam kemalangan yang berlaku pada 29 Januari, 2022 ini berkata, kemalangan ini mungkin berpunca daripada kegagalan treler untuk menukar gear selepas kehilangan cengkaman brek. 


#3 Lori rempuh enam kenderaan kerana brek rosak




Dalam kejadian yang berlaku pada 25 Januari, 2022, sebuah lori yang membawa muatan tanah dari tapak pembinaan berdekatan Kondominium Pantai Hill Park telah merempuh tiga buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat sebelum turut melanggar tiga buah kenderaan lagi yang diletakkan di bahu kiri jalan. Kejadian ini telah dirakamkan dan dikongsi di Facebook.


#4 Treler bawa Myvi baharu terbabas


Kejadian berlaku pada 11 November, 2021, ketika mana sebuah treler yang membawa muatan Myvi baharu untuk dihantar ke Kota Bharu, Kelantan terbabas ke bahagian kanan jalan raya. 




Pengguna TikTok, dengan nama Acunadya berkata kemalangan ini terjadi kepada suaminya sendiri.Ujarnya, "Jalan licin dan lori ada masalah brek. Alhamdulillah suami selamat.”


#5  Lori pasir rempuh tiga kenderaan 




Akibat kegagalan brek, sebuah lori pasar telah terbabas sehingga merempuh tiga buah kereta. Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata insiden berlaku setelah pemandu hilang kawalan kerana brek tidak berfungsi semasa turun daripada bukit dan melanggar tiga buah kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kejadian yang berlaku pada 26 April, 2021 ini menyebabkan pemandu dan penumpang ketiga-tiga kenderaan mengalami kecederaan ringan. 


#6 Bas bawa pesakit Covid langgar Plaza Tol UPM




Sebuah bas yang mengikuti perjalanan berkonvoi dari Teluk Intan, Perak, ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) 2.0 telah merempuh Plaza Tol UPM, Serdang kerana masalah kegagalan brek. 


Bas yang berada pada kedudukan nombor sembilan dalam barisan konvoi ini membawa sejumlah 40 orang penumpang, lapan daripadanya mengalami kecederaan ringan. Kejadian berlaku pada 27 Februari, 2021. 



#7 Lori rempuh tiang lampu isyarat kerana brek rosak




Sebuah lori hampir melanggar tiga buah motosikal di lampu isyarat ​​Jalan Dato Ismail Hashim, Persiaran Kelicap kerana kerosakan brek. 


Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan AA Anbalagan berkata, "Ketika tiba di lokasi kejadian, lori tersebut mengalami masalah brek mengakibatkan pemandu lori hilang kawalan lalu melanggar tiang lampu isyarat di jalan tersebut. Bagaimanapun, kemalangan itu tidak melibatkan kenderaan lain dan tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Pemandu lori juga tidak mengalami sebarang kecederaan." Kejadian ini dilaporkan berlaku pada 23 Februari, 2021. 



#8 Tiga sekeluarga maut dirempuh lori




Kemalangan berlaku pada 28 Disember, 2020 membabitkan lapan kenderaan berhampiran Plaza Tol Machap, Kluang. Menurut Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Low Hang Seng, kemalangan terjadi apabila sebuah lori 10 tan hilang kawalan kerana kerosakan brek dan merempuh tujuh kenderaan lain yang berhenti di lampu isyarat. Ketika kejadian, kereta pertama yang dirempuh, Hyundai Elantra, remuk sehingga menyebabkan dua mangsa yang merupakan pasangan suami isteri tersepit di tempat duduk masing-masing. 


“Sepasukan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ayer Hitam yang bergegas ke lokasi dan membantu mengeluarkan mangsa, namun kedua-duanya disahkan meninggal dunia.


“Sementara lapan mangsa lain yang cedera dihantar ke Hospital Kluang dan klinik kesihatan berdekatan untuk menerima rawatan, sebelum seorang daripadanya disahkan maut,” katanya.


#9 Bas kilang langgar lima kenderaan 




Tujuh orang pekerja kilang berdepan dengan saat-saat mendebarkan apabila bas yang dinaiki merempuh lima buah kenderaan yang terletak di bahagian bahu jalan di  Jalan Paya Terubong, George Town. Kejadian pada 4 Jun, 2020 ini dikatakan berlaku kerana kerosakan brek dan pemandu cuba untuk mengelak dengan memandu ke bahagian kiri jalan sebelum melanggar konkrit. 


 #10 Bas bawa rombongan guru langgar treler




Brek bas yang membawa rombongan guru Sekolah Menengah TTDI Jaya, Shah Alam  terbabit dalam kemalangan di kilometer 42.6 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 7 Mac, 2020. Bas tersebut hilang kawalan kerana kegagalan brek semasa menuruni bukit.




Pemandu bas terbabit kemudiannya cuba menyelamatkan keadaan dengan mengelak ke kiri jalan dan melanggar besi penghadang jalan serta sisi belakang treler sejauh 100 meter sebelum berhenti. Dalam kejadian ini, 5 mangsa mengalami kecederaan dan dua lagi parah.


Sampai bila isu kegagalan brek akan terus berlaku di Malaysia?


Apa yang boleh dilakukan untuk mengelakkan isu kegagalan brek daripada kerap berlaku pada masa akan datang?


Di Malaysia, kenderaan komersial wajib untuk melalui proses pemeriksaan secara berkala setiap 6 bulan di Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM). Walaupun kenderaan-kenderaan ini telah diperiksa dan diberikan kebenaran untuk dipandu, faktor lain seperti penyelenggaraan sendiri dari masa ke masa seringkali diabaikan. 


Ini mungkin terjadi untuk mengurangkan kos penyelenggaraan, ketiadaan peralatan lengkap di bengkel, kekangan masa dan sebagainya. Namun, kesannya boleh membawa padah seperti telah kita lihat daripada senarai ini.


Bagi syarikat-syarikat yang menggunakan kenderaan komersial, diharapkan dapat mengambil iktibar daripada perkongsian yang dibuat dalam artikel kali ini. Syarikat perlu merancang satu sistem penyelenggaraan yang teratur dan konsisten demi menjamin keselamatan pemandu dan juga pengguna jalan raya yang lain. 


Untuk mengetahui lebih terperinci tentang cara penjagaan brek kenderaan berat, nantikan artikel kami yang akan datang. 






















Tag:

kemalangan
BREK
ISU
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Berita Berkaitan

Berita Auto
Hanya Semalam, Sebanyak 1,982 Kes Kemalangan Direkod

Hanya Semalam, Sebanyak 1,982 Kes Kemalangan Direkod

Sebanyak 1,982 kes kemalangan jalan raya direkodkan di seluruh negara semalam.

14-09-2025
Berita Auto
Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

Treler Terhumban Dalam Laut, Mujur Pemandu Selamat

Mujur, kedua-dua pemandu treler berkenaan terselamat.

25-07-2025
Berita Auto
Van Sekolah Kemek, Mujur Semua Murid Terselamat

Van Sekolah Kemek, Mujur Semua Murid Terselamat

Seorang pemandu van sekolah wanita tersepit, manakala tiga murid cedera selepas kenderaan itu terbabit dalam nahas dengan sebuah treler .

07-07-2025
Berita Auto
LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

LPT 2: Dua Beranak Maut Sebab Lori Tayar Pecah

Dua beranak maut manakala seorang parah apabila lori yang mereka naiki terbabas selepas tayar belakang pecah di Kilometer (km) 362.9 Lebuhraya Pantai Timur Dua (LPT2), Dungun, Terengganu, semalam.

02-07-2025
Berita Auto
Bas Ekspres Kemalangan: Mujur Pelajar UMPSA Terselamat

Bas Ekspres Kemalangan: Mujur Pelajar UMPSA Terselamat

Hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan kegagalan pemandu bas mengekalkan jarak selamat ketika memandu.

10-06-2025
Berita Auto
Lori Ikan Rempuh 5 Kereta, Mujur Tiada Yang Terkorban

Lori Ikan Rempuh 5 Kereta, Mujur Tiada Yang Terkorban

Sebuah lori yang membawa muatan ikan merempuh lima kenderaan di Kilometer 341.5 Lebuhraya PLUS arah selatan berhampiran Bidor semalam.

04-06-2025
Berita Auto
Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Suami Isteri Parah: Pemandu Navara Cuma Kena Penjara 30 Hari, Denda RM12K

Sepasang suami isteri parah gara-gara dilanggar pemandu Nissan Navara.

14-05-2025
Berita Auto
Lori FRU Tembung Dengan Lori Batu: 9 Anggota FRU Terkorban

Lori FRU Tembung Dengan Lori Batu: 9 Anggota FRU Terkorban

Sembilan anggota FRU maut apabila lori yang dinaiki mereka bertembung dengan lori muatan batu.

13-05-2025

Berita Terkini

Berita Auto
Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Dasar Laut Bukan Projek Terbengkalai, Tidak Pernah Diumum Batal

Projek Terowong Dasar Laut masih berstatus aktif.

14-11-2025
Berita Auto
RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik  RTS Mula Operasi

RTS Link, TMJ Bimbang Kesesakan Sebaik RTS Mula Operasi

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, bimbang terhadap masalah kesesakan lalu lintas yang dijangka berlaku apabila Projek Rapid Transit System (RTS) Link, siap nanti.

14-11-2025
Berita Auto
Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

Kunjungi Pameran Teknologi EV, BYD Tech Discovery Day Di Plaza Arkadia, Bermula Hari Ini

BYD Malaysia, DENZA jenama kenderaan elektrik pintar mewah di bawah BYD bersama BYD Sime Motors, pengedar kenderaan rasmi BYD di Malaysia,melancarkan secara rasminya pameran teknologi EV pertama di Malaysia, semalam.

14-11-2025
Berita Auto
Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Tiada Lagi Healing Percuma, Lepas Ini Bayar Tol Sebelum Naik Genting Highlands

Genting Highlands akan mengenakan tol bagi menampung kos penyelenggaraan sepanjang 24 kilometer jalan dan cerun yang ditanggung sepenuhnya oleh syarikat itu sejak tahun 1960-an.

14-11-2025
Berita Auto
Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Monsun Timur Laut, Laluan Dari Gerik, Jeli, Blue Valley Terdedah Tanah Runtuh

Laluan dari Gerik menuju ke Jeli, Kelantan dan jalan Simpang Pulai ke Blue Valley, Cameron Highlands, Pahang dikatakan berisiko berlakunya kejadian tanah runtuh.

13-11-2025
Berita Auto
Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Projek ECRL: Bakal Lonjakkan Hasil KDNK Terengganu

Nampaknya, negeri Terengganu mampu tingkatkan hasil KDNK sebanyak RM48.2 bilion pada 2040 disebabkan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

13-11-2025
Berita Auto
Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025:  Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

Proton, PRO-NET Sertai GATE 2025: Pamerkan Teknologi EV Terkini di GATE 2025

PRO-NET mempamerkan teknologi terkini kenderaan elektriknya sepanjang pameran Global Automotive and Technology Expo (GATE) 2025 yang sedang berlangsung di Kuala Lumpur Convention Centre.

13-11-2025
Berita Auto
Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga RON97, RON95, Diesel Naik 5 Sen

Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel naik sebanyak lima sen, bermula hari ini.

13-11-2025